
Apa yang anda tahu tentang klip dan fungsi cermin padang belakang (rear mirror) yang ada dalam kenderaan anda?
Kalau waktu siang, mesti anda selalu laras ikut kedudukan mata untuk lihat di belakang ada kenderaan atau tidak.
Tetapi pada waktu malam? Haa.. yang ini ramai tak tahu tentang fungsinya yang sangat bermanfaat untuk pemandu.
Lagi pun, pernah tak anda perasan ada satu suis kecil di tengah-tengah cermin pandang belakang ini dekat bahagian bawah?
Kurangkan silau
Sebenarnya suis berkenaan berfungsi untuk kurangkan silau cahaya dari kenderaan arah belakang.
Tidak kiralah sama ada pencahayaan yang datang itu suluh rendah (low-beam), suluh tinggi (high-beam), lampu kabus dan limpah.
Bagaimana cara guna?
Pada waktu normal, suis cermin pandang belakang itu haruslah berada pada posisi ditolak ke belakang biar selaras dengan penglihatan anda.
Jika memandu malam, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.
Jadi selepas ini tak adalah anda nak silau-silau lagi sewaktu memandu akibat terkesan dengan cahaya dari kereta belakang!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Merugikan, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Beli Barang Sendiri & Bawa Ke Bengkel

Keadaan ekonomi sekarang memang diakui agak menyukarkan hingga kita sanggup lakukan apa sahaja untuk berjimat. Ada antara kita yang sanggup berlapar hingga menyakitkan diri dan sebagainya.
Kalau beli barang rumah kita boleh berjimat, inikan pula untuk membuat servis kepada kereta. Berjimat ketika selenggara kereta ada kala boleh buat gaduh antara pelanggan serta pemilik bengkel, mungkin kos upahnya terlebih hingga membebankan pengguna atau sebaliknya.
Bila tempoh servis bersama pengeluar kereta sudah tamat, pemilik kereta pasti akan mencari bengkel lain yang membuat perkhidmatan yang sama. Namun ada isu yang bangkit iaitu, pengguna suka beli alat ganti sendiri & bawa ke bengkel. Langkah ini memang menjimatkan, tetapi ia ada kesan negatifnya yang tersendiri.
Sebuah laman web automotif telah membuat perkongsian kesan buruk beli sendiri alat ganti & bawa ke bengkel.
BACA: Aiman Hadir Majlis Konvo Naik Skateboard, Dia Buktikan Status OKU Bukan Penghalang!
1. Bengkel tidak akan bertanggungjawab sekiranya alat itu rosak atau gagal berfungsi
Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
2. Barang yang anda beli mungkin tidak betul
Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
3. Leceh
Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
4. Barang yang anda beli mungkin bukan yang terbaik
Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
BACA: Elak Tukar Aksesori Aftermarket Ini Untuk Pastikan Kereta Anda Tidak Susut Nilai
5. Penjimatan anda mungkin tidak begitu berbaloi
Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Sumber: CARETA
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Kenal Tayar Botak Bukan Tengok Pada Bunganya Saja Tapi Pada 5 Cara Ini!

Nak kenal tayar botak, selalunya kita anggap tayar itu sudah tak ada bunga. Namun betulkah tanggapan kita itu?
Untuk mengenalpasti sama ada tayar botak atau masih selamat untuk digunakan, anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Mo Akmal Amri ini.
CARA MENGENAL TAYAR BOTAK
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Semoga bermanfaat
1. Tayar botak bila jalur tengah sama tinggi dengan penanda botak
Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
2. Tayar botak bila jalur sama tinggi dengan penanda
Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
3. Tayar belum botak
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
4. Tayar hampir botak
Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
5. Tayar baharu
Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
INDONESIA LANCAR KAWASAKI NINJA 250 2018- PRODUKSI MODEL LAMA DIHENTIKAN

Baru sahaja melancarkan model Kawasaki Ninja 250 2018, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mengumumkan bahawa produksi model lama Ninja 250 dihentikan.
Timbalan Ketua Jabatan Jualan dan Promosi KMI, Michael Chandra Tanadhi berkata jualan Ninja 250 akan berakhir hujung tahun ini.
“Pengeluaran model lama akan berakhir bulan ini kerana pada Januari 2018 kami akan memulakan penghantaran Ninja 250 versi 2018,” jelasnya.
Walaupun masih menjual model lama Ninja, pihak KMI tidak menawarkan sebarang potongan harga untuk menghabiskan stok sedia ada.
BACA>>>>>#TMS2017: KAWASAKI NINJA 250 2018 LEBIH BERKUASA DARIPADA HONDA CBR 250RR
“Tiada potongan harga kerana kami yakin Ninja masih punya peminat walaupun dijual pada harga biasa dan buktinya kami masih menjadi pendahulu dalam pasaran kelas motor sport 250cc,” katanya.
Walaupun baru sahaja Ninja 250 2018 dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 Oktober lalu, Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa masuk model tersebut. Kehadiran Kawasaki Ninja 250 2018 itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai model popular segmen sport 250cc.
Versi 2018 berkenaan menerima beberapa kemas kini dan paling jelas boleh dilihat menerusi penampilan luarannya yang berubah total. Wajah depan kini lebih meruncing ke depan yang dipadankan dengan lampu LED. Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.
Jika Indonesia menjadi negara terawal Asean memperkenalkan Ninja 250 2018. Bilakah pula giliran Malaysia?. Sama-sama kita nantikan.
HARGA:
KAWASAKI NINJA 250 2018 STANDARD (warna hijau, merah dan hitam): Rp 61, 900,000 (RM19, 189)
KAWASAKI NINJA 250 2018 SE (hijau): Rp 64, 300, 000 hijau (RM19, 933)
KAWASAKI NINJA 250 2018 SE ABS : Rp 71, 900, 000- RM22, 289 (merah), Rp 72,400,000- RM 22, 444 (Magnetic Design Paint)
SPESIFIKASI
Enjin: 249cc penyejukan cecair, 4-lejang Parallel Twin
Kuasa Maksimum: 39 PS @ 12,500rpm
Tork Maksimum: 23.5 Nm @ 10,000 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Nisbah mampatan: 11.6:1
Suspensi Depan: fork teleskopik 41mm
Suspensi Belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Brek Depan: cakera semi terapung 310 mm
Brek Belakang: cakera tunggal 220 mm
Tayar Depan: 110/70-17
Tayar Belakang: 140/70-17
Panjang x Lebar x Tinggi: 1,990mm x 710mm x 1,125 mm
Jarak Roda: 1,370 mm
Jarak Kelegaan tanah: 145 mm
Berat: 167 kg
Saiz tangki: 14 liter
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI