Isi Kandungan
ToggleRamai lelaki yang botak selalu rasa rendah diri kerana tiada rambut sebagai plus point untuk indeks kacak. Jangan risau kerana kami ada jawapan kenapa anda patut bangga menjadi lelaki berambut botak dari pandangan wanita yang suka dengan stail rambut botak.
Tahukah anda bagi segelintir wanita yang suka dengan lelaki botak adalah kerana, mereka boleh menggetarkan jiwa serta ada auranya yang tersendiri.
Dalam masa yang sama, lelaki seperti ini memiliki aura yang sangat lain macam selain mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.
BACA: Kalau Nak Jaga Rambut Panjang Agar Kekal Cantik & Tak Rosak, Amalkan Petua Ini
Sebabkan itu, MASKULIN ingin kongsikan antara sebab spesis ini dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita seperti :
1. Kelihatan lebih maskulin
Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang licin kepalanya. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.
2. Punyai daya tarikan misteri
Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang berambut seperti itu. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.
3. Jimat berbelanja
Wanita anggap lelaki seperti ini dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.
4. Ringkas dan kemas
Lelaki berambut kosong dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelaki berkepala sebegini lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.
BACA: Lelaki Berambut Kerinting, Ini Adalah Antara Beberapa Stail Yang Sesuai Untuk Anda
5. Percayakan diri
Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selamat Tinggal Double Chin, Hello Jawline!
Isi Kandungan
ToggleMempunyai leher yang jenjang memang menjadi idaman setiap individu, tidak terkecuali lelaki.
Leher adalah bahagian yang paling sukar untuk dikecilkan kerana ia adalah bahagian kulit yang paling nipis dan degil.
Untuk memastikan anda mendapat bentuk leher mengikut apa yang anda inginkan, ia memerlukan penjagaan dan senaman ekstra.
Untuk mendapatkan jawline yang anda inginkan, anda boleh ikuti beberapa pergerakan ini.
1. Gerakan rahang
Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang selama beberapa saat.
2. Gerakan mulut vowel O & E
Gerakkan mulut seperti menyebut “O” selama lima saat dan kemudian, senyum lebar dan sebut “E”. Lakukan pergerakan ini selama beberapa saat.
3. Tekan dahi
Duduk secara menegak dan tekan dahi sekuat yang mungkin selama tiga saat. Tetapi kepala anda jangan ke belakang, tolak tangan menggunakan kepala ke depan dan kembali ke posisi sebelum. Lakukan gerakan ini untuk beberapa saat.
4. Tekan belakang kepala
Sekarang, letakkan tangan anda di belakang kepala atau belakang leher dan tekan ia ke hadapan. Pastikan kepala tidak ke belakang dan kembali ke posisi tadi. Ulangi beberapa kali untuk beberapa saat.
5. Cantumkan hingga nampak jawline
Akhir sekali, kebelakangkan kepala anda dan buka mulut. Kemudian, cuba selarikan jawline anda dengan gerakkan bibir atas dan bawah anda. Lakukan untuk beberapa saat.
Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk anda mendapatkan result yang terbaik. Anda boleh melakukan di pejabat ataupun di mana sahaja anda berada. Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sakit Gigi Dan Gusi, Atasi Dengan Cara Tradisional
Isi Kandungan
TogglePerkara ini berlaku untuk semua peringkat umur. Anak-anak, remaja, hingga orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Puncanya pun bermacam-macam, seperti kerana adanya timbunan nanah di bahagian dasar gigi akibat jangkitan bakteria yang menimbulkan keradangan, gigi retak, susut gusi, kerosakan gigi yang mewujudkan lubang, tampalan gigi rosak, serta gigi tumbuh yang terapit.
Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat
- Permulaan, siapkan dua ulas bawang putih, satu ulas cengkeh, satu sudu teh garam, dan beberapa titis minyak zaitun.
- Tumbuk semua bahan tadi hingga menjadi pes.
- Selepas jadi pes, tempelkan pada bahagian luar gigi yang sakit selama 30 minit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hair Dryer, Sahabat atau Musuh Rambut Anda?
Isi Kandungan
ToggleHair dryer adalah alat yang sangat membantu dalam kehidupan seharian, terutama bagi mereka yang sibuk dan ingin mengeringkan rambut dengan cepat.
Namun, tahukah anda bahawa penggunaan hair dryer secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada rambut dan kulit kepala?
Merosakkan Struktur Rambut
Suhu panas yang tinggi daripada hair dryer boleh merosakkan struktur semula jadi rambut.
Apabila rambut terdedah kepada panas secara kerap, kutikula rambut, iaitu lapisan pelindung luaran akan menjadi rapuh.
Akibatnya, rambut mudah patah, bercabang dan kehilangan kelembapan semula jadi.
Kulit Kepala Menjadi Kering
Panas dari hair dryer bukan sahaja memberi kesan kepada rambut tetapi juga kulit kepala.
Kulit kepala yang terlalu kerap terdedah kepada haba boleh menjadi kering dan gatal.
Ini boleh mengganggu keseimbangan semula jadi minyak di kulit kepala, menyebabkan masalah seperti kelemumur.
Menyebabkan Rambut Kusam dan Tidak Bermaya
Penggunaan hair dryer secara berlebihan boleh membuat rambut kehilangan kilauan alaminya.
Panas yang konsisten akan memusnahkan protein dalam rambut, menjadikannya kusam dan tidak bermaya.
Rambut yang terlalu kering juga sukar diurus, sekali gus menjejaskan penampilan anda.
Risiko Rambut Gugur
Panas yang tinggi boleh melemahkan akar rambut, menyebabkan rambut lebih mudah gugur.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini boleh bertambah buruk dan membawa kepada penipisan rambut atau kebotakan pada sesetengah individu.
BACA LAGI : Mahkota Lelaki, Rahsia Di Sebalik Rambut Anda!
Bagaimana Cara Mengurangkan Kesan Buruk?
Untuk mengelakkan kesan buruk daripada penggunaan hair dryer, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:
Gunakan Tetapan Panas Rendah, pilih suhu rendah atau sederhana ketika menggunakan hair dryer untuk mengurangkan kerosakan.
Jarakkan Hair Dryer, pastikan hair dryer berada sekurang-kurangnya 15 cm dari rambut anda semasa digunakan.
Gunakan Pelindung Panas, sebelum mengeringkan rambut, sapukan produk pelindung panas untuk melindungi rambut daripada kerosakan.
Berikan Rehat Kepada Rambut, elakkan menggunakan hair dryer setiap hari. Biarkan rambut kering secara semula jadi apabila ada masa.
Hair dryer memang alat yang berguna, tetapi penggunaannya perlu dilakukan secara bijak untuk mengelakkan kerosakan pada rambut dan kulit kepala.
Dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sesuai, anda boleh mengekalkan rambut yang sihat dan cantik tanpa perlu risau tentang kesan buruk penggunaan hair dryer yang berlebihan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Kemeriahan acara MILO Brekfast Run menyaksikan lebih 35 ribu hadir meraikan ulang tahun ke-75 jenama ini. Paling penting, sihat dan kuat! #maskulin #majalahmaskulin #milomalaysiabreakfast #milomalaysia #milo #funrun ♬ original sound – Maskulin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI