Ramai Wanita Nak Badan Berotot, Tapi Bab Makan Paling Mereka Tewas

Share

TANGGAPAN WANITA BERBADAN SASA

Wanita berotot dan sasa persis lelaki sudah semestinya menjadi perhatian ramai. Bentuk tubuh, cara berjalan dan cara percakapan, malah mungkin segala-galanya mengenai tingkah laku mereka mahu diintai orang biasa seperti kita.

 

Tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, dia terbiasa dengan teguran mahupun pandangan orang ramai mengenai tubuh tegapnya itu.

 

“Nampak sahaja begini, sebenarnya saya pemalu, tidak biasa dengan populariti. Saya canggung berdepan kamera kerana saya bukan selebriti, saya juga banyak baju-baju feminin cuma saya gemar untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Namun semua itu semakin mudah, malah bersemangat menjaga kecergasan,” jelasnya.

 

Kata Nana, tubuh tegapnya itu menuntut komitmen, gigih dan paling utama tiada jalan pintas.

 

Ini kerana kebanyakan masanya dihabiskan bersenam di gimnasium dengan senaman, latihan angkat berat yang agak mustahil untuk dilakukan orang biasa, tetapi rutin wajib jurulatih kecergasan, atlet atau ahli bina badan.

Anak jati Kuala Lumpur ini, berkata semuanya bermula kira-kira lima tahun lalu kerana rutin tetap ke gimnasium hanyalah mahu menaikkan berat badan yang ketika itu terlalu kurus, sekali gus menjadi titik tolak sebagai peralihan kerjaya.

PENTINGKAN KESEMPURNAAN

 

Bagi Nana kesihatan anugerah yang tidak boleh dijual beli dan mahu mengekalkan bentuk badan sekarang dan sihat.

“Saya mahu badan berbentuk hourglass atau jam pasir seperti Kim Kardashian tetapi sebenarnya agak mustahil bentuk tulang dan hormon kita berbeza.

“Bentuk badan jam pasir ini adalah simetri, bahu dan punggung selari, pinggang ramping. Menuntut bentuk badan begitu, ia memerlukan kita untuk bersenam enam kali seminggu, malah ada kalanya hingga tiga jam sehari,” katanya.

Kisah Penuh Dapatkan MASKULIN MEi 2018 Di Pasaran

Published by
Kim Rahim