MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Buah epal sendiri mampu untuk menstabilkan tekanan darah yang mana dapat melancarkan peredaran darah. Khasiatnya tidak berubah meskipun buah epal tersebut sudah dijadikan cuka.
MEMBUANG RACUN DALAM TUBUH /MENDETOKSINASI Cuka epal sangat penting untuk membuang racun dalam tubuh, memiliki kandungan yang sangat baik untuk membantu tubuh membuang berbagai racun dalam tubuh yang dapat menyebabkan berbagai penyakit.
MENGHILANGKAN KOTORAN DI GIGI
Khasiat yang terkandung sangat efektif dalam membersihkan berbagai noda di persekitaran gigi.
MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN Dipercayai berbagai masyarakat di dunia kerana kebaikannya yang dapat membantu dalam menurunkan berat badan, dengan mencampurkan 2 sudu makan cuka epal dalam minuman lalu meminumnya, kandungan zat yang terdapat di dalamnya yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh.
Ads
MENGATASI GULA DALAM DARAH
Kajian telah menunjukkan dapat menurunkan kadar gula dalam darah yang memungkinkan anda mencegah diabetes. Menurut Carol Johnston, PhD, pakar Zat Arizona State University telah mendapati sari cuka epal selama lebih dari 10 tahun dan percaya keberkesanannya pada gula darah mirip dengan ubat-ubatan tertentu.
MENCEGAH KANSER Memang masih diperlukan banyak penelitian yang menghubungkan cuka epal dengan masalah kanser. Beberapa kajian yang dilakukan di dunia perubatan telah memberikan jalan bahawa zat yang terkandung dalam cuka apel dapat membantu membunuh sel kanser dan mengecilkan tumor. Walaupun begitu kajian yang dilakukan masih pada subjek tikus dan belum membuktikan apa-apa pada subjek manusia.
KESIHATAN JANTUNG
Kajian telah membuktikan bahawa sari cuka epal dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam objek tikus. Hal ini membawa hasil positif juga terhadap manusia kerana cuka apel mengandungi antioksidan asid chlorogenic yang telah terbukti untuk menjaga kandungan kolesterol jahat (LDL) dari proses oksidasi.
Ads
HAPUSKAN KOLESTEROL
Kajian telah menunjukkan bahawa cuka epal meningkatkan profil lipid darah dengan mengurangi kadar trigliserida dan low-density lipoprotein (LDL-C) atau kolesterol jahat. Sebaliknya ia juga dapat meningkatkan kadar high density lipoprotein HDL-C ) atau kolesterol baik. Pertimbangkan dan konsultasikan dengan doktor berkaitan jika anda mengalami masalah dengan kolesterol dan ingin memanfaatkan cuka epal ini.
MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENCERNAAN Jika anda khuwatir mengenai berbagai makanan yang dapat menyebabkan gangguan pencernaan, maka ada baiknya jika anda mengambil 1 sudi teh cuka epal dengan madu untuk mengatasi dan membantu tetap menjaga kesihatan pencernaan anda.
Ads
RAWATAN KECANTIKAN
Manfaat cuka epal memang seperti yang berasal dari buah epal itu sendiri, memang sudah terbukti khasiatnya, begitu juga untuk merawat kecantikan seperti berikut ini.
MEMBERSIHKAN RAMBUT Kandungan cuka epal dapat mengeluarkan kotoran rambut yang berasal dari produk kimia seperti gel atau hair sprey. Gunakan cuka rambut untuk pembilas rambut agar kotoran pada kulit kepala menjadi bersih.
TONER KULIT Cuka epal dapat mengatasi peradangan kulit yang disebabkan oleh jerawat. Gunakan cuka epal pada daerah kulit yang berjerawat, kemudian usap dengan kain lembut seperti penggunaan toner saat membersihkan muka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda Susah Tidur Malam? Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya, kami kongsikan tip ini untuk kebaikan bersama.
Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah susah tidur malam, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.
Susu coklat
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.
Teh pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.
The Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.
Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.
Susu hangat
Beralih ke susu hangat jika susah tidur malam. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.
Susu kacang badam (almond)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Teh halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.
sumber: blogmazeer.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.
2 BERHENTI MEROKOK
Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.
3 OLAHRAGA
Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.
4 GOSOK TUBUH
Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.
5 LEMBAPKAN KULIT
Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.
6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.
7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.
8 URUTAN
Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berlari adalah salah satu senaman yang paling berkesan untuk melawan penyakit kardiovaskular dan disyorkan oleh pakar, saintis dan doktor. Berjalan 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Apabila anda mula berlari dan menikmatinya, kemungkinan besar anda akan mahu berlari lebih laju. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda bukan sahaja berlari lebih laju malah lebih efisyen.
Amalkan postur yang baik
Teknik yang betul dan postur yang baik bukan sahaja mempercepatkan langkah anda tetapi juga mencegah sebarang kecederaan yang tidak diingini. Lari dengan kaki anda betul-betul di bawah peha anda, pastikan tangan anda di sisi dan ayunkan tangan dari depan ke belakang dan bukannya sisi ke sisi. Kekalkan postur tegak, kempiskan perut anda dan condong sedikit ke hadapan. Tidak penting sama ada anda menapak dengan tapak depan atau tumit kaki selama mana kaki menapak lembut di atas tanah. Jangan melakukan gerakan melantun kerana ia menyebabkan daya yang tidak perlu yang membuang lebih banyak tenaga.
Senaman teras
Tambah 15 minit senaman teras (core exercise) dalam rancangan senaman harian anda, sasarkan otot bahagian bawah perut anda. Senaman teras akan membolehkan pelari bertambah laju apabila berlari.
Bernafas
Kebanyakan pelari bergelut dengan aspek ini kerana mereka seolah-olah tidak boleh mengimbangkan berlari dan bernafas pada masa yang sama. Caranya adalah dengan menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut anda, selarikan pernafasan anda dengan jejak langkah anda supaya anda tidak lupa atau terlepas nafas.
Langkah kombinasi
Jika matlamat anda adalah kelajuan, anda perlu cuba mencampurkan perlumbaan kelajuan dengan berjalan perlahan untuk melatih daya tahan anda untuk sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tip ini akan membantu anda berlari dengan lebih berkesan dan menghalang anda daripada kehabisan nafas jika perlumbaan bakal menjadi lebih lama daripada jarak latihan biasa anda.
Kasut baru
Kasut lari hanya boleh digunakan dalam 3 bulan jika anda kerap berlari tetapi bukan setiap hari. Pelari tegar biasanya menukar kasut mereka selepas setiap 300 hingga 500 batu larian memandangkan kasut lama dan haus adalah punca di sebalik banyak kecederaan.
Memanaskan badan dan menyejukkan
Renggangan badan selama 10 minit untuk memanaskan badan boleh mengurangkan risiko cedera. Gabungan harian regangan dan melompat tali boleh meningkatkan fleksibiliti dan langkah kaki.
Walaupun senaman menyejuk diri selalunya diperlukan selepas senaman memanaskan badan, kebanyakan orang cenderung untuk lupa mengenainya selepas selesai berlari kerana sudah terlalu kepenatan. Senaman renggangan menyejukkan diri berkesan untuk mengelakkan ketegangan pada waktu lain.
Kekal fokus
Berlari memerlukan banyak tumpuan, cuba untuk sentiasa melihat ke depan, bukan ke bawah pada kasut anda, bukan juga kepada pesaing anda. Memandang ke belakang dan sebagainya boleh membuang masa dan tenaga anda, jadi tumpukan perhatian anda dan terus belari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.