Cetus keyakinan diri dengan kesegaran nafas yang mendamaikan kala berhadapan dengan hari yang panjang. Nafas tidak segar berpunca dari perkembangan bakteria yang terhasil dalam mulut akibat makanan yang tidak disingkirkan atau dibersihkan dengan sempurna lantaran menghasilkan sulfur yang memberi implikasi negatif. Kekal nafas segar dengan beberapa langkah.
Gosok gigi
Rutin mengosok gigi perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan mulut sentiasa bersih daripada sisa makanan yang terhasil ketika makan. Penghasilan bakteria yang terjadi akibat makanan yang tidak disingkirkan akan menyebabkan nafas tidak segar dan mungkin menyebabkan persekitaran yang tidak nyaman ketika anda berhadapan dengan orang lain. Gosok gigi secara kerap agar kebersihan oral dapat dijaga dengan rapi.
Floss
Ruang dalam mulut mempunyai sudut yang sukar untuk dicapai ketika memberus gigi. Oleh yang demikian, memberus sahaja kadangkala tidak mencukupi untuk memastikan mulut bersih secara total. Oleh yang demikian, memberishkan sisa makanan dengan menggunakan cara floss dikatakan tindakan efektif untuk membersihkan keselurhan bahagian mulut dan gigi dengan sempurna.
Cecair kumur anti-bakteria
Lengkapkan rutin pembersihan mulut dengan cecair kumur anti-bakteria yang bisa membunuh kuman secara total yang terdapat di segenap ruang mulut anda. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yang efektif, cecair kumur juga mampu memberi perlindungan kepada pertumbuhan kaviti dan membersihkan dinding mulut, gusi, gigi dan lidah daripada serangan bakteria selama lebih lapan jam setiap hari.
Makan buah-buahan
Efektif dalam memberikan kesegaran dalam mulut dan nafas yang mendamaikan, buah-buahan nyata punya nutrisi terbaik yang berkesan menyahkan bakteria yang terdapat di dalam mulut secara semulajadi. Jadikan buah-buahan seperti strawberi, lemon, pir dan jambu sebagai makanan rutin yang ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam memberikan kesan terbaik buat penjagaan sistem oral dan tubuh secara keseluruhannya.
Air kosong
Dehidrasi nyata menjadi penyebab mulut berada dalam kering dan menghasilkan nafas yang tidak segar. Kekurangan pengambilan air kosong yang mencukupi akan menyebabkan dehidrasi. Oleh yang demikian, untuk kekal hidrat sepanjang hari, ambil air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk menjana tenaga selain keadaan mulut yang sentiasa segar secara mendalam.
Minum teh hijau
Memiliki kandungan antioksidan yang tinggi di dalam setiap gelas yang diambil ternyata bisa mengatasi masalah nafas yang tidak segar. Selain bermanfaat ke atas kesihatan secara alami, kandungan senyawa aktif catechin yang terdapat di dalam teh hijau mampu membasmi bateria dan kuman yang menjadi masalah kepada nafas tidak segar ini. Minum teh hijau sekurang-kurangnya dua atau tiga gelas sehari untuk kekal bernafas dengan kesegaran maksima.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI