Ramai Lelaki Tak Tahu Tabiat Boleh Sebabkan Rambut Botak Tengah, Salah Satunya Kerap Guna Hair Dryer

Share

Suatu ketika dahulu bila bercakap tentang penjagaan rambut kita pasti lebih terarah kepada golongan wanita bukan. Apa tidaknya rambut bagi wanita dianggap sebagai ‘mahkota’ buat mereka.

Namun lelaki pada zaman moden kini telah banyak berubah dan semakin peka terhadap betapa pentingnya menjaga kondisi dan kesihatan kesihatan rambut. Lihat sahajalah di pasaran sekarang. Terdapat segala macam jenis produk penjagaan rambut ditawarkan khusus untuk lelaki.

Business photo created by katemangostar – www.freepik.com

Di antara masalah atau mimpi ngeri buat lelaki ialah apabila berdepan masalah keguguran rambut dan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko fenomena ‘botak tengah’.

Namun dalam keghairahan menjaga rambut jangan pula tersilap langkah sehingga mendatangkan keburukan pula. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 kesilapan biasa yang dilakukan lelaki dalam penjagaan rambut.

JANGAN KERAP GUNA HAIR DRYER

Hair photo created by wayhomestudio – www.freepik.com

Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Kalau nak guna sekalipun pastikan tak lebih sekali dalam sehari. Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.

TERLEBIH PRODUK

Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuik rambut anda tak guna lebih dari dua produk sahaja. Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri. Less is more!

TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP

Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.

Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.

KERAP MEMBASUH RAMBUT

Man photo created by valuavitaly – www.freepik.com

Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengelurkan sejenis minyak semulajdi yang bertindak melindungi kepala. Tak salah nak basuh tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.

TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT

Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan. Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar ia amat mustahil. Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.

BELANJA LEBIH BELI PRODUK

Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.

SYAMPU 2 DALAM 1

Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi. Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.

Semoga anda dijauhi bencana ‘botak tengah’ terutamanya pada usia muda.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim