Gaya Hidup

Hati-hati, 2 Kesilapan Ini Boleh Jadi Punca Solat Lelaki Tak Sah!

Share

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan amalan pertama yang akan dihitung Allah SWT pada hari akhirat nanti.

Jika solat seseorang hamba itu baik, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Disebabkan itulah kita dituntut untuk melakukan solat dengan sempurna dan sebaik-baiknya.

Mohd Firdaus Mat Saad ada kongsikan dua kesilapan yang jangan sesekali anda ambil mudah kerana ia boleh menjadi punca solat tidak sah. Marilah sama-samalah kita memperbaiki amalan solat.

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat.

BACA: Kalau Nak Tebalkan Dompet, Amalkan Doa Murah Rezeki & Cepat Kaya Ini!

2 Punca Solat Ramai Lelaki Tidak Sah

Beberapa bulan lepas, saya berada dalam satu kuliah. Ada ustaz berkongsi mengenai solat.

Antara bab yang ditekankan, mengapa solat ramai orang tidak sah. Dan ia banyak dilakukan oleh orang lelaki TANPA KITA SEDAR.

Kita semua tahu, aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat.

Tak sedar aurat terdedah

Isunya, masa solat ramai di antara kita yang secara tidak sedar mendedahkan aurat mereka sehingga ia boleh membatalkan solat.

1. Trend sekarang ramai lelaki memakai baju slim fit. Baju ini biasanya singkat. Dan biasanya juga, kita memakai seluar di bawah pusat.

Jadi semasa kita bersujud, baju di bahagian belakang akan terangkat sehingga ternampak aurat di bahagian belakang.

Yang lebih parah, banyak kes saya sendiri tengok sehingga ternampak lurah di belakang tu. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi terlalu banyak kali saya tengok kes ni.

Penat la kita solat tungging terbalik, tapi disebabkan kesilapan kita ni, solat kita jadi tidak sah.

Penyelesaiannya, kalau kita pakai baju jenis slim fit, sebelum kita solat. Dinasihatkan untuk kita masukkan baju di dalam seluar, ‘tight in’ lah kiranya. Jadi masa sujud, aurat kita akan terpelihara.

2. Isu kedua adalah kita lelaki memakai baju yang longgar kolarnya. Atau memakai baju Melayu yang tidak berbutang. Pada masa sama, kita memakai seluar atau kain di bawah paras pusat.

Jadi, semasa kita rukuk, akan nampak dari celah ruang kolar kita aurat kita yang tidak ditutup dengan kemas.

Penyelesaiannya, bila solat pastikan kita pakai butang baju Melayu sehingga penuh ke atas dan pakai baju yang kolar tidak terlalu luas. jika tidak, pastikan kain atau seluar kita pakai di atas paras pusat.

Sebenarnya isu kedua ini perkara agak baru bagi saya. Saya tak pernah dengar lagi sebelum ini. Tapi selepas mengikuti kuliah kuliah lain, secara tak sengaja saya dengar ceramah dari Ustaz Shamsuri Ahmad dan Ustaz Fawwaz Mat Jan bercakap perkara yang sama.

BACA: Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Yang Wanita Ini Kongsi Agar Doa Mudah Dimakbulkan!

Saya rasa wajar untuk saya berkongsi dengan sahabat lain.

Sama-sama kita perbaiki ibadah kita.

Jemput tag suami / saudara / kawan lelaki di ruangan komen. So kita semua dapat belajar bersama.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Sila share jika anda rasa ia bermanfaat

Published by
Roselinda