Kesihatan lelaki bukan hanya tertumpu pada fizikal semata-mata, namun ia turut mempengaruhi nilai kecergasan juga tahap kebolehan seseorang lelaki itu dalam perihal reproduktif. Apabila berbicara mengenai masalah mati pucuk, kemandulan rata-rata lelaki akan berpaling dan menyalahkan kaum wanita, terlalu ego dan malu untuk berjumpa pakar, akhirnya rumah tangga derita menanti retak. Bersama Dr Say Shazril berbicara santai mengenai isu yang punya kaitan rapat dengan gaya hidup sihat lelaki yang sering kali dipandang remeh ini.
Nilai persefahaman dari kedua-dua pihak sama ada isteri atau suami amat diperlukan dalam usaha untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka. Pasangan suami isteri perlu datang bersama-sama untuk menemui doktor walaupun ini mungkin mengancam ego dan menyinggung maruah sama ada kelakian atau kekurangan pada diri sendiri tidak kira suami atau isteri. Masalah kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang telah lama berkahwin atau ada anak.
LELAKI CUKUP EGO BILA BERBICARA MENGENAI ISU KESUBURAN MEREKA, PANDANGAN DR SAY MENGENAI ISU INI?
“Masalah kesuburan boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka “subur” dan berjaya mendapatkan anak. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini. Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala, ada juga lelaki langsung tiada sperma selepas mempunyai 2 atau 3 zuriat.
“Kebanyakan daripada kaum lelaki yang mandul mempunyai sperma yang kelihatan tidak normal atau cacat dan ada pula yang mempunyai sperma yang tidak berfungsi atau beraksi dengan baik. Boleh dikatakan sebanyak 25% daripada kaum lelaki yang mandul mempunyai sperma yang kelihatan normal?
Ads
“Sudah tiba masanya untuk lelaki mengetahui berkenaan seksual mereka. Tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri mampu menjernihkan hubungan dengan pasangan. Kadangkala, kesunyian dalam kehidupan perkahwinan boleh menyebabkan berlakunya kehancuran rumah tangga.”
LEBIH PERCAYA PADA YANG TRADISIONAL
“Lelaki hanya akan berjumpa doktor apabila dia betul-betul sakit atau terpaksa. Tetapi, mereka agak terbuka bagi mendapatkan rawatan secara sendiri ataupun daripada individu yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat di tepi jalan, ataupun mencuba ubat daripada kawan-kawan. Lebih-lebih lagi, apabila mereka fikir masalah mereka itu perkara peribadi dan sukar hendak berbincang dengan orang yang tidak dikenali kecuali kawan rapat.
Ads
“Bukanlah menghalang mereka dari mencuba suatu yang bersifat tradisional, sebaliknya ia hendaklah disusuli suatu yang bersifat ilmiah. Jika cara itu tidak berjaya sekurangnya mereka ada alternatif yang lebih selamat.
“Saya lihat kemudahan bagi pengendalian kesihatan lelaki kini sudah dipertingkatkan. Doktor juga semakin peka dengan psikologi lelaki dan boleh memberi khidmat.”
Ads
LAMBAT KESAN RUPANYA MATI PUCUK?
“Ada lelaki dia hanya akan berdiam diri jika masalah ini hanya datang sesekali sahaja, anggap tiada masalah, tetapi bila dah melibatkan kedua belah pihak baru rasa menyesal. Sebagai contoh bila alami masalah mati pucuk, lelaki akan berasa sangat rendah diri yang akhirnya akan membawa kepada tekanan dan menambah keterukan mati pucuk itu sendiri. Hubungan bersama isteri dan harmoni antara suami isteri juga boleh terjejas.
“Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mati pucuk termasuk penyakit-penyakit kronik. Pencegahan daripada mendapat penyakit-penyakit kronik tersebut melalui amalan hidup yang sihat dan seimbang merupakan antara langkah pencegahan yang bijak dan mampu mengurangkan risiko daripada mengalami mati pucuk pada usia yang muda. Elakkan daripada merokok dan kekalkan berat badan yang ideal.
“Penyakit ini adalah penyakit paling jarang jarang diperkatakan oleh pesakit itu sendiri. Pesakit harus berfikiran terbuka dan datang mendapatkan pandangan dan rawatan yang tepat daripada pihak doktor. Rawatan mati pucuk tidak hanya bergantung pada ubat-ubatan, tetapi bermula pada individu itu sendiri dalam mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengawal penyakit kronik yang telah sedia ada.”
LEBIH LANJUT DAPATKAN MASKULIN EDISI MEI 2018 DI PASARAN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain menjaga tabiat pemakanan yang baik melakukan senaman dengan rutin merupakan cara yang efisien untuk mengekalkan stamina seorang lelaki. Ini terutamanya bagi mengekalkan stamina lelaki untuk terus berprestasi mantap ketika bersama dengan pasangan.
Tidak dinafikan di psaran sekarang telah wujud segala macam ubat-ubatan dan rawatan bagi kesihatan tenaga dalaman lelaki. Tetapi tidak salah jika kita terus melakukan senaman yang baik bagi terus kekal mantap.
Salah satu senaman yang sering kali kita dengar yang dikatakan mampu membuatkan seorang lelaki lebih ‘perkasa’ ialah senaman ‘cakar harimau’.
Senaman cakar harimau dikatakan mampu membantu menyelesaikan masalah seperti ejakulasi pramatang, ereksi lemah, kurang libido dan macam-macam lagi masalah seksual orang lelaki.
CARA MELAKUKAN CAKAR HARIMAU
Pertama sekali anda harus tahu bahawa senaman ini agak berbeza dengan senaman umum yang lain seperti diuar-uarkan oleh perubatan Barat seperti kegel, plank, squat dan senaman yang dikatakan berkaitan menguatkan tenaga batin lelaki.
Secara asasnya, cakar harimau tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah bila dilakukan pun tidak akan mengeluarkan peluh yang banyak. Ia juga boleh dilakukan dalam kedudukan duduk. Berikut 7 step senaman cakar harimau yang boleh anda lakukan:
1. Pertama kali duduk dalam posisi bersila. Duduk di dalam posisi bersila.
2. Kemudian luruskan atau juurkan kaki dan tangan yang sama ke hadapan.
3. Perlahan-lahan tarik nafas dengan dalam.
4. Kemudian pusingkan badan ke arah bertentangan dengan kaki dan tangan yang terjulur.
5. Tahan posisi ini dengan kaki dan tangan tadi terjulur sejauh yang mungkin.
6. Hembus nafas dengan tenang dan perlahan.
7. Ulang turutan di atas dengan beralih ke kaki dan tangan sebelah lain pula.
Tidak sukar bukan? Lakukan senaman mudah ini setiap hari atau dengan rutin. Lebih mujarab jika dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Selain senaman cakar harimau terdapat beberapa senaman tradisional lain yang juga tidak kurang hebatnya seperti padi bukit, nafas pertapa, rentak urutan, tarik sepadan, tepis jengking, lenjang gajah dan matahari naik.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jom kita mantapkan mana yang kurang mantap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Paru-paru berair atau efusi pleura berlaku apabila tisu paru-paru dipenuhi cecair dan terdapat pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ.
Ada kaitan ke mandi malam boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ni ? Adakah fakta ini benar atau mitos semata. Jawapannya ia tiada kaitan penyakit ini dengan kerap mandi malam. Air yang terkumpul di paru-paru sama sekali tidak sama rupanya dengan air putih, air yang dijangkiti kuman ini sangat tinggi dengan peratusan nanah.
Gejala Paru-Paru Berair
Telapak tangan dan kaki sering basah
Batuk
Sakit dada terutama ketika menarik nafas
Denyutan jantung menjadi cepat
Tubuh demam dan menggigil
Batuk kering dan berkahak yang disertai darah
Mudah sesak nafas
Kurang selera makan
Sering merasa mual disertai muntah
Punca Paru-Paru Berair
Jangkitan bakteria seperti pneumonia pnemokokus, pneumonia mikoplasma, haemophilus influenza dan staphilococcus aureus.
Jangkitan virus antaranya influenza A dan influenza B
Jangkitan parasit atau fungi
Sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya
Kecederaan pada paru-paru akibat kebocoran dari organ lain
kanser
penyakit autoimmune
Sindrom nefrotik ( kehilangan protein dari buah pinggang )
Sirosis hati
Tips Cegah Paru-Paru Berair
Mandi dengan air yang tidak terlalu sejuk. Penggunaan water heater sangat membantu
Jangan biasakan diri makan lambat
Seeloknya elak tidur sebaik lepas mandi. Jarakkan waktu sedikit ye
Pengudaraan dalam rumah pastikan cukup
Jangan biasakan kipas angin direct di bahagian dada dan muka semasa tidur.
SUMBER : DIARINUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 4 pagi, masih belum dapat melelapkan mata.
Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. huhu
Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah.
JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.
Antara beberapa tips yang boleh membantu anda :
1. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.
2. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam
3. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur
4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.
5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.
6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.
7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
8. Tips terakhir. Cuba try cara ini. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang. “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”. Kata pada diri anda berulang-ulang. Ia akan menimbulkan keinginan dalaman pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nyenyak.
9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah tidur ni, insyaAllah
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.