Selepas bekas bintang Formula 1 (F1) Jerman Ralf Schumacher mendedahkan dirinya seorang homoseksual, bekas isterinya Cora Schumacher mengakui rasa dirinya dipergunakan dan membazirkan tempoh terbaik dalam hidupnya ketika berumah tangga.
Memetik laporan GB News, Cora hanya mengetahui mengenai tarikan seksual songsang bekas suaminya itu baru-baru ini menerusi hantaran media sosial Ralf Scumacher.
“Sepanjang kerjaya F1 nya, memang ada banyak khabar angin yang berlaku di paddock
(kawasan kerja di litar F1),” kata Cora.“Saya pernah minta dia menjelaskan jika khabar angin itu benar, tapi dia selalu menafikannya, mengatakan saya hanya membayangkan segala-galanya dan mungkin saya memerlukan bantuan psikologi”.
Meskipun pendedahan itu berlaku selepas Cora tidak lagi bergelar isteri kepada Ralf, dia mengakui emosinya tetap terkesan dan menyifatkan hatinya rasa seperti ditikam.
“Mendedahkan diri seorang homoseksual sentiasa memberi kesan kepada orang sekeliling, termasuklah bekas isteri yang telah melahirkan anak anda,”
“Hari ini saya rasa dipergunakan sepanjang berumah tangga. Saya rasa seperti telah membazirkan tempoh tahun terbaik saya.
Selain meragui kejujuran Ralf sepanjang menjadi suaminya, Cora turut mempersoalkan sama ada bekas suaminya itu benar-benar pernah mencintainya.
“Saya mempunyai banyak persoalan dalam diri saya. Jujurkah dia dengan saya dahulu?
“Dan soalan yang lebih penting dalam fikiran saya, pernahkah dia mencintai saya?” soal Cora lagi.
Terdahulu, Ralf dan Cora mendirikan rumah tangga selama 14 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 2015.
Mereka juga mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan itu, iaitu David Schumacher.
Julai lalu, Ralf mendedahkan dirinya seorang homoseksual menerusi sebuah hantaran gambar di media sosial.
Gambar itu menunjukkan pasangan songsang baharunya yang dikenali sebagai Etienne.
Rafl dan Etienne dikatakan bertemu di Monaco dan telah menjalinkan hubungan sejantina selama dua tahun.
Sumber: GB News
BACA: Kalau Berani & ‘Anak Jantan’, Sertailah Askar Wataniah – Ashraf Muslim