
4 hari menjelang Aidilfitri ini, bagaimana dengan persiapan raya anda? Mungkin minggu ini merupakan minggu paling sibuk untuk anda membeli-belah di mall, mana-mana bazar mahupun secara online yang menawarkan harga rendah dan istimewa sempena hari raya yang mulia ini.
Anda pasti fikir bahawa baju raya merupakan barang yang paling dicari oleh rakyat Malaysia di website kan? Nampaknya tekaan anda salah! Untuk pengetahuan anda, barangan paling dicari oleh rakyat Malaysia adalah tiket penerbangan!
Menurut iPrice Malaysia, rakyat Malaysia lelbih banyak mencari tiket penerbangan di internet berbanding baju raya!
59% rakyat Malaysia mencari promosi tiket penerbangan, 35% mencari shopping dan 3% sama rata mencari servis internet dan automatif. Mungkin rakyat Malaysia lebih gemar menaiki kapal terbang berbanding perjalanan atas jalan raya, ataupun mereka dah bersedia untuk beraya di luar negara?
Walaubagaimanapun, baju raya masih dicari oleh mereka-mereka yang malas nak berjalan ke mall atau bazar beli belah. Antara portal yang paling dicari oleh mereka-mereka yang gemar membeli secara online adalah Neelofar Hijab dan Fashin Valet.
Ada lagi tak yang masih belum dapatkan tudung atau pakaian yang dikeluarkan oleh Neelofar Hijab dan Fashion Valet? Untuk beli online tak sempat ni, apa kata anda terus ke butik mereka!
Credit: iPrice&RojakDaily
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ciri-Ciri Gaya Kemeja Yang Mampu Buat Lelaki Lebih Kacak

Antara item fesyen yang sangat versatil sifatnya bagi lelaki kemeja lengan pendek. Berbeza dengan baju kemeja lengan panjang yang biasa digayakan untuk majlis formal, gaya kemeja lengan pendek pula membawa elemen lebih santai.
Jadi tidak hairanlah ramai memiliki kemeja lengan pendek untuk penggayaan kasual kerana ia memiliki persona ringkas tetapi membawa banyak karakteristik terhadap pemakainya.
Bagi mereka yang memiliki lengan yang berotot bisep dan trisep yang cantik, kemeja lengan pendek pasti menjadi pilihan dalam kegiatan seharian.

Gaya kemeja juga merupakan salah satu daripada ‘kostum’ wajib dalam banyak sub-budaya moden yang berkaitrapat dengan genre muzik, ideologi dan juga sukan ekstrem.
Anda pasti bosa juga menggayakan satu atau dua jenis kemeja lengan pendek bukan? Jangan risau kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa idea gaya kemeja yang boleh anda cuba.
PILIHAN FIT
Langkah pertama memilih kemeja lengan pendek ialah kesesuaian saiznya mengikut badan. Pilihan yang tepat bagi anda berbadan normal ialah yang memiliki potongan fit di badan. Selain lebih cantik dipandang, ia secara tak langsung memberikan gambaran tentang struktur fizikal yang anda miliki.
WARNA KULIT
Semasa memilih kemeja lengan pendek pastikan anda titik beratkan warna yang sesuai dengan tona kulit. Perkara ini sangat penting kerana lebih pendek lengan kemeja itu lebih banyak bahagian lengan akan tervisual.Jika padanan warna tak sesuai dengan kulit anda akan kelihatan janggal dan pelik.

CORAK SESUAI
Ini pula bergantung kepada lokasi, majlis dan juga penampilan yang anda ingin serlahkan. Sebagai contoh jika anda menghadiri majlis hari jadi yang bertema smart kasual di restoran, menggayakan kemeja bercorak ‘pantai’ amatlah tak sesuai. Nasihat MASKULIN, carilah kemeja lengan pendek yang berwarna polos. Dan jika anda ingin lebih menonjol carilah yang membawa motif bunga.
KAIN SELESA
Kita sudah sebaraikan elemen penting berkaitan warna, corak dan saiz. Selain tiga perkara tersebut salah satu elemen paling penting untuk memilih kemeja lengan pendek ialah material kain. Ingat, tak guna kalau warna cantik dan corak yang gempak tapi kalau pakai anda rasa tak selesa. Carilah kemeja yang menggunakan kain selesa dengan kulit. Sebagai contoh kemeja yang diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.
KANCING SAMPAI ATAS
Ada satu perkara yang unik bila kita melihat seorang lelaki menggayakan kemeja dengan kemas dan mengancingnya sampai ke bahagian atas. Ia memberikan seseorang itu imej tegas dan lebih serius. Selain itu ia juga membuatkan anda nampak lebih formal. Inmi sesuai digayakan di majlis separa formal seperti majlis minum petang.
JANGAN TIGHT-IN
Anda bukan menggayakan sut! Ingat, anda tak perlu tight-in baju ke dalam seluar. Apatah lagi jika menggayakan kemeja lengan pendek yang mempunyai corak seperti floral. Kemeja lengan pendek lebih nampak cocok dengan anda jika dibiarkan sahaja di luar.

PADANAN DENGAN KHAKI
Antara seluar yang paling sesuai digayakan dengan kemeja lengan pendek ialah khakis. Atau dalam bahasa keramaiannya ‘seluar slack’. Cuma elakkan memilih seluar daripada material kain licin dan lembik. Jika anda berani padankan dengan seluar khaki pendek berkuruan pada paras lutut.
TAK SARAT WARNA
Ingat satu perkara, anda bukannya tiang bendera! Jadi elakkan memakai kemeja lengan pendek yang mempunyai banyak warna. Kemeja lengan pendek yang kasual tak seharusnya memiliki lebih daripada dua atau tiga padanan warna termasuklah warna seluar.
Buat anda yang ingin mencari kemeja lengan pendek menarik, boleh dapatkan di sini pada harga yang hebat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Baggy Style”: Mengapa Pakaian Longgar Lebih Menarik Untuk Lelaki Hari Ini

Trend fesyen sentiasa berubah, dan satu gaya yang telah membuat kembalinya yang mencengangkan dalam beberapa tahun terakhir adalah trend longgar atau “baggy”. Gaya ini, yang khususnya popular pada tahun 90-an, kembali timbul dan mendapat pengikut yang signifikan di kalangan lelaki hari ini. Jadi, mengapa gaya longgar lebih menarik untuk lelaki dalam landskap fesyen hari ini? Mari kita meneroka sebab-sebab di sebalik kebangkitannya.
1. Keselesaan
Salah satu sebab yang paling menarik untuk kebangkitan gaya longgar adalah faktor keselesaan. Pakaian longgar membolehkan gerakan yang lebih bebas dan lebih penyerapan udara. Dalam dunia yang pantas, lelaki menghargai kemudahan dan keselesaan yang diberikan oleh pakaian longgar. Sama ada seluar longgar atau kemeja yang besar, gaya ini memastikan anda boleh menjalankan aktiviti harian tanpa merasa terikat.
2. ‘Berehat’ Dari Trend Ketat
Selama bertahun-tahun, pakaian berpotongan slim dan ketat mendominasi arena fesyen. Namun, kerana fesyen selalu bergerak dalam kitaran, orang mula mencari alternatif. Gaya longgar menawarkan perubahan yang menyegarkan daripada kebiasaan berpakaian yang ketat. Ia memberikan rasa santai yang menarik kepada mereka yang mencari sesuatu yang berbeza.
3. Fleksibiliti Penyelarasan Gaya
Pakaian longgar menawarkan fleksibiliti dalam penyelarasan gaya. Ia boleh diubah suai untuk kelihatan lebih formal atau santai, bergantung kepada acara. Padankan kemeja longgar dengan seluar jeans dan kasut sukan untuk kelihatan santai, atau pilih sut yang longgar untuk tampilan formal yang kontemporari. Fleksibiliti gaya longgar membolehkan lelaki meluahkan identiti mereka melalui fesyen.
4. Peningkatan Keyakinan Diri
Memakai pakaian longgar boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang lelaki. Apabila anda berasa selesa dan bergaya, ia akan tercermin dalam sikap anda. Pakaian longgar sering menyiratkan rasa keyakinan diri yang kuat, yang boleh menjadi pemangkin semangat dan keyakinan diri yang signifikan.
5. Inklusiviti dan Penerimaan
Gaya longgar menggalakkan inklusiviti dan positiviti tubuh. Ia memenuhi individu dari pelbagai jenis badan, yang merupakan perbezaan besar daripada beberapa gaya yang lebih ketat. Lelaki dari semua bentuk dan saiz boleh menikmati trend longgar dan berasa bergaya ketika melakukannya.
6. Pengaruh Fesyen Jalanan
Fesyen jalanan, subkultur fesyen yang popular, telah memberi pengaruh besar pada kebangkitan gaya longgar. Jentera yang menekankan fesyen bandar dan jalanan sering melibatkan elemen longgar dan besar dalam reka bentuk mereka. Ini telah meresap ke dalam fesyen utama dan menyumbang kepada penerimaan luas mengenai gaya longgar.
7. Nostalgia Retro
Tahun 90-an adalah era yang berkesan dalam fesyen, dan kebangkitan gaya longgar membawa rasa nostalgik bagi ramai orang. Lelaki yang membesar semasa tempoh ini mungkin merasakannya lebih menarik, dan generasi yang lebih muda tertarik kepada pesona retro pakaian longgar.
Sebagai kesimpulan, kebangkitan gaya longgar boleh diterangkan dengan keselesaan, kefleksibilitian, dan keinginan untuk melarikan diri daripada tren berpotongan slim. Ia menggalakkan keyakinan dan inklusiviti, sambil mengambil inspirasi daripada fesyen jalanan dan menggugah rasa nostalgik.
Sama ada anda peminat gaya ini kerana keselesaan atau keunggulan moden, trend longgar telah meletakkan kedudukannya dalam fesyen lelaki kontemporari. Menerima gaya ini bukan sahaja mengenai pakaian; ia adalah cara untuk meluahkan identiti dan rasa kebebasan dalam cara anda mempersembahkan diri kepada dunia.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-10

Menjadi sebahagian daripada elemen penampilan harian fesyen merupakan antara industri cukup penting bukan sahaja di negara kita tetapi di peringkat global.
Meraikan kepelbagaian idea fesyen menerusi ciptaan serta rekaan daripada pereka fesyen, acara fesyen yang cukup berpengaruh mampu memartabatkan industri ini ke peringkat lebih tinggi. Sebagai salah sebuah acara yang cukup dinantikan ramai, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 bakal diadakan di samping meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Selepas tahun lalu menyaksikan ‘comeback’ yang cukup luar biasa disebabkan pandemik, edisi pada tahun ini dijangka meneruskan momentum tersebut dengan cukup gemilang. Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) pada tahun ini menyaksikan lebih 40 orang pereka fesyen tempatan tampil dengan koleksi ready-to-wear di pentas peragaan bertempat di Pavilion KL bermula 17 hingga 21 Ogos 2022.
Sejak pengenalannya pada tahun 2013, KLFW telah menjadi salah sebuah platform yang cukup penting dan signifikan kepada sebilangan besar pereka tempatan. Di samping itu KLFW turut menjadi medan buat penggiat fesyen bersama-sama meraikan industri ini dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama yang cukup penting.
MERAIKAN BAKAT FESYEN
KLFW juga telah menjadi batu loncatan kepada ramai pereka untuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah antarabangsa. Sama ada koleksi pakaian ready-to-wear, avantgarde, couture atau gaya hidup KLFW telah membuktikan bahawa mereka menjadi acara fesyen terulung di Malaysia.
Pada edisi tahun ini, KLFW 2022 turut menampilkan kempen #iAmMalaysia yang diperkenalkan oleh AmBank dan Designer Search & Model Search oleh Samsung di mana mereka menampilkan 10 Designer Search berkolaborasi bersama Mimpikita.
Sementara itu, Vespa pula turut menampilkan Doodle Decal Contest. Manakala Poh Kong mengaktifkan kolaborasi bersama pereka tempatan seperti Jimmy Lim. Isuzu pula menampilkan kolaborasi bersama Super Sunday dan Moccona Coffee bersama Khatreena.

“Ketika saya mula memperkenalkan KLFW pada tahun 2013 yang lalu, saya sedar akan risiko besar dan usaha keras perlu saya lakukan untuk menjayakannya. Sebelum ini saya pernah bekerja bersama penganjur acara berkaitan minggu fesyen dan disebabkan itulah saya mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada industri ini.” jelas Pengasas KLFW, Andrew Tan.
Buat penggemar fesyen tempatan, KLFW 2022 merupakan satu acara cukup dinantikan. Koleksi yang bakal diperagakan di pentas pada tahun ini dijangka turut memberikan impak positif kepada trend serta industri fesyen itu sendiri.
All the best MASKULIN ucapkan kepada KLFW dan juga pereka-pereka yang mengambil bahagian pada tahun ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI