Usah dinafikan dua minggu terakhir Ramadan lalu, ramai rakyat Malaysia berbelanja sakan sempena menyambut persiapan Aidilfitri.
Baik dari segi membeli baju baharu dan menukar barangan dalam rumah, orang kita memang tidak lokek untuk tampil meriah.
Wang semakin habis
Dalam sedar tak sedar, wang yang dimiliki hujung bulan lalu hasil daripada gaji bulanan semakin berkurangan.
Kena pula zaman sekarang jenis main bayar pakai debit atau online sahaja. Tahu-tahu, kad sudah decline untuk membuat pembayaran.
Apabila semak baki, masya’Allah.. cuma tinggal RM300 sahaja. Nak tunggu hujung bulan, masih ada lagi tiga minggu.
Teringat hutang lama
Nak pinjam duit orang lain, teringat pula hutang lama. Maka, terpaksalah suami isteri ikat perut dan mula jual barangan dalam rumah yang sudah tidak digunakan.
Isteri pula sibukkan diri dengan memasak untuk menampung semula kos yang telah hangus pada Aidilfitri lalu.
Kemenangan atau kegagalan?
Aidilfitri dijulang sebagai hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya berpuasa selama sebulan daripada pelbagai perkara yang dilarang Allah S.W.T.
Namun melihat situasi ini yang sering berlaku saban tahun, adakah ia masih boleh dianggap sebagai kemenangan untuk diri kita?
Atau sekadar kegagalan menguruskan perbelanjaan dan juga hawa nafsu semata-mata mahu dilihat lebih bagus pada hari raya?
Orang-orang yang hidup sederhana juga mampu tersenyum bahagia pada saat yang getir sebegini kerana tidak pandai untuk bermewah-mewah.
Sindrom ‘poket kosong’
Media tempatan ada melaporkan situasi ini dan mereka menetapkan sesiapa yang mengalaminya sebagai terkena sindrom ‘poket kosong’.
Kedengaran sinis namun itulah realiti yang harus dihadapi dan pahitnya perlu ditelan majoriti rakyat di negara kita ini.
Walau bagaimanapun tak usah risau kerana orang-orang kita sentiasa kreatif. Belum ada yang mati kerana sindrom ‘poket kosong’ melainkan lari daripada hutang.
Satu pesanan ringkas daripada Maskulin, walaupun sengkek macam mana sekali pun, tak usah mencuri, buat scam atau menipu orang lain.
Jadilah jujur dan jangan bersikap macam mak long yang complaint kenapa anak saudara yang pakai kereta mewah bagi duit raya RM5 sahaja. Malu tau!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI