Meskipun sudah dijemput Ilahi, pemergiannya amat dicemburi. Manakan tidak, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, dia pergi sewaktu sedang beribadah.
Beribadah dalam membantu golongan yang memerlukan dan tindakan tersebut sering menjadi idola ramai anak-anak muda yang ingin berjaya dalam bidang bisnes.
Namun demikian, itulah suasana yang mengiringi pemergian pengasas Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang terkorban dalam nahas jalan raya, pagi tadi.
Berdasarkan maklumat yang diterima, allahyarham baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah dan kini berada di Thailand untuk memberikan sumbangan.
Ketika kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah sekolah pondok di Yala untuk menyampaikan sumbangan bagi menyempurnakan zakatnya.
Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Dato Seri Vida amat sedih selepas mendapat berita berkenaan dan sangat mencemburi pemergian arwah dalam bulan Ramadan.
Dalam masa sama, DSV tidak melepaskan peluang berkongsi kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan arwah menerusi satu kiriman di Instagram miliknya.
Seorang lagi pengasas produk kecantikan yang terkenal, Dato Aliff Syukri menulis di Instagramnya bahawa allahyarham tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan serta mengerjakan umrah setiap tahun.
Ternyata berita pemergian arwah adalah sangat mengejutkan kerana menurutnya, mereka sudah berjanji untuk bertemu pada malam ini dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Aliff Syukri.
Sumber: IG datoserivida, IG aliffsyukriterlajaklaris, IG iqbar_hakim