Rajin Buat 5 Workout Ini, Kesannya Anda Miliki Dada Bidang & Lengan Mantap!

Share

Setiap lelaki pasti teringin nak miliki dada bidang dan lengan mantap. Barulah nampak segak bila mengenakan pakaian. Tak adalah badan nampak jatuh dan lembik.

Nak dapatkan dada bidang dan lengan mantap, ada caranya. Dalam tempoh 5 bulan, ikuti 5 workout ini dan lihatlah hasilnya nanti. Baru anda puas hati!

TIP:

Selalunya digunakan untuk biceps curls atau upright rows, alur lengkok pada batang bar ini membolehkan lengan bergerak dengan lebih neutral dan bebas serta membuatkan pergelangan tangan anda tidak terlalu tegang ketika mengangkat bebanan.

1. EZ Bar Curl (Basic)

  • Berdiri tegak, genggam batang EZ. Posisi lengan haruslah rapat dengan tubuh.
  • Angkat bebanan sehingga anda merasakan kontraksi di otot biceps. Angkat batang EZ selari dengan bahu. Tahan selama 10 saat.
  • Kemudian, hembuskan nafas sambil menurunkan bebanan ke posisi asal.

2. Close-Grip EZ Bar Curl

  • Berdiri sedikit bongkok, kunci belakang badan sambil tangan menggenggam tengah alur batang EZ. Posisi lengan haruslah rapat dengan tubuh.
  • Angkat bebanan menggunakan otot lengan. Angkat sehingga anda merasakan kontraksi lengkung (Curl) pada otot biceps. Tahan dan rasakan kontraksi selama 10 saat.
  • Hembus nafas semasa mengangkat bebanan dan tarik nafas semasa anda menurunkan bebanan.

3. EZ Bar Skullcrusher

  • Posisi berbaring. Angkat batang EZ dan tahan bebanan ke arah atas. Beri perhatian, siku memainkan peranan yang sangat besar dalam pergerakan ini.
  • Turunkan bebanan menggunakan siku. Tarik nafas ketika menurunkan bebanan. Berhenti sebaik sahaja bebanan sampai tepat di atas dahi kepala.
  • Hembus nafas. Angkat semula bebanan, juga menggunakan siku ke posisi asal.

4. Close-Grip EZ Bar Press

  • Juga dalam posisi berbaring, kuncikan belakang badan. Genggam tengah alur batang EZ dan tahan bebanan ke arah atas. Posisi lengan hendaklah lurus di lantai.
  • Sekarang, turunkan bebanan perlahan-lahan ke atas dada sambil menarik nafas.
  • Kemudian, gunakan otot triceps untuk menolak semula bebanan ke arah atas. Ketika ini hembus nafas. Ulangi pergerakan.
  • Posisi lengan kekal sepanjang melakukan pergerakan-pergerakan ini.

5. Over Head Press

  • Berdiri tegak. Tahan batang EZ di hadapan dada pada aras bahu. Genggaman pada batang EZ mestilah lebih lebar daripada bukaan bahu.
  • Mulakan mengangkat bebanan ke arah atas. Gunakan dan tekan otot bahu sambil disokong otot biceps.
  • Tahan bebanan sambil menekan otot bahu selama 10 saat untuk merasakan kontraksi.
  • Turunkan semula bebanan secara perlahan-lahan ke posisi asal.
Published by
Kim Rahim