RAJA PECUT-OLIMPIK-4
Foto: Cameron/ Spencer Getty Images

Setiap kali tibanya temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik acara pecut 100 meter pastinya akan menjadi salah satu tumpuan Utama. Dan awal pagi semalam Waktu Malaysia, raja pecut baharu telah dinobatkan kepada pelari Amerika Syarikat, Noah Lyles.

Sebelum perlumbaan dimulakan ramai pemerhati sukan berbeza pendapat tentang siapakah ‘favourite’ sebenar untuk merangkul kejuaraan raja pecut Olimpik edisi Paris 2024.

Ternyata, acara 100 meter pecut lelaki pada kali ini telah memberikan persembahan yang cukup mendebarkan. Apa tidaknya, Noah Lyles memenangi perlumbaan ini dengan cukup dramatik.

Raja Pecut Olimpik Baharu, Noah Lyles Menang Dengan Hanya Beza 0.005 Saat!
Foto: Laman X Noah Lyles

Dia memenangi perlumbaan dengan perbezaan yang cukup sengit dan hanya dapat ditentukan dengan ‘photo finish’ pada catatan 9.79 saat. Pemenang pingat perak dari Jamaica, Kishane Thompson turut mencatatkan masa yang sama namun dibezakan denga hanya 0.005 saat!

Manakala pingat gansa turut diraih pelari veteran Amerika Syarikat, Fred Kerley yang mencatatkan masa 9.81 saat.

Kesemua lapan finalis menamatkan perlumbaan dalam masa 0.12 saat dari Lyles dalam perlumbaan yang luar biasa.

Ads

Inilah standard baharu Sukan Oluimpik di mana Zharnel Hughes dan Louie Hinchliffe dari GB gagal menyerlah. Manakala juara bertahan dari Itali, Lamont Marcell Jacobs, terkeluar dari kedudukan pingat.  Bintang meningkat naik dari Jamaica pula, Oblique Seville sekadar di tempat terakhir dengan 9.91 saat.

DATANG PENUH SEMANGAT

Noah Lyles yang kini berusia 27 tahun itu berkali-kali membunyikan loceng kemenangan di tepi trek selepas menegaskan dirinya di puncak sukan ini. Selepas ini dia menyasarkan pingat emas seterusnya dalam acara 200m dan lari berganti-ganti.

Raja Pecut Olimpik Baharu, Noah Lyles Menang Dengan Hanya Beza 0.005 Saat!

“Anda tidak boleh meminta momen yang lebih besar,” kata Lyles, yang berada di tempat ketujuh pada peringkat separuh jalan, kepada BBC Sport.

Ads

“Saya terpaksa mengambil setiap pusingan seperti adanya dan saya sedikit kecewa selepas pusingan pertama, jadi saya datang dengan penuh semangat dan… saya berlari 9.83 (dalam separuh akhir).

“Saya harap anda semua suka Noah kerana saya ada banyak lagi yang akan datang!”

BACA: Anwar El Ghazi Kini Bersama Cardiff City Selepas Ditamatkan Kontrak Oleh Mainz

Ads

Tahun lalu, Noah pelari pecut lelaki pertama sejak Bolt pada tahun 2015 untuk memenangi gelaran dunia 100m dan 200m. Dia kemudian melengkapkan treble emas dalam larian berganti-ganti 4x100m.

Raja Pecut Olimpik Baharu, Noah Lyles Menang Dengan Hanya Beza 0.005 Saat!
Foto: AP Photo/ David J. Phillip

Noah kini dia menjadi pelari Amerika Syarikat pertama memenangi gelaran 100m Olimpik dalam tempoh 20 tahun, sejak Justin Gatlin pada tahun 2004. Sekali gus meletakkan dirinya sebagai raja pecut baharu dan dominan masa kini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja!

Raja Pecut Olimpik Baharu, Noah Lyles Menang Dengan Hanya Beza 0.005 Saat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI