Berita

Raja Norway Semakin Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Baginda Pulang Dari Langkawi

Share

Susulan Raja Norway, Raja Harald V yang jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, usaha bagi membawa pulang Baginda kini sedang dijalankan, demikian kenyataan Istana Diraja Norway yang dilaporkan Astro Awani

.

Kenyataan itu dikeluarkan pada awal Jumaat waktu Malaysia di laman webnya www.royalcourt.no.

Baginda yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.

Kesihatan Semakin Pulih

Foto: Raja Harald V bersama Permaisuri Sonja.

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.

“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.

Kredit Sumber: Astro Awani

BACA: Raja Norway Dirawat Di Hospital Langkawi

Published by
Ruszaini Ruslan