
Susulan Raja Norway, Raja Harald V yang jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, usaha bagi membawa pulang Baginda kini sedang dijalankan, demikian kenyataan Istana Diraja Norway yang dilaporkan Astro Awani.
Kenyataan itu dikeluarkan pada awal Jumaat waktu Malaysia di laman webnya www.royalcourt.no.
Baginda yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.
Kesihatan Semakin Pulih

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.
“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.
Kredit Sumber: Astro Awani
BACA: Raja Norway Dirawat Di Hospital Langkawi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buat Majlis Ikut Bajet Sendiri , Ini 10 Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana Boleh Lelaki Cuba

Majlis perkahwinan adalah antara majlis yang ramai di antara kita akan ambil serius, lebih-lebih lagi dari segi perbelanjaan kewangan, yang mana ia adalah demi kelancaran majlis dan juga untuk meraikan tetamu, dan pengantin.
Namun begitu, jika ikutkan perkiraan pada masa kini, perbelanjaan majlis perkahwinan, sering kali menghampiri RM10 ribu, yang mana jika dilihat adalah satu jumlah yang besar.
Bagi pihak lelaki , pasti pening dan penat mengumpul duit untuk kahwin ni, Ini tip yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir yang mana boleh anda cuba sebaik mungkin untuk kawal perbelanjaan perkahwinan.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Sumber Amir Syahir
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Semakin Tua, Lemak Di Muka Lelaki Akan Bertambah

Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.
Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.
Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu.
Pada muka kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah bereplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga jenis tulang ini pada sekitar soket mata kita.
FAKTOR PEMBENTUKAN FAT JOWL ATAU KEJATUHAN MUKA.
Salur lymphatic yang tersumbat
Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.
Graviti
Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.
Otot yang mengembang
Otot-otot muka yang mengembang membuatkan muka tampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil. apabila pipi semakin besar ia akan membuatkan mata seakan akan tertutup. Penampilan seseorang akan merosot jika matanya terlalu kecil. Mata merupakan permata yang menyerlahkan kecantikan justeru pelbagai cara menata rias mata dicipta. Jika mata tersorok di sebalik timbunan lemak pada muka maka penampilan seseorang menjadi kurang menarik.
Kehilangan kolagen pada kulit
Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan.
Kekurangan hormon
Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.
Rawatan yang sesuai bagi fat jowls
Beberapa perkara patut di lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan simptom ini tampak ketara
- Botox
Kebanyakan orang begitu takut dengan Botox. Pada pendapat mereka Botox akan memburukkan muka dan boleh mengubah paras wajah seseorang. Botox sebenarnya adalah sebuah jenama untuk satu bahan yang mengandungi Botulinum Toxin Type A. Ia mula ditemui oleh Dr. Justinus Kerner pada tahun 1820 .
Pada tahun 1950an seorang doktor dari Montreal Kanada, Dr. Vernon Brooks mendapati bahawa Botulinum Toxin Type A boleh melemahkan otot secara sementara. Pada tahun 1980an seorang doktor pakar mata, Dr. Alan B. Scott di Kanada merawat spasm kelopak mata. Beliau mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Botox, semua garis halus di sekitar mata akan hilang.
Jika seseorang mempunyai kedut muka yang kelihatan hanya ketika mengerutkan kening atau mengenyitkan mata, Botox adalah rawatan yang diperlukan. Kegunaan Botox yang paling sering adalah pada dahi, tepi mata dan sekitar mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati kedut di leher. Botox bekerja pada kedutan dalam dua cara.
Pertama, ia melemahkan otot-otot yang menyebabkan kedut. Kedua, dan faktor yang lebih penting adalah oleh kerana otot-otot yang terlibat boleh lemah, lama kelamaan pesakit akan kurang menggunakan otot ini. Dengan cara ini, Botox sebenarnya mencegah perkembangan dan pendalaman kedut. Secara ringkas Botox hanya berkesan pada kedutan dinamik. Ia bererti , kedutan yang timbul hanya akibat pergerakan otot muka.
Oleh kerana Botox hanya menghilangkan kedut yang di sebabkan oleh pergerakan otot muka, bagai mana pula kita hendak merawat kedut yang bukan di sebabkan pergerakkan otot muka?
Contoh kedut seperti ini adalah kedut di sebelah hidung atau nasolabial fold.
Cara untuk merawat masalah ini adalah dengan menggunakan filler yang bermaksud “mengisi”.
Oleh itu ia memberi “volume” kepada ruangan yang diisi. Semasa proses penuaan beberapa perkara penting berlaku kepada wajah kita yang boleh menampakkan kita lebih tua.
Pertama adalah terbentuknya pigmentasi, kedua kedut kedut mula timbul dan ketiga kehilangan “volume” isi yang menyebabkan muka kita menjadi kecut.
Filler berfungsi untuk mengisi semula ruang yang “hilang” akibat proses penuaan. Oleh itu, ia banyak digunakan di kawasan pipi terutama di tulang pipi agar pipi kelihatan lebih bulat, di bahagian dagu untuk membentuk dagu, di bahagian mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, untuk bibir yang nipis atau tidak simetri dan di bahagian hidung untuk menampakkan batang hidung.
- Serdev suture
Teknik serdev merupakan satu inovatif yang mengagumkan di dalam dunia perubatan estetik. Teknik ini mengangkat kembali muka tanpa pembedahan atau kesan parut.
Kemajuan dunia perubatan estetik dijangka lebih baik pada masa hadapan disebabkan olah kegigihan doktor melakukan penyelidikan dan meningkatkan pengetahuan.
Di Malaysia kini bidang estetik mula diterima dan ilmu estetik mula dijadikan suatu sukatan pelajaran di peringkat pakar dan dihormati.
Kita tidak perlu ragu-ragu bagi mendapatkan wajah dan tubuh badan yang cantik dan menjadi muda kembali.
Sumber : Utusan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Terperangkap! Tips Semak Status Rumah Sewa Sebelum Membeli

Membeli rumah untuk tujuan disewa adalah pelaburan yang bijak jika dilakukan dengan perancangan yang teliti.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Lokasi Adalah Segalanya
Lokasi merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan rumah sewa anda.
Pilih kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti berdekatan dengan institusi pendidikan, hospital atau pusat bandar.
Lokasi yang strategik akan memudahkan anda menarik penyewa dan memastikan kadar sewa yang stabil.
Fahami Pasaran Sewa di Kawasan Tersebut
Sebelum membeli, lakukan kajian tentang kadar sewa purata di kawasan pilihan anda.
Ini membantu anda memahami potensi pendapatan dan memastikan rumah yang dibeli mampu memberikan pulangan yang baik.
Anda juga boleh menyemak jenis penyewa yang biasanya mencari rumah di kawasan itu, seperti pelajar, pekerja profesional atau keluarga.

Periksa Keadaan Rumah
Pastikan anda memeriksa keadaan fizikal rumah sebelum membuat pembelian.
Perhatikan masalah seperti kebocoran, kerosakan struktur atau sistem pendawaian yang usang.
Kos pembaikan boleh memberi impak besar kepada keuntungan pelaburan anda.
Kira Kos Pemilikan
Selain harga rumah, ambil kira kos lain seperti cukai hartanah, insurans, kos penyelenggaraan dan yuran guaman.
Pastikan anda memahami semua kos ini agar tidak membebankan kewangan anda di masa depan.

Rancang Strategi Pengurusan Penyewa
Adakah anda akan menguruskan penyewa sendiri atau melalui ejen hartanah?
Jika anda memilih untuk mengurus sendiri, pastikan anda bersedia menangani pelbagai isu seperti kutipan sewa, aduan penyewa dan pembaikan rumah.
BACA LAGI : Langkah Bijak Miliki Rumah Pertama Di Usia Muda !
Semak Dokumen dengan Teliti
Pastikan semua dokumen seperti geran tanah, Sijil Layak Menduduki (CF) dan perjanjian jual beli adalah sah dan lengkap.
Ini akan mengelakkan sebarang isu undang-undang di kemudian hari.
Membeli rumah sewa memerlukan perancangan yang rapi dan pemahaman yang mendalam tentang pasaran hartanah.
Dengan menitikberatkan faktor seperti lokasi, kos pemilikan dan keadaan rumah, anda dapat meminimakan risiko dan memaksimakan keuntungan pelaburan anda.
Luangkan masa untuk membuat kajian dan dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmy Duo Asyraf dan Irwan merupakan salah satu bros yang berapa di bottom 2. Ini bermakna mereka akan berdepan pusingan penyingkiran di episod 7. Siapa yang anda sokong? Duo Asyraf & Irwan ataupun Duo Syafiq & Nad? #maskulin #whosyourbro #siapabrosiapalawan #astroria #fyp ♬ original sound – Maskulin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI