Raja dari negara Norway, Raja Harald V jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, langsung dikejarkan Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi.
Berita itu dimaklumkan jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa yang dilaporkan Astro Awani
Dilaporkan, raja berusia 87 tahun itu mengalami jangkitan berkaitan masalah respiratori serta jantung.
“Baginda jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana, susulan jangkitan.
“Baginda mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata keluarga diraja itu dalam satu kenyataan.
Sejak 1991 Raja Harald, telah menjadi ketua negara istiadat Norway dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.
Dia telah berulang kali dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain telah menjalani pembedahan jantung.
Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V.
Pada 31 Januari lalu, Raja Harald V sedang bercuti sakit sehingga 2 Februari susulan jangkitan pernafasan.
Pada bulan Disember, baginda dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dan dirawat dengan antibiotik intravena.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Baginda kerap dilihat menggunakan tongkat
Pada Oktober 2020, Baginda pernah menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.
Kredit Sumber & Foto: Astro Awani & Town & Country Magazine
BACA: Raja Charles III Hidap Kanser: Putera Harry Ziarah Ayahanda 45 Minit Sahaja