
Tiada apa yang mustahil, seperti penurunan berat badan sebanyak 114kg pempengaruh YouTuber terkenal Nikocado Avocado, atau digelar ‘Raja Mukbang’.
Lelaki ini berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.

Nikocado atau Nicholas Perry, 32 tahun, mendedahkan bahawa penurunan berat badan drastiknya itu telah dilakukan secara rahsia sejak dua tahun lalu.
Bagi memastikan ‘rahsia’ tersebut kekal tersembunyi, pempengaruh yang berasal dari Ukraine itu kerap memuat naik video-video lamanya secara konsisten di salurannya sambil memberi tumpuan kepada dietnya.
Dalam video bertajuk ‘Dua Langkah ke Depan’, Perry menceritakan bagaimana dia berdedikasi menurunkan berat badan daripada 186kg kepada berat asalnya ketika mula menceburi dunia YouTube.
Video berdurasi 25 minit itu telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan dalam beberapa hari sejak dilancarkan di saluran YouTube.
“Ini adalah percubaan sosial paling hebat dalam hidup saya. Walaupun terdapat sedikit kebimbangan, ia masih menarik dan seperti mimpi kerana saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114kg,” katanya.
Pendedahan Perry ini kini menjadi tular dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya terkejut dengan perubahan fizikal Perry.
“Perry hanya selangkah lagi untuk menjadi YouTuber kecergasan,” kata seorang netizen.
BACA LAGI : Tukar Warna Kereta, Ini Cara Kemaskini Maklumat Di JPJ. Sangat Mudah!
Sumber : Sinar Plus
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Takut Beri Bantuan CPR Walau Tidak Mahir

Apabila anda melihat seseorang rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung, amat penting untuk segera memberikan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) segera tanpa mengira anda mahir melakukannya atau tidak.
Menurut perkongsian seorang doktor dan pempengaruh Dr Malar Santhi, anda tidak perlu risau disaman atau didakwa kerana salah melakukan CPR kerana ada perlindungan undang-undang bagi mereka yang bertindak ketika keadaan yang mengancam nyawa seseorang.
“Anda tidak boleh disaman ataupun didakwa sebab kononnya salah bagi CPR lah, ataupun bagi CPR sampai tulang rusuk dia patah lah.
“Tak perlu takut perkara-perkara sebegitu. Hanya takut pada pencipta yang akan soal anda satu hari nanti “kenapa tak buat apa-apa?”, “kenapa tengok sahaja?”, “kenapa tak jalankan tanggungjawab?”,” jelas Dr Malar menerusi sebuah hantaran video di laman media sosial nya.
@drmalarss SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalar#columbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia ♬ original sound – CelotehDrMalar
Bagi Dr Malar, menjadi suatu tanggungjawab bagi seseorang yang hadir di sebelah mangsa untuk segera tampil memberikan bantuan.
“Ingat ya, mangsa itu bila tiba ajal dia, dia akan pergi jua tidak awal ataupun tidak lewat sesaat pun.
“Ya kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir. Tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha,” tegasnya yang mengulas video tular pemain badminton China yang rebah di gelanggang dan meninggal dunia ketika perlawanan.
“Sebelum buat apa-apa pun terus dah melopong berserah kepada takdir. Bagi saya, itu salah”.
Fokus Untuk Kembalikan Fungsi Jantung Mangsa
Walaupun anda tidak mahir atau takut melakukan tatacara CPR, Dr Malar menasihatkan agar anda mengabaikan perasaan itu.
Sebaliknya, anda hanya perlu menumpukan untuk memberikan tekanan CPR dengan harapan agar jantung mangsa boleh kembali berfungsi mengepam darah.
Apabila melihat seseorang rebah dan menggelepar, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa tindak balas mangsa.
Laungkan Dua Ayat Ini
Jika tiada sebarang tindak balas, Dr Malar menjelaskan ada dua ayat yang perlu anda laungkan segera iaitu “dapatkan bantuan” dan “bawa AED (Defibrilator Luaran Automatik)”.
Selepas melaungkan kedua ayat tersebut, anda sendiri perlu memulakan CPR segera walaupun anda sendiri tidak mahir melakukan tatacara keselamatan itu.
Anda hanya perlu meletakkan kedua tapak tangan anda yang saling bertindihan ke bahagian tengan dada mangsa dan terus menekan dada mangsa menggunakan tenaga dari bahu anda.

Penting untuk anda memastikan siku anda berada dalam kedudukan yang lurus agar tekanan dapat diberikan sekuat mungkin.
Jangan bimbang tindakan anda itu boleh menyakitkan mangsa atau mengakibatkan tulang rusuk mangsa patah.
Hal ini disebabkan mangsa sudah keadaan tidak sedar tanpa denyutan nadi maka mangsa tidak boleh merasakan sakit, jelas Dr Malar lagi.
Lakukan CPR Secara Bergilir
Selain itu, tatacara CPR juga perlu dilakukan secara bergilir-gilir kerana ia biasanya akan memenatkan anda selepas dua hingga tiga minit melakukan tatacara itu.
Maka sangat penting untuk memastikan ada orang lain disekeliling anda yang mampu untuk mengambil alih peranan anda agar CPR dapat dilakukan secara berterusan sehingga bantuan pihak profesional tiba.
Merujuk video tular saat pemain badminton China, Zhang Zhijie, 17, yang rebah di gelanggang, Dr Malar menjelaskan fasa serangan jantung yang dialami pemain badminton remaja itu.
Tubuh Zhijie dilihat menggelepar ketika rebah, dan ketika itu dia sedang berada dalam fasa Ventricular Fibrillation (VF) atau Pulseless Ventricular Tachycardia (pulseless VT).
“Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah shock delivery. Tapi kalau tiada alat untuk memberikan shock pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera”.

Lakukan CPR Sebelum Mangsa Kaku
Jika mangsa tidak dirawat segera ketika keadaan jantungnya masih di fasa VF atau pulseless VT, jantung akan beralih ke fasa berikutnya iaitu fasa tanpa sebarang denyutan nadi, dikenali sebagai PEA ataupun Asystole.
“Kalau anda zoom dan tengok, lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus, dah masuk dalam fasa Asystole lah itu,” jelasnya.
Menurut Dr Malar, ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu rebah dan menggelepar seperti Zhijie, antaranya ialah hipokalemia (kadar potassium terlalu rendah) ataupun hiperkalemia (kadar potassium terlalu tinggi).
“Dalam keadaan ini iaitu tengah main badminton, hipokalemia sangat-sangat mungkin boleh berlaku akibat daripada berpeluh yang melampau”.
Selain itu, hipotermia (badan terlalu sejuk), hipoglisemia (gula terlalu rendah) juga boleh menjadi antara punca seseorang itu rebah.

Berdasarkan pengalaman peribadi Dr Malar, punca yang paling kerap berlaku dikalangan pemain badminton ialah disebabkan oleh garam galian tidak normal (electrolyte imbalance).
Namun walau apa pun puncanya, Dr Malar menegaskan perkara yang lebih penting apabila berlakunya kejadian sebegitu ialah tindakan yang betul, tepat dan cepat.
Terdahulu, Zhang Zijie rebah di gelanggang ketika perlawanan menentang Kazuma Kawano dari Jepun di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, demikian lapor Harian Metro.
Sumber: Tiktok @drmalarss
BACA: Senaman Berat Waktu Malam Boleh Jadi Punca Serangan Jantung : Pakar Perubatan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Banyak Khasiat Pijak Batu REFLEKSOLOGI Tapi Pastikan Teknik Betul!

Refleksologi pijak batu adalah satu bentuk urutan di mana seseorang memijak batu-batu kecil yang disusun dengan cara tertentu, yang bertujuan untuk merangsang titik-titik refleks di tapak kaki.
Menerusi perkongsian di laman TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Urut, dia ada mendedahkan bahawa batu refleksologi di taman boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipijak dengan betul.

Hal ini kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu tentang pengunaan betul batu refloksologi ini. Jika salah langkah, boleh bahayakan kesihatan!
Jelas pemuda itu, sekiranya ingin memijak batu refleksologi yang ada disediakan di taman, pastikan pijak mengikut urutan iaitu dimulakan dengan batu besar terlebih dahulu.
Setelah anda selesa memijak batu besar tersebut, boleh tukar kepada batu lain sehinggalah batu kecil. Sekiranya anda memijik batu refleksologi dengan cara salah, ia boleh mendatangkan bahaya.
“Bila nak pijak batu refleksologi ini, cari batu yang besar dulu dan rapat-rapat. Bila dah selesa pijak batu besar, baru boleh pergi tukar batu yang sedikit jarak dan kecil.
“Mula-mula memang akan rasa sakit. Bila dah selesai pijak batu tadi, boleh tukar kepada batu kecil dan lebih sakit. Pastikan jalan perlahan-lahan sahaja,” katanya.
Dia juga memberitahu bahawa memijak batu refleksologi dengan berperingkat adalah amat penting terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis.
“Nak pijak batu refleksologi ini kena berperingkat. Jangan terus pijak batu kecil kerana ia sangat membahayakan terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis,” jelasnya.
Cara Betul Melakukan Refleksologi Pijak Batu
Walaupun refleksologi pijak batu kelihatan mudah, adalah penting untuk memastikan teknik yang betul digunakan supaya tidak menyebabkan kecederaan. Berikut adalah beberapa tip penting:
- Mulakan Dengan Perlahan Untuk pemula, mulakan dengan perlahan. Jangan teruskan dengan tekanan yang kuat. Mulakan dengan berjalan di atas batu-batu dengan perlahan dan elakkan menekan terlalu kuat. Tubuh anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
- Pastikan Permukaan Batu Sesuai Pilih permukaan batu yang tidak terlalu kasar atau tajam. Batu yang bulat dan halus adalah lebih sesuai untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada tapak kaki.
- Gunakan Masa yang Sesuai Lakukan refleksologi ini selama 10 hingga 15 minit sehari. Jangan terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan tapak kaki menjadi terlalu tegang atau sakit.
- Kekalkan Postur Tubuh yang Betul Pastikan postur tubuh anda betul ketika melakukan refleksologi pijak batu. Jangan bongkokkan badan, dan pastikan tekanan disebarkan secara rata ke seluruh tapak kaki.
- Konsisten untuk Hasil Maksimum Untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum, konsistensi adalah kunci. Lakukan refleksologi pijak batu ini sebagai rutin harian, sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu.
Khasiat Refleksologi Pijak Batu Untuk Lelaki
- Meningkatkan Peredaran Darah Lelaki yang sering aktif atau bekerja dalam posisi berdiri lama boleh mendapat manfaat dari refleksologi pijak batu. Tekanan pada tapak kaki boleh membantu melancarkan aliran darah, terutama ke bahagian kaki, dan mengurangkan rasa kebas atau kesakitan.
- Meringankan Tekanan dan Kebimbangan Lelaki yang menghadapi tekanan di tempat kerja atau kehidupan seharian boleh menggunakan refleksologi pijak batu sebagai cara untuk melegakan tekanan. Titik-titik refleks pada tapak kaki berkait rapat dengan sistem saraf yang dapat membantu tubuh untuk lebih relaks.
- Mengurangkan Sakit Otot dan Sendi Aktiviti fizikal seperti bersenam atau bekerja berat boleh menyebabkan otot dan sendi menjadi tegang. Refleksologi membantu meredakan ketegangan ini dengan memulihkan keseimbangan tenaga dan membantu pemulihan otot-otot yang tegang.
- Meningkatkan Kualiti Tidur Kajian menunjukkan bahawa refleksologi mampu membantu dalam meningkatkan kualiti tidur. Dengan merangsang titik-titik tertentu di tapak kaki, lelaki yang sering berhadapan masalah tidur boleh mendapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.
Meningkatkan Sistem Imun Pijak batu juga dikatakan mampu merangsang sistem imunisasi badan. Dengan mengaktifkan titik-titik refleks, tubuh dapat memperkuatkan pertahanan semula jadi dan mengurangkan risiko penyakit.
Sumber: TikTok Cikgu Urut
BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bergelar Atlet Jiu Jitsu, Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa

Jarang kita melihat penerbit filem terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina menayang wajah anak lelakinya pada umum.
Berkongsi video di samping anak tersayang di media sosial baru-baru ini, warga maya tertarik dengan personaliti Mohd Eridani Effendi atau mesra disapa Dani ini. Rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji wajah kacak Dani dan menyatakan rupa paras anak lelaki ini mewarisi ketampanan bapa, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.


Meniti usia 24 tahun, Dani merupakan satu-satunya cahaya mata lelaki penerbit filem terkenal ini.
Puan Sri Tiara ialah pelakon, penerbit filem, penerbit teater muzikal, dan penyanyi menyambut ulang tahun kelahiran pada awal Oktober lepas. Bersempena hari lahir, figura ini menitipkan rasa syukur dikurniakan keluarga tersayang.
“Syukur alhamdulillah for my good health, for my beloved family Effendi, Mila and Dani, and everyone in my life who fill my life with happiness.”
Bahkan dia meluahkan rasa bertuah mempunyai dua cahaya mata yang menyenangkan dan penyeri hidup.
“I want to celebrate my two wonderful kids Mila and Dani. Being mother to you both has been the most fulfilling part of my life, and my absolute joy. Thank you for being the most wonderful kids any mother could ask for.”





Seperti kakaknya iaitu Hani Karmila, Dani turut aktif dalam sukan Jiu Jitsu dan pernah memenangi pelbagai kejohanan.
Hani Karmila merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Puan Sri Tiara bersama arwah Hani Mohsin. Sementara Dani pula cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.



Tan Sri Effendi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2006 dan Menteri Pertanian 1999 hingga 2004. Beliau juga tokoh terkenal dalam bidang perniagaan dan bekas Pengerusi Eksekutif ENCORP Berhad, Bloomberg TV Malaysia dan NTV7.
Dah ibu dan ayahnya kacak dan cantik mesti la turun kepada anak-anaknya kan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI