Raikan Ulang Tahun Ke-40, Casio Perkenalkan Koleksi G-SHOCK ‘Remaster Black’

Share

Di kalangan peminat jam tangan digital nama G-SHOCK pastinya sudah tidak asing lagi di telinga anda. Ia kini bukan lagi sekadar menjadi jam tangan semata tetapi sudah berevolusi menjadi ikon trend dan fesyen yang cukup sinonim di kalangan lelaki.

Bahkan peminat serta pengumpul jam keluaran Casio ini semakin hari semakin ramai. Siapa sangka G-SHOCK kini bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-40 selepas pertama kali diperkenalkan pada tahun 1983.

Bagi meraikan signifikasi ulang tahun tersebut, G-SHOCK menampilkan koleksi ‘REMASTER BLACK’ dengan empat model jam yang berbeza.

Empat model G-SHOCK tersebut ialah model GA-114RE, DWE-5657RE, DW-6640RE dan GA-2140RE.

DWE-5657RE

Antara tarikan paling menarik yang dijangka membuatkan pengumpul berasa teruja ialah menampilkan band yang dicetak dengan model nama daripada kejayaan masa lalu G-SHOCK di mana inovasinya telah menempa evolusi dalam usaha mengejar ketangguhan yang tidak berkesudahan.

DW-6640RE
GA-2140RE
GA-114RE

Ia juga menampilkan cetakan ulang tahun ke-40 dengan tahun model tersebut diperkenalkan buat pertama kali.

Dari lebih 4,200 model yang dilancarkan, Casio telah memilih 49 model G-SHOCK yang mewakili inovasi rekaan struktur, fungsi, bahan dan juga rekaan jenamanya secara keseluruhan.

Nama-nama model ini dicetak pada bahagian tali jam koleksi ‘REMASTER BLACK’ dengan proses hot-stamping memberikan gaya yang lebih sensasi. Secara keseluruhannya jam dari koleksi ini ditampilkan dengan warna hitam berserta sentuhan emas.

Jam tangan terbaharu ini berdasarkan empat model yang sentiasa popular: DW-5600, yang mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK asal; DW-6600, G-SHOCK pertama yang dilengkapi dengan lampu latar; analog – gabungan digital GA-110; dan juga GA-2100, dengan bezel segi lapan yang unik.

DWE-5657RE baharu, direka berdasarkan DW-5600, didatangkan dengan bezel bulat DW-5700 yang boleh ditukar ganti untuk memberikan keseronokan dua rupa berbeza dalam satu jam tangan.

Selain cetakan logo ulang tahun pada bahagian belakang, cetakan bintang juga diletakkan pada butang di kiri bahagian bawah bagi tiga model manakala untuk G-114RE pula pada atas kacak permukaannya. Bagi DWE-5657RE dan DW-6640RE pula logo ulang tahun akan tampil sebagai lampu bahagian belakang atau back-lit.

Kesemua model bagi koleksi ‘REMASTER BLACK’ ini sudah pun mula dipasarkan di Malaysia menerusi butik Casio dan juga pengedar terpilih.

@maskulinmy Nak memandu jauh balik kampung kenalah ready. Salah satunya elak beberapa jenis makanan yang boleh ganggu tumpuan pemanduan. #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #fyp #fypmalaysia #artismalaysia ♬ Sky High (Two AM Music Global)
Published by
Farizul Izwany Ibrahim