Raikan Siluet Ikonik Samba & Gazelle, adidas Malaysia x JD Sports Tampilkan Pop-Up Istimewa

Share

Bagi penggemar fesyen kasual atau jalanan dua jenama yang besar ini pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda.

adidas Originals yang lahir dari sukan berkembang kepada budaya fesyen popular manakala JD Sports pula penyedia dan pengedar barangan sukan dan gaya hidup yang cukup berpengaruh di serata dunia.

Dua jenama yang cukup inonik kini melancarkan kerjasama istimewa dengan memperkenalkan adidas Originals x JD Sports Pop-Up bertempat di ruang luar berdekatan air pancur di pintu masuk utama Pavilion KL.

 

Pop-up istimewa ini ditonjolkan dalam reka bentuk kotak kasut adidas Originals berwarna biru dengan dua tingkat sarat pelbagai pameran dan aktiviti.

Ia bermula sejak semalam September dan akan berakhir pada 17 September 2023. Pop-up adidas Originals x JD Sports ini menampilkan paparan kasut yang cukup ‘rare’, barangan eksklusif dan perkhidmatan untuk para pengunjung menyelami dengan lebih dekat asal-usul adidas Originals di samping mendukung evolusi kontemporari jenama ini.

Berikut merupakan beberapa aktiviti menarik anda boleh lakukan di pop-up tersebut:

  • Pameran Arkib Kasut | Terokai evolusi kasut adidas Originals ikonik dengan fokus kepada kasut lagenda Samba dan Gazelle.
  • Ruang Cuba Kasut | Rasai pengalaman Samba dan apa yang menjadikannya kasut ruji bagi pakaian sukan dan jalanan.
  • Stesen Permainan Kuiz Interaktif
    | Uji pengetahuan anda mengenai adidas Originals dan JD Sports. Jawab sekurang-kurangnya empat (4) daripada lapan (8) soalan dengan betul dan terima satu baucar tunai JD Sports.

Sebaik sahaja keluar dari ruang Pop-up adidas Originals x JD Sports, pengunjung akan disambut dengan sepasang kasut Samba gergasi yang bertindak sebagai penunjuk arah ke kedai JD Sports, Pavilion Elite.

Di kedai, pengunjung boleh menebus:

  • Hadiah dengan Pembelian | Pengunjung berpeluang untuk mempertingkatkan gaya peribadi mereka dengan pembelian mana-mana produk adidas. Pelanggan dengan perbelanjaan minima RM350 layak memilih satu premium, manakala pelanggan dengan perbelanjaan minima RM500 layak untuk memilih dua premium. Antara pilihan premium yang tersedia adalah pin, tali kasut dan tampalan.
  • Perkhidmatan Pembersihan Kasut Professional | Terpakai untuk sejumlah bilangan pengunjung harian yang hadir dengan kasut adidas – servis pembersihan kasut ini akan mengekalkan jangka hayat kasut kegemaran anda.
  • Kerjasama dengan Crep Protect | Bekerjasama dengan Crep Protect, pop-up ini mengetengahkan kepentingan penjagaan dan penyelenggaraan kasut anda dengan menawarkan pengunjung semburan perlindungan percuma spontan dengan pembelian kasut adidas.

Perkhidmatan pembersihan dan perlindungan kasut hanya beroperasi sepanjang tempoh pop-up dari Jumaat hingga Ahad, sejak pukul 3 petang hingga 9 malam.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim