Bagi penggemar fesyen gaya hidup kasual jenama UNIQLO pasti tidak asing lagi. Tampil dengan rekaan yang sentiasa relevan dengan pelbagai gaya, ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Apatah lagi dengan tawaran harganya yang berpatutan. Terbaru, UNIQLO memperkenalkan koleksi UT Collection Jason Polan dengan raikan legasi artis Amerika Syarikat tersebut.
Pada Januari tahun lalu, artis berpengaruh dari New York itu meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 37 tahun. Pemergiaannya cukup dirasai terutama di kalangan penggiat dan peminat seni.
Kerjasasama antara UNIQLO dan Jason Polan juga bukanlah baru. Ia telah terjalin sejak tahun 2016 dengan memperkenalkan koleksi t-shirt UT Collection dengan tiga rekaan berbeza.
Koleksi terbaru ini pula menampilkan hasil seni Jason Polan yang dikatakan mampu menyerlahkan personaliti pemakainya.
ABADIKAN LEGASI
Pada tahun 2008, Jason mengabasikan larya lukisan jalanannya dengan mengambil cabaran melukis setiap orang yang tampil kepadanya di New York. Sesetengah lukisan itu kemudiannya diabadikan ke dalam koleksi eksklusif UT Collection UNIQLO.
Selai itu, UNIQLO turut melancarkan kempen ‘The World’s Biggest Drawing Club’ untuk raikan hasil seni Jason bersama-sama koleksi eksklusif terbaru ini. Ia bertujuan untuk mendorong orang ramai mempunyai minat melukis dan melakukan ekspresi diri. Kempen tersebut bakal menyaksikan acara melukis di Instagram rasmi UNNIQLO pada 27 Januari 2021, hari ulang tahun pemerfian Jason Polan.
BACA: Sebelum Pilih Seluar Jean, Ikuti Tip Ini Agar Ia Sesuai Dengan Gaya Penampilan
Koleksi eksklusif UT Collection Jason Polan ini boleh didapati di semua outlet UNIQLO serta laman sesawang rasminya bermula 25 Januari 2021.
Jangan lupa untuk follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI