“Ini sangat gila. Saya akan berusia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya rasa saya peroleh kontrak ONE Championship sebelum saya peroleh lesen memandu saya. Jadi, ini sangat gila,” demikian ucap jaguh muay thai negara, Johan Ghazali yang nyata gembira dengan kemenangannya di kejohanan One Championship Thailand.
Kejayaannya pada Jumaat lalu itu sekaligus menjadikannya atlet termuda meraih kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,749) itu.
Video ucapan kemenangannya itu turut dimuat naik ke laman instagramnya dan laman instagram rasmi ONE Championship.
Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo itu berjaya menumpaskan lawannya, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO).
Pada pusingan kedua, Jojo menumbuk deras di bahagian perut Termilan lantas menjadikan petarung dari Rusia itu gagal bangun untuk meneruskan pertarungan.
Ads
Selain itu, kemenangan itu juga melayakkan Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak itu menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).
Sanggup Bangun Jam 6 Pagi Untuk ‘Bunuh Diri’ Di Gim
Dalam video berasingan, Jojo yang ditemani jurulatihnya Addy Singpayak memberitahu yang kesungguhan, disiplin dan tumpuan penuhnya merupakan antara faktor yang membolehkannya mengecapi kejayaan berkenaan.
“Anda boleh tanya jurulatih saya, sayalah pelatih yang paling bekerja keras. Saya berlatih lebih keras dari orang lain. Saya rasa apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah, saya tidak perlu bertarung seperti petarung-petarung Thai. Saya pilih untuk bertarung kerana saya sukakan muay thai dan saya seronok dengan gaya hidup ini.
Ads
“Saya sanggup bangun pada jam 6 pagi dan ‘bunuh diri’ saya di gim kerana saya sukakannya. Jadi, saya rasa itulah perkara yang membezakan saya, iaitu kesanggupan melakukan perkara ini bukan kerana saya perlu lakukannya.
Kontrak ONE Championship Thailand diberikan untuk tempoh dua tahun membabitkan enam pertarungan dan jika berjaya menang dengan KO, petarung boleh menerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500).
Untuk rekod, Jojo kini telah memenangi empat pertarungan, dimana dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand sebelum ini, iaitu Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.
Ads
Daripada empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO.
Jojo, atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar merupakan petinju Malaysia/Amerika, demikian menurut laman web ONE Championship.
Walaupun memiliki darah campuran melalui ayahnya, warga Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat, Jojo dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Sarawak.
Hubungan anda dan pasangan kurang menyenangkan kebelakangan ini? Dalam hubungan, pertengkaran merupakan sebuah hal yang tidak dapat dielakkan. Namun, ketika anda sedang marah atau kesal dengan si dia, ada baiknya untuk tidak menyebutkan hal ini demi memancing emosinya.
“We’re Done. It’s Over”
Kata-kata itu merupakan mantera yang akan segera anda kesali sebaik anda mengucapkannya. Jika tidak benar-benar bermaksud untuk mengatakannya, ada baiknya untuk berfikir dua kali sebelum mengucapkannya. Kata-kata sebegini tidak matang jika diucapkannya sewaktu pertengkaran.
Body Insult
Perlu diingat untuk tidak menyentuh perihal keadaan tubuh si dia ketika sedang bertengkar. Contohnya menyinggung tubuh badannya yang mempunyai lemak kerana sekian lama tidak menghabiskan masa di gimnasium, atau bentuk hidungnya yang tidak sempurna. Sama seperti anda yang tidak mahu dikatakan gemuk, lelaki juga tidak suka jika kekurangannya diungkit-ungkit dalam hubungan.
Membandingkan diri
Jangan membandingkannya dengan pasangan anda terdahulu. Setiap orang diciptakan berbeza-beza dan tidak ada satu pun yang sempurna. Secara logiknya, jika anda begitu menyanjung pasangan anda, mengapa dulu memutuskan hubungan dengan mereka?
Mengungkit masa lalu
Jangan sesekali mengungkit masa lalu anda di hadapan si dia. Contohnya menyangkutpautkan pertengkaran anda dengan kesalahan si dia yang lalu. Tak peduli seteruk mana kesalahannya kali ini, namun jika anda sudah memaafkan kesalahannya, maka janganlah mengungkitnya kembali. Jika anda memang belum memaafkannya, tidak baik jika terus membangkitkan kesalahan silamnya itu secara berterusan. Everyone makes mistakes, stop blaming him for the past mistakes, and move on.
Egois
Kata-kata seperti ‘stop’, ‘dengar penjelasan dulu’ atau ‘cukup’, ‘kamu terlalu berlebihan!’ sebaiknya jangan pernah keluar dari mulut anda. Hal tersebut akan memancing emosi si dia sehingga menyebabkan pertengkaran yang akan berlangsung lebih lama dari yang seharusnya, dengan tingkat kemarahannya yang semakin menjadi-jadi tentunya. Ingat, jangan melawan api dengan api. Dengarkan penjelasannya, tenangkan si dia jika memang terlalu berlebihan, setelah itu sampaikan alasan-alasan anda dengan tenang. Minta si dia untuk tidak memotong bicara anda seperti anda tidak memotongnya. Lalu, berikan solusi yang tepat untuk permasalahan anda berdua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2018 menunjukkan lebih 60 peratus daripada 6.742 kes kemalangan maut lalu lintas adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosial.
Melihatkan angka tersebut ia merupakan satu jumlah yang cukup membimbangkan. Bayangkan jumlah kereta dan motosikal di atas jalan-jalan utama yang lebih kurang sahaja namun penunggang motosikal dan pembonceng berdepan risiko lebih tinggi untuk berdepan kemalangan.
Melihatkan senaria yang kian membimbangkan muncul cadangan untuk menghadkan lorong kiri jalan raya khusus untukpengguna motosikal sebagai satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut bagi pengguna motosikal.
Perkara ini telh dibangkitkan oleh Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa yang berkata pihaknya sedang melihat keberkesanan pelaksanaan langkah itu di negara-negara maju seperti Hong Kong dan Australia. Jelasnya, penggunaan lorong kiri untuk motosikal berkuasa kecil 150 cc ke bawah telah lama dipraktikkan di negara-negara tersebut.
FAKTOR UTAMA
Di Malaysia senario penunggang motosikal menggunakan lorong tengah dan juga membawa motosikal di tengah-tengah antara dua kereta ketika berlaku kesesakan jalan raya bukanlah perkara asing.
Faktor utama kemalangan maut motosikal adalah disebabkan kelajuan yang tinggi. Dan risiko membawa motosikal juga terdedah kepada bahaya lain seperti kerosakan jalan raya dan kecuaian pemandu kenderaan empat roda lebih besar seperti kereta, bas dan lori.
Sebuah grup WhatsApp iaitu Safety First juga menyuarakan cadangan sama dalam perjumpaan dengan Menteri Pengankutan, Anthony Loke Siew Fook.
Namun jelas Anthony Loke, Kementerian Pengankutan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan cadangan ini. Namun ia akan dikaji dan jika ia diyakini boleh mengurangkan kemalangan maut apa-apa cadangan diterima Kemneterian Pengankutan dengan terbuka.
REAKSI NETIZEN
Cadangan ini juga mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata netizen menerima cadangan ini jika ia boleh mengurangkan kadar kemalangan maut.
Malah mereka juga mencadangkan agar lorong motosikal diperbanyakkan sama ada di lebuh raya atau jalan Persekutuan. Cuma apa yang merisaukan mereka ialah pelaksaan kerana tidak semua jalan di negara kita mempunyai tiga lorong.
Dikhuatiri jika ia dilaksanakan kesesakan jalan raya akan menjadi lebih teruk. Ada juga yang mengatakan had laju motosikal yang dicadangkan 70 km/j adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Terutama kepad penggun motosikal berkuasa tinggi.
Had laju kereta dan motosikal hendaklah sama kerana menggunakan jalan raya yang sama.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah cadangan lorong kiri dikhususkan untuk motosikal merupakan pendekataan yang paling berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal?
Bagi MASKULIN undang-undang sekarang sebenarnya sudah cukup baik. Apa yang perlu pengguna jalan raya lakukan ialah mematuhi semua undang-undang jalan raya. Dan antara perkara paling penting ialah memberikan fokus ketika memandu atau menunggang motosikal.
Kita sebagai pengguna jalan raya juga perlui sentiasa peka dan bertimbang rasa. Jangan terlalu mengikutkan emosi amarah ketika menggunakan kenderaan. Sebahagian besar punca kemalangan jalan raya ialah akibat cuai. Apatah lagi jika menggunakan motosikal yang terdedah kepada kecederaan dan maut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama pakaian dari Jepun, UNIQLO cukup dikenali dengan seleksi pakaian dan aksesori untuk segenap peringkat usia yang hadir dalam pelbagai jenis rekaan. Popularitinya di negara kita dilihat semakin meningkat tahun demi tahun.
Namun selama ini outlet mereka hanyalah terdapat di gedung membeli-belah serata Malaysia. Kini, buat pertama kalinya UNIQLO memperkenalkan gedung mereka sahaja iaitu Roadside Store dikenali dengan nama UNIQLO DA Square.
CIRI EKSKLUSIF
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UNIQLO Malaysia dan Singapuran, Yuki Yamada, “Gedung kami yang berkeluasan 15,100 kaki persegi direka dengan mengambil kira faktor keluasan dan keselesaan pelanggan. Ia termasuklah memudahkan pelanggan yang terdiri daripada golongan warga emas, kanak-kanak dan orang kelainan upaya”.
“Keluasan yang ditawarkan di sini pasti memberikan pengalaman membeli-belah lebih selesa dan senang melakukan navigasi mengikut seksyen atau kategori,” jelasnya lagi.
Malaysia merupakan negara yang kelima di dunia di luar Jepun yang mempunyai gedungnya seperti ini. Pelancaran di Malaysia merupakan signifikasi kejayaan yang dilihat di beberapa negara lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.
Di antara kelebihan yang ada di UNIQLO DA Square ini adalah ia merupakan satu-satunya outlet mereka yang menawarkan pilihan lengkap bagi kategori AIRism.
TAWARAN MENARIK
Ia juga menjadi outlet kedua yang menempatkan seksyen UTme!, ruangan di mana pengguna boleh melakukan customization t-shirt. Manakala ruangan Suatainablity Corner pula lebih bersifat kepada kempen kesedaran tentang kitar semula.
Terletak di Bandar Sri Damansara, ia bakal dibuka mulai esok jam 10 pagi kepada orang awam yang seemstinay sudah tidak sabar mendapatkan pelbagai tawaran menarik daripada mereka.
Bagi meraikan pembukaan roadside store pertamanya, UNIQLO bakal memberikan goodie bag istimewa kepada 500 pelanggan terawal yang mengunjungi outlet tersebut bermula esok, 18 Disember sehingga 20 Disember 2020. Dan bagi pelanggan yang berbelanjan RM200 ke atas pula akan menerima beg tote istimewa UNIQLO.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update terkini gaya hidup lelaki trendy.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.