Tidak sekadar meraih kejayaan di Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M, anak muda ini turut cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Mewakili negeri Johor, Muhammad Asyraf Amir berjaya meraih markah sebanyak 97.33 peratus bagi Kategori Hafazan Tahap 1 hingga 20 Juzuk (Lelaki) sekaligus melayakkannya sebagai johan kategori itu di MTHQK2024.
Kemenangan itu diserikan lagi dengan kecemerlangannya di bidang akademik apabila Asyraf berjaya meraih keputusan 12A dalam SPM.
Lebih menarik, Asyraf yang meraih 7A+ dan 5A itu terkenang bagaimana dia terpaksa mengejar masa apabila peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang diambilnya dijadualkan hanya sehari selepas tarikh pertandingan hafazan di peringkat negeri tahun lalu, demikian ujarnya kepada Berita Alhijrah.
Memetik laporan Berita Tengah Hari RTM, Asyraf berkongsi bagaimana dia membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran.
Ads
“Sesuaikan ikut keutamaan. Kalau sedang peperiksaan, kita utamakan peperiksaan. Sekiranya ada masa untuk Al-Quran itu baru kita selitkan. Jangan kosonglah, selitkan sikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat MTHQK20204 pada Selasa.
Dalam satu klip video temu bual berasingan yang dimuat naik di Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, Asyraf mengakui dia juga kadangkala tidak sempat melakukan murojaah (kaedah mengulang ayat Al-Quran untuk menghafal) disebabkan sibuk dengan kelas tuisyen dan sebagainya.
Bagaimanapun, Asyraf bersyukur dia masih diberikan kemampuan untuk mengimbangkan kedua-dua pelajaran dan hafazan atas bimbingan guru-gurunya.
Dalam pada itu, Asyraf menekankan kepentingan untuk mempelajari Al-Quran seawal usia
Ads
“Sebab bila kita makin besar makin banyak tanggungan, bila kita tak jaga Al-Quran itu betul-betul daripada masa kita kecil-kecil, maka bila dah besar itu dia akan jadi susah,” ujar Asyraf menerusi video itu.
Bagi kategori sama, naib johan disandang oleh wakil dari Perak, Muhammad Hakim Rusli dengan markah sebanyak 97.13 peratus manakala tempat ketiga disandang oleh wakil dari Melaka, Muhammad Abdullah Tuah dengan markah sebanyak 96.11 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Tidur di tempat kerja adalah salah satu isu disiplin yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja tambahan lagi di dalam mesyuarat. Tentu-tentu dah kena panggil dengan HR punya.
Tetapi berbeza pula di Jepun. Terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks.
Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???
Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.
Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.
Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.
Tapi tidak semua boleh tidur ye!
Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.
Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.
Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.
Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar. Menarik kan etika ‘Inemuri’ ini, tapi anda rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?
Dalam membentuk belakang badan yang cantik berkepak, kestabilan seluruh otot badan sebenarnya sedikit sebanyak bergantung pada otot bahagian belakang badan. Kukuhkan ia supaya dapat menyokong otot-otot anggota badan yang lain dengan lebih sempurna.
STEP 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang ; ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan ; ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bertemu dan berpisah itu adat manusia. Sama ada untuk menyambung pelajaran, bertukar kerjaya mahupun berpindah di atas sebab peribadi. Setiap orang akan melaluinya dalam kehidupan masing-masing.
Begitu juga dengan pemain bole sepak profesional. Walaupun kerjaya mereka sebagai pemain bola sepak tidak bertahan sampai ke usia tua namun pengalaman yang ditimba bersama pasukan masing-masing telah sedikit sebanyak membentuk mereka bukan hanya sebagai pemain tetapi juga manusia.
Perpindahan pemain ke kelab lain juga satu perkara biasa. Namun bagi pemain yang telah lama menyumbangkan bakti apatah lagi membantu kelabnya mencapai status menjadi lebih elit, ia adalah sesuatu yang lebih istimewa.
Pemain legenda Manchester City dari Argentina, Kun Aguero dikenang sebagai pemain yang telah menjulang pasukannya memenangi pelbagai kejuaran. Dan yang paling diingati semestinya jaringan minit akhirnya yang membantu Manchester City bergelar juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012.
TANDA TERIMA KASIH
Jadi tidak hairanlah perpindahannya ke kelab Bercelona di Sepanyol meninggalkan kesan cukup mendalam. Ikatan yang terjalain antara dirinya bersama kelab terutamanya kakitangan kelab merupakan satu kenangan yang pastinya tidak akan dilupakan.
FOTO: PA
Sebagai tanda terima kasihnya, Aguero telah menghadiahkan setiap seorang kakitangan staf Manchester City dengan seutas jam mewah. Menurut laporan setiap jam tersebut berharga kira-kira dari RM5800 hingga RM9600.
Dia yang kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak kelab tersebut memilih jam dari jenama Hublot dan Tag Heuer. Paling istimewa di setiap jam itu terukir dengan mesej ‘Gracias – Kun Aguesro!’ yang bermaksud ‘Terima kasih – Kun Aguero!’.
Dan lebih istimewa lagi, Aguero turut menghadiahkan sebuah Range Rover Evoque yang dibelinya baru-baru ini. Setiap staf diberikan cabutan bertuah untuk memenangi kereta tersebut.
Foto hiasan
Semoga apa yang dilakukan oleh Aguero ini menjadi ikutan lebih ramai lagi pemain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.