Rahsia Workout Pemain Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams

Share

Untuk bergelar seorang pemain ragbi yang berkaliber & hebat seperti Sonny Bill Williams, anda kena pastikan badan sentiasa cergas & fit.

Ini kerana dalam satu perlawanan ragbi melibatkan perlawanan yang berlangsung selama 80 minit dan dibahagikan sebanyak 2 separuh masa dengan pembahagian 40 minit untuk separuh masa pertama dan kedua serta rehat selama 10 minit.

Sukan ini dianggap ‘Full body Contact’ kerana pemain akan membawa bola dari tempat asal ke tempat lawan. Ia juga melibatkan rempuhan atau tackle, Scrum dan sepakan bola.

MASKULIN sempat mengintai apakah pelan diet & senaman yang diamalkan oleh pemain ragbi legenda New Zealand, Sonny Bill William.

Pelan diet: Lemak

Menurut dalam satu temubual yang disiarkan oleh Daily Telegraph Australia, dia menyatakan bahawa makanan dietnya bermula dengan pengambilan lemak seperti minyak kelapa, kekacang dan Avokado.

Ia diambil sebagai bentuk pemulihan selepas berlatih serta bermain dalam setiap perlawanan.

Pelan diet: Protein

Selepas itu, untuk menguatkan otot di badan dia memakan dada ayam dan ikan Salmon serta daging lembu bebas lemak.

Selain itu, dia juga mengambil sayuran seperti brokoli serta sangat gemar Ubi Manis.

Pelan senaman

Untuk senaman pula dia sering melakukan workout seperti Bench press dengan berat yang berbeza.

Ini untuk menguatkan otot dada dan bahu yang memudahkan dia untuk melakukan tackling yang sempurna tanpa mencederakan bahu dan dadanya.

Push-ups

Untuk menguatkan otot biceps & triceps pula, dia banyak membuat senaman push-ups atau bangkit tubi.

Larian secara memecut

Akhir sekali, untuk memastikan pasukan anda mencatatkan jumlah ‘try’ yang banyak, larian anda mestilah mantap dan laju. Laju bukan laju biasa, anda kena ada tenaga yang mencukupi untuk melakukan pecutan.

Published by
arif.karim