Rahsia & Tip Dapatkan Otot Six-Pack, Kalau Kena Cara Sekejap Saja Muncul!

Share

Six-pack.

Sebentuk otot di bahagian abdomen cukup didambakan oleh setiap lelaki. Tidak kiralah apa jua jenis bentuk badan anda sama ada rendah, tinggi, kurus atau berisi. Memiliki six-pack merupakan idaman setiap jejakayang ingin tampil tampan dan gagah.

Memiliki six-pack sebenarnya bukanlah hanya pada ‘rupanya’ sahaja, Malah memiliki six-pack boleh menjadi indikasi bahawa anda seorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Hanya yang benar-benar ada disiplin dalam melakukan senaman serta menjaga pemakanan boleh memiliki six-pack! Namun, ada rahsia bagaimana anda boleh mendapatkan six-pack dengan mudah. Mungkin rahsianya ada pada tujuh perkara MASKULIN kongsikan di bawah!

VARIASIKAN SENAMAN

Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.

Bagi meningkatkan lebih stamina, anda boleh lakukan pelbagai jenis senaman dan variasikannya denganbeberapa disiplin seperti senaman kardio berlari, yoga dan belajar seni mempertahankan diri.

People photo created by master1305 – www.freepik.com

ADA RAKAN SENAMAN

Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.

Selain sama-sama berkongsi objektif yang sama, anda dan rakan tersebut boleh memberikan motivasi di antara satu sama lain untuk sentiasa bekerja serta berusaha lebih keras.

SENTIASA BACA LABEL MAKANAN

Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula.

Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.

MASAK SENDIRI MAKANAN BERKHASIAT

Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.

SENAMAN RINGAN

Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.

People photo created by ArthurHidden – www.freepik.com

JADIKAN SENAMAN KARDIO SEBAGAI RUTIN

Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.

KIRA SAIZ HIDANGAN

Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.

BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH

Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.

Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.

Water photo created by freepic.diller – www.freepik.com

Buat anda yang memasang azam tahun baharu 2022 untuk mendapatkan bentuk badan lebih menarik, selamat mencuba MASKULIN ucapkan! Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim