Rahsia Tampan David Beckham Rupanya Curi-Curi Guna Produk Cantik Isteri

Share

Tahukah anda bahawa David Beckham kini sudah berusia 43 tahun? Sekali imbas mungkin ramai yang mungkin tak percaya jejaka pemain bola sepak paling popular tidak lama dahulu yang pernah menyarung jersi Manchester United, Real Madrid, PSG dan LA Galaxy ini juga mempunyai anak teruna yang berusia 19 tahun!

Sehingga kini Beckham masih dianggap sebagai ikon kacak yang masih mempunyai aura yang luar biasa hebat. Bak kata pepatah tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak!

Seriously, tak ramai atlet mahupun selebriti yang mampu mengekalkan bentuk badan, penampilan dan wajah yang maintain kacak seperti Beckham. Sebagai suami kepada bekas bintang pop Spice Girls, Victoria Beckham mungkin banyak membantu penampilannya yang sentiasa kemas.

Pasangan David dan Victoria Beckham yang pernah menjadi pasangan paling glamor di United Kingdon suatu ketika dahulu

BACA: 4 Jenis Scrub Yang Berkesan Mengikut Jenis Kulit Wajah Anda

Nak tahu apa rahsianya?

Menurut Beckham dahulu dia sering mencuri-curi guna produk kecantikan isterinya. Lama-kelamaan dia menjadikan perkara itu sebagai rutin dan mengambil tahu setiap khasiat yang terdapat di dalam produk-produk yang digunakan Victoria. Malah dia juga mengakui tidak akan menggunakan pencuci muka selain produk yang digunakan isterinya.

Baginya, Victoria memiliki barisan produk kecantikan yang terbaik dan lebih mengetahui tentang selok-belok kecantikan. Sebagai seorang isteri pula Victoria tidak pernah melarang dan memarahi Beckham malah turut memberi dorongan kepada suaminya yang tercinta.

Sehingga kini, David Beckham masih dianggap sebagap ikon lelaki yang peka dengan penjagaan diri

 

Disebabkan minatnya yang tinggi terhadap penjagaan lelaki atau grooming, Beckham telah melancarkan jenamanya sendiri dikenali sebagai House 99.

Jelas Beckham, barian produk yang ditawarkan oleh jenamanya merangkumi produk penjagaan wajah, bercukur dan rambut. So guys, kalau nak kacak dan tampan bergaya seperti David Beckham pandai-pandailah curi produk kecantikan isteri atau girlfriend ya! Hehe…

Published by
Farizul Izwany