Rahsia Tambah Stamina Khusus Buat Anda Baru Mula Bersenam

Share

Anda seorang yang sangat sibuk dengan tugasa harian sampaikan tak sempat nak bersenam. Lama-kelamaan stamina pun semakin menurun dan perut pun sedikit sebanyak menunjukkan kemajuan yang agak membimbangkan.

Bila berlaku perkara seperti itu anda menjadi sedikit tidak ada kesungguhan nak bersenam. Apa nak jadi, jadilah… mungkin itu getus anda dalam hati. Tapi ketahuilah anda masih belum terlambat!

MASKULIN ingin kongsi 8 tip mudah yang boleh anda ikut sebagai seorang beginner.

1. GANDAKAN

Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat. -2:1 – Gunakan nisbah berikut untuk sayur dan daging. Sayur yang lebih bukan sahaja menyihatkan malah mampu membantu sistem penghadaman dan pada masa yang sama menghasilkan kurang kalori.

2. 19% SENAMAN KARDIO

Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.

3. SNEK SENDIRI

Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.

4. BERSENAM DI LUAR

Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.

5. BEBAN + KARDIO

Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.

6. TIMBANG

Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.

7. PAGI LEBIH BAIK

Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.

8. LENGAN KETAT

Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.

Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim