Anda seorang yang sangat sibuk dengan tugasa harian sampaikan tak sempat nak bersenam. Lama-kelamaan stamina pun semakin menurun dan perut pun sedikit sebanyak menunjukkan kemajuan yang agak membimbangkan.
Bila berlaku perkara seperti itu anda menjadi sedikit tidak ada kesungguhan nak bersenam. Apa nak jadi, jadilah… mungkin itu getus anda dalam hati. Tapi ketahuilah anda masih belum terlambat!
MASKULIN ingin kongsi 8 tip mudah yang boleh anda ikut sebagai seorang beginner.
1. GANDAKAN
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat. -2:1 – Gunakan nisbah berikut untuk sayur dan daging. Sayur yang lebih bukan sahaja menyihatkan malah mampu membantu sistem penghadaman dan pada masa yang sama menghasilkan kurang kalori.
2. 19% SENAMAN KARDIO
Ads
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
3. SNEK SENDIRI
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
4. BERSENAM DI LUAR
Ads
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
5. BEBAN + KARDIO
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
6. TIMBANG
Ads
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
7. PAGI LEBIH BAIK
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
8. LENGAN KETAT
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya banyak jenis senaman yang kita boleh lakukan. Tak kria di mana, bila dan apa yang kita lakukan sekali pun pasti boleh selit dengan senaman.
Ya, MASKULIN sedar ramai orang mula cipta alasan untuk tak bersenam. Walhal perkara sebenarnya ialah malas yang kuat membuku di hati.
Tak percaya? Kalau anda nak tahu sambial baring tengok TV pun boleh bersenam. Lebih hebat lagi senaman ini memberikan impak tinggi kepada bahagian perut atau abdomen. Sekali gus mampu membantu anda membakar lemak-lemak yang bermaharajalela di sekitar perut.
Sampai bila nak bawa perut boroi ke hulu hilir, kan?
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis senaman yag mudah dan boleh anda amalkan secara berbaring. Belum cuba belum tahu, kalau sudah cuba pasti boleh buat diri rasa terharu!
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
4. Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
5. Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda perlu meletakkan 100% komitmen untuk kurus dalam masa 75 hari. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang berjaya membuktikannya.
Cuma kesungguhan masa yang menentukan hasilnya yang anda perolehi. Anda yang boleh turunkan berat badan dalam masa sebulan, dua bulan, tiga bulan maha enam bulan pun ada.
Sudah berapa banyak tip yang anda baca? Dan sudah berapa kali anda mulakan misi untuk kuruskan badan?
Jika anda masih selesa dengan cara yang lama, ayuh bangkit kali ini untuk teguhkan niat mahu kurus dalam masa 60 hari.
Bukannya hendak kurus kerana mahu kelihatan kacak semata-mata malah apa yang Maskulin ingin tekankan kepada anda adalah betapa pentingnya menjaga kesihatan diri.
1. Set minda untuk kurus
Kalau anda buat keputusan untuk mahu kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, pastikan hari ini juga anda sudah nekad mahu melakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu hadapan.
Tetapi biasanya selepas bulan Ramadan, ada yang berkata, “Takkan tak nak makan juadah hari raya, setahun sekali kot.” Maka dengan ini, anda memang sukar untuk kurus sampai bila-bila.
2. Pelajari ilmu tentang kalori
Kalori sebenarnya lebih banyak terbakar semasa anda tidur. Mesti ramai yang tak tahu tentang fakta ini kan? Sebenarnya kalau nak kurus, memang mudah sahaja. Caranya, ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari.
Misalnya anda perlukan 1300 kcal sehari, pastikan jangan makan sehingga lebih 2500 kcal untuk hari tersebut. Kalau kurang daripada 1000 kcal pula, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Apa-apa pun, pengambilannya adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil
Makan dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan perut anda terkejut. Tetapi yang untungnya, anda boleh makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap satu pinggan yang penuh dengan makanan.
Anda boleh simpan biskut di tempat yang mudah anda capai jika perlu namun perlu dipastikan biskut itu mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. Elakkan makan pada waktu malam
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal.
Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
5. Elakkan makanan dan minuman yang bergula
Tak semestinya anda perlu menunggu waktu tua dan menghidap kencing manis atau diabetes, baru anda nak elakkan makanan dan minuman yang bergula. Kesedaran ini sebenarnya penting untuk semua peringkat umur.
Jadi, jauhi minuman yang bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain secara kerap. Minum air masak itu adalah lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, pasti anda tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat itu wajib dibuang!
6. Tukar makanan kepada yang rendah lemak
Kalau pergi Giant atau Tesco, selepas ini tolong lihat apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan. Kalau anda seseorang yang teliti, anda pasti akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak yang dipamerkan pada pek tersebut.
Berbalik pada ilmu asas, pelajari tentang pengambilan kalori. Begitu juga dengan pengambilan lemak. Pastikan selepas ini anda lebih berjaga-jaga. Kalau terbiasa makan nasi penuh, kali ini paksa diri untuk makan nasi separuh pula.
7. Banyakkan makan buah
Jangan kata Malaysia tiada buah-buahan yang lazat dan berkhasiat. Tahukah anda, buah-buah tropikal ini harganya sangat mahal di negara asing. Berbalik kepada cara untuk kurus secara efektif, makanlah buah-buahan tempatan.
Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang misalnya ada banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan juga membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan dan berjoging
Kalau tak sempat pergi ke gym pun tak mengapa. Yang penting, anda kena selalu bergerak. Kalau selalu berjoging, lagi bagus. Sesekali kalau asyik naik lif sahaja, apa kata tukar rutin kepada naik tangga pula?
Lebih menyihatkan badan dan boleh mengeluarkan peluh. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peredaran darah malah dapat membuang lemak dan menaikkan stamina.
10. Beri komitmen 100% tujuan asal mahu kurus
Kembali ke tip yang pertama iaitu set minda. Tiada gunanya selepas anda set minda untuk kurus tetapi anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Rasa malas itu sakit penyakit. Anda kena paksa diri anda untuk konsisten dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, anda perlu ingat tak ada gunanya kalau anda ‘exercise’ selama seminggu tetapi selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.