Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.