
Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
“Saya tidak mengambil sebarang suplimen untuk bertenaga tapi apa yang saya lakukan ialah saya akan bersenam dan ‘workout’ setiap hari, itu suatu yang wajib bagi saya. Selalunya saya akan melakukan 100 push up, 100 sit up, berlari 5-6km atau pun saya akan bermain futsal.
Dari segi pemakanan pula saya memang akan mengambil bahagian nasi yang sedikit dan banyakkan lauk dan sayuran.
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kena Pilih Dan Amal Sayuran Yang Tepat Untuk Kulit Kekal Bersih Dan Sihat

UNTUK PENYAKIT KARDIOVASKULAR (JANTUNG) PULA, BANYAK BUKTI MENUNJUKKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO KERANA KEPELBAGAIAN KANDUNGAN KHASIAT, KALIUM DAN SERAT YANG MEMPUNYAI MANFAAT TERSENDIRI.
Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan kimia yang digunakan dalam penanamannya lantas menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk tani ini supaya tidak memudaratkan.
Kandungan sisa racun serangga dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada pengguna kerana ia menjadi ia boleh punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Tip memilih makanan hijau:
– Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktor pengeluaran yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.
– Tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan
Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan selamat dimakan.
– SERANGGA JADI PENUNJUK
MAKANAN HIJAU YANG ADA (SEDIKIT) KESAN SERANGGA MENUNJUKKAN IA KURANG ATAU TIADA SISA RACUN PEROSAK, BAGAIMANAPUN HATI-HATI AKIBAT PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS RACUN PADA TEMPOH YANG LAMA BOLEH MENYEBABKAN MAKHLUK PEROSAK LALI DENGAN RACUN ITU.
– Cuci bersih
Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hingga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buah-buahan.
– Organik pilihan yang baik
Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan ia juga selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.
Panduan memilih
– Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dalam keadaan elok, tidak berkedut dan kulitnya kelihatan banyak mengandungi air.
– Buah-buahan segar mestilah rangup apabila dimakan.
– Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.
– Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.
– Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.
Cara menyimpan
– Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.
– Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.
– Elakkan menggunakan beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminnya hilang.
– Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik saja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Biji-Biji Putih Di Wajah Tanda Kolesterol Tinggi, 7 Tanda Ini Perlu Diperhati!

Kadar kolesterol yang tinggi bukanlah perkara yang diambil mudah malah ia juga boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.
Masalah kolestrol tinggi ini tidak mengenal usia, ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok.
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.
1. Kaki sering berasa kebas – ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
2. Mudah letih dan cepat mengantuk – peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. Senak dada sebelah kiri – ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!
4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher – arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah
ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki membengkak – ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) – ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
7. Tanda kuning muda – pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.
Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.
Info : Kolesterol merupakan sejenis bahan yang dihasilkan oleh hati untuk melindungi saraf, menghasilkan tisu sel dan juga hormon tertentu. Badan kita boleh mendapatkan kolesterol daripada makanan seperti telur, daging dan produk tenusu.
Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Miliki Otot Dada Tegap & Bidang Sebelum Raya Dengan 5 Teknik Tekan Tubi Ini!

Senaman tekan tubi memang banyak manfaatnya. Selain menjadikan lengan mantap, senaman tekan tubi juga boleh membentuk otot dada tegap tanpa anda perlu menggunakan sebarang alatan senaman.
Senaman ini merupakan antara senaman yang boleh anda lakukan di mana saja. Dengan bantuan senaman tekan tubi membuatkan penampilan anda nampak lebih macho apabila miliki otot dada tegap.
Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.
BACA: Ubah Perut Boroi Ke Six Pack Sebelum Hari Raya Dengan Senaman 20 Minit Ini!
1. Wide grip push-ups
Lakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
2. Clap push-ups
Selain menjadikan dada bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
3. Spiderman push-ups
Gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
BACA: Nak Badan Mudah Kurus & Kekal Fit, Kena Rajin Amalkan 6 Senaman Kardio Ini
4. Knee push-ups
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
5. Single leg raised push-ups
Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
BACA: Selain Berkesan Bakar Lemak & Buang Kalori, Ini 7 Lagi Kelebihan Senaman Jumping Jack!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI