Rahsia Shah Jaszle Kembali Kurus Dan Turun Berat Badan Sebanyak 19 Kilogram!

Share

Sesiapa yang mengikuti perkembangan Shah Jaszle terutamanya di akaun Instagram miliknya @shahzjaszle pasti perasan akan perubahan yang cukup mendadak kepada dirinya.

Sejak awal bulan November, Shah Jaszle mula memuat naik foto menunjukkan keadaan fizikalnya terkini yang sangat jauh berbeza.

SHAH JASZLE PADA BULAN OKTOBER LALU

Ia seolah-olah melihat Shah Jaszle seperti di awal kemunculannya dahulu! Jejaka yang memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Pakistan ini sebelum ini memiliki badan yang agak berisi dengan berat badan mencecah sehingga 89 kilogram.

Menurut Shah Jaszle selepas berat badannya mencecah 89 kilogram dia berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan badan seperti zaman bujang dahulu.

Jelasnya, selama setahun dia cuba menurunkan berat badan dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan namun ia tidak mendatangkan hasil yang ketara.

SHAH JASZLE YANG TERKINI!

Namun dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan selepas mengikuti program diet di Queens Clinic dan kini telah menampakkan hasil yang cukup memuaskan.

Menerusi program diet itu Shah Jaszle hanya mengambil makanan yang tidak melebihi 500 kalori dalam masa sehari dengan beberapa program dikawal selia oleh doktor.

Tambahnya lagi sebelum mengikuti program ini berat badannya telag berkurang kepada 81 kilogram dan kini ia telah turun 11 kilogram lagi menjadikan beratnya sekarang 70 kilogram.

Follower Shah Jaszle juga amat teruja dengan perubahan yang dialaminya dan memberikan komen-komen yang cukup positif. Malah ramai juga yang menjadikan Shah Jaszle sebagai inspirasi kepada mereka untuk turut sama menurunkan berat badan.

Dengan perubahan imejnya yang terbaru Shah Jaszle berharap karier lakonannya kembali mekar seperti dahulu. Jelasnya sebelum ini namanya pernah dicadangkan untuk memegang watak utama namun ia ditolak disebabkan saiz fizikalnya yang agak berisi.

Dia berharap selepas melakukan transformasi ini peluang untuk kembali aktif memegang watak utama seperti dahulu akan datang kembali.

Tahniah Shah Jaszle! Semoga kegigihannya menjadi inspirasi buat semua orang yang ingin berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat!

Sumber: Astro Gempak

Foto: Instagram Shah Jaszle

Published by
Farizul Izwany