Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU . Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan di kedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .
Selain untuk dimakan , tahukah anda bahawa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain, dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.
PENCEGAH KANSER
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya, salah satunya kanser.
Ads
AWET MUDA
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.
Ads
TURUNKAN KOLESTEROL
Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu, mampu menurunkan kolesterol.
CEGAH CIRIT BIRIT
Budu mengandungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu manfaat budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan juga hypertensi.
Ads
TINGKATKAN IQ
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak.
Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah, selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Privasi adalah hak mutlak untuk setiap individu. Tidak kiralah dimana anda berada, privasi perlu dilindungi agar tiada rahsia mahupun butir peribadi terlepas ke pengetahuan orang ramai. Di pejabat jua tidak terkecuali. Harus bijak lindungi privasi, jika tidak pasti merana diri.
APA PERLUNYA PRIVASI?
Pastinya ia perlu. Privasi penting buat kita untuk memencilkan diri dari orang ramai buat seketika dan mengambil masa untuk bersendirian. Selain itu privasi juga melibatkan rahsia peribadi yang tidak sepatutnya diketahui umum. Amy Jo Martin, pakar dan penulis buku Regenades Write and Rules menyatakan ‘bukan hanya di sosial media, di mana-mana saja seseorang perlu berhati-hati agar tidak mendedahkan apa jua butir terperinci terutama di kalangan rakan sekerja. Ini kerana dari situ sisi profesional anda akan diuji’.
3 SITUASI PERLU BERJAGA-JAGA
1- SAAT BERBICARA DENGAN BOS # Usah ceritakan semuanya dengan bos anda walau serapat mana perhubungan anda berdua. Jangan fikir jika anda ‘opened up’ mengenai diri anda, anda menyangka bahawa bos anda akan menyukai anda. Rumus yang salah sama sekali!
# Sekiranya bos anda berkongsi kisah peribadi dan hidupnya kepada anda, tidak semestinya anda perlu untuk berbuat sama bagi menghormatinya. Angguk tanda faham, kurangkan bercakap dan memberikan komen.
# Jangan mulakan dulu. Sentiasa tahankan diri dari menceritakan apa jua hal peribadi terutama sekali kepada bos anda.
2- SAAT BERSOSIAL
# Saat bersosial bersama rakan-rakan sekerja juga menguji keupayaan anda untuk terhadkan diri anda dari berkongsi apa jua termasuk masalah dalam keluarga, kisah anak-anak mahupun perhubungan peribadi anda.
# Jika anda melihat rakan sekerja sedang bergosip, ada baiknya anda mengambil masa untuk keluar dari perbualan tersebut, mahupun tidak sama melibatkan diri. Ragam manusia, jika diri sudah terbiasa dan selesa, anda tidak dapat untuk mengawal diri.
# Elakkan dari sikap terlalu terbuka dengan rakan sekerja. Berdasarkan penyelidikan pakar strategi penjenamaan peribadi, Kirsten Vernon, sikap terbuka hanya akan meletakkan kerjaya anda dalam bahaya kerana segala butir peribadi tersebut boleh digunakan mereka untuk menjatuhkan anda.
# Gunakan teknik ‘pause’ setiap kali anda berhubungan dengan mereka. Mungkin sedikit sukar tetapi di saat anda ingin meluahkan sesuatu, ambil masa untuk fikirkan semula.
3- SAAT ATAS TALIAN
#Tak dinafikan media sosial menjadi medium utama buat anda untuk meluahkan segalanya. Walaupun anda fikir anda sudah menyekat rakan-rakan sekerja anda yang tertentu, ini tidak bermakna segala luahan anda tidak sampai ke pengetahuan mereka
#Elakkan untuk selalu menaikturun status yang berbaur kerjaya mahupun masalah peribadi / keluarga anda yang boleh membahayakan kerjaya anda
#Jangan letakkan sebarang hint atau klue kerana ia mudah untuk dirungkai dan diagak oleh pembaca.
6 PERKARA SEBAIKNYA DIRAHSIAKAN DARI PENGETAHUAN RAKAN SEKERJA
1- Jumlah keseluruhan gaji anda. Jumlah gaji adalah antara anda dan bahagian sumber manusia sahaja.
2- Sejarah kesihatan anda. Tidak perlu terlalu terbuka mengenai kondisi kesihatan anda, kali terakhir menjalani pembedahan dan lain.
3- Keluhan. Elakkan dari mengeluh soal kerjaya mahupun sikap bs di kalangan rakan sekerja. Luahkan saja pada keluarga dan teman rapat anda.
4- Gaya hidup. Jangan rungkaikan segala butir peribadi mengenai gaya hidup anda terlalu mendalam dengan rakan sekerja.
5- Fahaman politik dan agama. Isu yang sangat sensitif.
1) Elakkan dari meletakkan sebarang dokumen peribadi di atas meja sebagai langkah berjaga-jaga.
2) Jangan biarkan medium sosial anda terbuka seluas-luasnya untuk seketika walaupun sekadar ingin ke tandas.
3) Jangan sesekali tinggalkan telefon bimbit mahupun gajet peribadi anda di atas meja. Siapa tahu ada yang menghubungi dan rakan sekerja anda yang mengangkat panggilan tersebut.
4) Jangan sesekali melakukan hal-hal sara hidup di pejabat anda. Seperti memindahkan sejumlah wang ke akaun keluarga dan lain-lain. Hanya lakukan di rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez nampak gayanya sedang hangat menjalinkan cinta bersama penerbit muzik, Benny Blanco.
Cinta yang khabarnya bersemi sejak Julai 2023 itu dipenuhi pelbagai cerita. Adat dunia dengan selebriti, walaupun hal yang kecil tetap menjadi perhatian para peminat. Dalam perkembangan terbaru, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan rambutnya pernah dijangkiti kutu daripada Blanco.
Dijangkiti Kutu Perkara Romantik
Manisnya percintaan, Selena mengganggap jangkitan parasit penghisap darah itu sesuatu yang romantik.
“Kebanyakan orang menganggapnya keji, tetapi saya fikir ia romantik kerana kami memilikinya pada masa yang sama,” katanya dalam sebuah podcast.
Perkara yang tersebar di laman sosial X itu menyebabkan para peminat Selena bertambah geram dan menganggap Benny tidak menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, ada juga peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut.
Fakta Tentang Blanco
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadangkala kita mungkin berasa cukup hairan bagaimanakah sesetengah orang terutamanya lelaki mampu nampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka?
Apakah rahsia yang mereka amalkan sehinggakan nampak begitu muda dan sentiasa segar dalam bergaya? Apatah lagi apabila begeluman dalam industri lakonan yang memerlukan disiplin dalam menguruskan jadual, diet, senaman dan juga gaya hidup?
Pelakon yang cukup sinonim dengan pelbagai genre drama di Malaysia, Arash Momahad merupakan salah seorang pelakon yang cukup awet muda.
Foto: IG Arash Mohamad
Siapa sangka figura yang baru-baru ini tampil menerusi drama bersiri ‘Layang-Layang Perkahwinan’ ini sudah berusia 55 tahun.
Dengan penampilannya yang yang nampak lebih muda dari usia sebenar itu juga sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada adakah dia mendapatkan rawatan seperti suntikan botox?
Menerusi temu bualnya bersama Gempak, Arash berkata dia merupakan seseorang yang paling takut dengan jarum.
“Macam mana saya nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, saya cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berdepan dengan stres,” jelasnya.
Malahan Arash juga memaklumkan bahawa dia sudah menjaga pemakanan sejak usia menginjak 40-an serta mekakukan senaman dengan ruti dan juga tidak makan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera.
Mengakui bahawa ramai juga peminat bertanyakan apakah rahsia dia tampil awet muda, Arash berkata dia tidak melakukan apa-apa jenis rawatan spesifik. Dengan menjaga makan dan bersenam dia juga dapat mengelak dan tiada sebarang penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
“Tapi sakit-sakit urat atau sendi pada usia saya ini, saya rasa semua orang akan lalui fasa sama jika umur semakin meningkat. Memang kena jaga mana yang perlu jaga,’ tambahnya lagi.
Foto: IG Arash Mohamad
Semoga kisah Arash Mohamad ini menjadi satu inspirasi buat anda yang ingin kekal sihat dan paling penting nampak awet muda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Gempak
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.