Sepanjang bulan puasa, pergilah mana-mana bazar mesti ada gerai yang menjual air kelapa muda. Bahkan air kelapa muda juga menjadi antara minuman terlaris dijual di kebanyakan bazar.
Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.
Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi. Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia. Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala. Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol. Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gsu mempengaruhi kesihatan jantung.
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa. Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.