Rahsia Miliki ‘Adonis Belt’ Bak Model, Ini Cara Jordan Yeoh!

Share

Untuk mendapatkan lower abs dan adonis belt yang cantik persis model adalah idaman semua lelaki. Bayangkan dengan perut six pack, ia pasti kelihatan sempurna di mata anda bukan?

Kali ini Jordan Yeoh tunjukkan beberapa gerakan dan senaman untuk anda yang mengidamkan garisan lurus ini.

Okay, tidak perlu membuang masa. Jom ikuti video senaman miliki adonis belt yang dikongsikan Jordan Yeoh ini.

Artikel berkaitan:

Hilangkan Buncit Perut Dengan Air Rebusan Limau

Artikel berkaitan: Elak Kunyah ‘Chewing Gum’ & Minum Pakai Straw, Ini Cara Untuk Kurangkan Masalah Kembung Perut

#1: Single Leg Raise

Duduk lurus dengan tapak tangan lurus terus ke lantai. Perlahan-lahan tangan dan kaki (sebelah kanan) dibengkokan untuk menanpung berat badan sementara kaki kiri diluruskan selari dengan pinggul ke hujung kaki. Kemudian angkat kaki kiri hingga tegak ke atas. Ulang sehingga 8 kali untuk setiap kaki kiri dan kanan.

#2: Dynamic Plank

Kedudukan sama seperti plank, Cuma bezanya angkat kaki kiri, temukan lutut ke pinggang dan bawa lutut anda ke dalam pinggang. Kemudian ulang langkah yang sama dengan menggunakan kaki kanan pula. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.

#3: Flutter Kicks

Duduk tegak dan angkat kaki ke atas (30 darjah) kemudian ambil kaki kanan dan naikkan kaki tersebuta dalam masa yang sama turunkan kaki kiri seperti gerakan ‘cincang’. Ulang sehingga 30 kali.

#4: Lateral Knee To Elbow

Mengiring dan tahan berat badan dengan lengan dan kaki. Angkat badan dan bawa lutut kiri bertemu dengan siku tangan kanan. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.

#5: Knee Tuck Twist

Duduk dengan angkat kaki anda (20 darjah) dan pusingkan pinggang ke kiri dan kanan anda. Lakukan lima kali pusingan untuk kiraan satu. Setelah itu bawa peha anda rapat ke dada dan kemudian Kembali ke posisi asal, ulang beberapa kali step tersebut. Ulang sehingga 5 kali (20 kali pusingan).

Published by
lany