Lemon
Hiris atau kisarkan sebiji lemon kemudian ambil airnya. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah selesai bilas menggunakan air sejuk.
Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan urut pada bahagian wajah selama 30 saat hingga seminit menggunakan gerakan membulat. Setelah selesai, bilas dengan air sejuk.
Putih Telur
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Gunakan bahagian telur putih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Lidah Buaya
Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.
Tomato
Sapukan tomato yang telah dikisar pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Tomato mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka di samping menghaluskan wajah.
Betik
Ambil dua potongan kecil betik, kemudian lenyekkan ke dalam mangkuk kecil atau kisar. Setelah hancur, sapu pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas bersih dengan air sejuk.
Timun
Campurkan jus timun yang telah dikisar bersama tepung jagung untuk menjadikannya lebih likat. Seterusnya, sapu pada sekeliling muka terutama pada liang pori yang terbuka selama 15minit. Setelah selesai bilas dengan air sejuk.