Kecantikan

Rahsia Lelaki Maskulin, Ini 5 Tip Grooming Boleh Buat Penampilan Lebih Mantap!

Share

Bercakap tentang penjagaan diri, sebagai  lelaki moden anda seharusnya bukan sahaja mengambil berat tentang penampilan atau pilihan pakaian yang dipakai semata.

Tetapi faktor yang tidak kurang sama pentingnya ialah bagaimana anda menjaga diri.

Penjagaan diri atau ‘grooming’ yang baik bukan hanya membuatkan anda rasa lebih yakin, tetapi juga memberikan imej yang lebih menarik di mata orang lain.

Namun, golongan lelaki cukup bertuah kerana penjagaan diri tidaklah terlalu sofistikated berbanding kaum wanita.

Akan tetapi ia juga tidaklah seringkas dan mudah yang disangka.

Kali ini, MASKULIN ingin mengajak anda menjadi lelaki yang lebih segak, bergaya dan mantap dengan mengikuti 5 tip grooming yang sebenarnya WAJIB untuk anda tahu agar kekal segar, bersih, dan paling penting nampak maskulin!

  1. Jaga Rambut Agar Lebat dan Bebas Kelemumur

Ya, rambut juga sebenarnya adalah mahkota lelaki. Kalau rambut tak kena gaya, habis segala keyakinan diri hilang!

Bagi memastikan rambut kekal lebat dan bebas kelemumur, penting untuk anda menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut.

Salah satu syampu yang cukup berkesan ialah MARO 3D Volume Up Shampoo. Syampu ini bukan sahaja membantu mengawal kelemumur dan menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala malah boleh membantu melebatkan rambut sehingga 150%.

Kesan hebat syampu dari MARO ini adalah dari World’s First Defenscalp™ Formula, formula unik mereka menggabungkan pembersihan berkesan dengan perlindungan akar.

Rambut lebat dan bebas kelemumur pasti menjadikan anda seorang lelaki yang berpenampilan lebih berkeyakinan dan mantap!

MARO 3D Volume Up Shampoo boleh didapati di pasaran pada harga RM49.90 sahaja. Ia ini boleh didapati di semua cawangan Watson dan juga Shopee tknkbycason.

Jadi buat anda yang inginkan rambut bebas kelemumur dan dalam masa yang sama mahu ia nampak lebat, inilah produk yang memberikan jawapan paling ideal!

  1. Jangan Abaikan Wajah

Kulit muka lelaki juga memerlukan perhatian yang sama seperti wanita. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

Tapi ingat ya, jangan guna sabun mandi untuk badan! Penggunaan sabun badan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kasar.

Menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit wajah bukan sahaja buat anda rasa lebih segar, tapi juga mengurangkan masalah jerawat dan minyak berlebihan.

Jangan lupa juga untuk gunakan pelembap atau toner untuk memberikan kulit anda lebih kesegaran berpanjangan.

  1. Penggunaan Deodoran untuk Elak Bau Badan

Tak kira setampan mana sekalipun anda, kalau bau badan tak menyenangkan, semua boleh hilang selera. Deodoran adalah kawan baik lelaki untuk elakkan bau badan yang tidak diingini, terutama selepas seharian bekerja atau bersukan.

Pilih deodoran yang tahan lama dan mempunyai aroma yang menyegarkan. Salah satu deodoran yang MASKULIN boleh rekomen ialah QB Medicated Deodorant Bar.

Apa yang membuatkan deodoran ini istimewa ialah ia hadir dengan aplikasi mudah tanpa rasa melekit dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Ia juga mampu mengawal peluh dengan efektif walaupun dalam cuaca yang panas terik.

Formula krim serbuknya yang ringan menyerap lebihan minyak lalu menjadikan kulit bawah lengan anda berasa lebih kering dan selesa. Masalah kesan deodoran pada baju atau kemeja yang dipakai juga tidak perlu anda fikirkan kerana ia tidak meninggalkan sebarang warna.

Kesemua kesan hebat ini dibantu dengan kehadiran 8 ekstrak semula jadi ini menjadikan deodoran dari Jepun ini sebagai pilihan yang tepat.

Lebih menarik, QB Medicated Deodorant Bar ini juga pernah mendapat dianguerahkan LDK Award, anugerah berprestij bagi produk kosmetik dan kecantikan di Jepun.

Deodoran hebat ini boleh didapati di pasaran pada harga hanya RM69.90 sahaja di Caring Pharmacy dan juga di Shopee tknkbycason.

  1. Jaga Rambut Agar Tidak Nipis dan Rawatan Kulit Kepala

Rambut menipis adalah salah satu masalah yang sering dihadapi lelaki seiring peningkatan usia. Untuk mengelakkan masalah ini, amalkan rutin penjagaan rambut yang betul.

Bagi lelaki yang ingin mengatasi masalah rambut menipis dan keguguran boleh menggunakan produk untuk menguatkan akar rambut. MARO Hair Growth 3D Essence merupakan di antara produk yang cukup baik bagi mengatasi masalah seperti ini.

Ia diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif daripada ubat herba – Dipotassium Glycyrrhizate (daripada likuoris), Ekstrak Ginseng (daripada akar Panax Ginseng), dan Ekstrak Swertia Japonica.

Bahan-bahan ini bekerja secara sinergistik untuk meningkatkan persekitaran kulit kepala, menggalakkan peredaran darah, dan merangsang pertumbuhan rambut dari akar.

Kulit kepala yang sihat adalah kunci kepada rambut yang kuat.

Jika rambut anda semakin menipis, bertindak awal dengan produk seperti MARO Hair Growth 3D Essence sebelum ia menjadi lebih teruk. Ia boleh didapati pasaran pada harga RM79.90. Produk hebat ini anda boleh dapati di Watsons dan juga di Shopee tknkbycason

.
  1. Pilih Haruman yang Sesuai dengan Personaliti

Haruman adalah cara mudah untuk tinggalkan kesan positif kepada orang sekeliling. Pilih wangian yang sesuai dengan personaliti anda.

Kalau anda jenis yang aktif dan suka gaya kasual, pilih haruman segar seperti citrus atau mint.

BACA: Jersi Bola Sepak Kini Menjadi Item Fesyen Gaya Hidup Trendy

Tapi kalau anda mahukan gaya lebih elegan dan matang, wangian berasaskan kayu atau rempah mungkin lebih sesuai.

Jangan terlalu banyak sembur, cukup dengan 2-3 semburan di titik nadi seperti leher dan pergelangan tangan.

Tahukah anda dalam beberapa banyak kajian mendapati, wanita akan lebih mudah tertarik kepada lelaki yang mempunyai aroma wangi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim