‘Bounce’ dan ‘energy return’ adalah dua aspek kritikal yang harus dipertimbangkan oleh pelari ketika memilih kasut larian. Bounce merujuk kepada keupayaan kasut untuk memberikan respons pantas terhadap tekanan yang dikenakan semasa kaki memijak permukaan.
Kasut yang memiliki bounce yang baik mampu mengurangkan rasa letih dengan memberikan daya dorong tambahan ketika kaki melangkah ke hadapan.
Ini amat penting untuk pelari jarak jauh! Ia membantu mengekalkan momentum dan memastikan setiap langkah lebih efisien. Secara tak langsung membuatkan larian menjadi bertambah laju!
Tambahan pula, kasut dengan sistem bounce yang canggih dapat mengurangkan risiko kecederaan. Keupayaannya menyerap impak hentakan mengurangkan tekanan kepada sendi dan otot.
Sementara itu, energy return memastikan pelari memanfaatkan tenaga dengan lebih efektif sepanjang larian.
Kasut larian dengan ciri energy return yang baik menggunakan teknologi khas untuk mengembalikan tenaga daripada setiap hentakan kaki ke permukaan, menjadikan langkah lebih ringan dan bertenaga.
Ini sangat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan prestasi larian, terutama ketika berlari pada kelajuan tinggi atau mendaki permukaan berbukit.
Dengan energy return yang optimal, pelari dapat mengekalkan daya tahan yang lebih lama dan mengurangkan keletihan, membolehkan mereka mencapai matlamat larian dengan lebih mudah.
Oleh itu, kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman larian yang selesa, selamat, dan berprestasi tinggi.
Ads
LEBIH BERTENAGA DAN SELESA
Salah satu kasut larian yang bakal menampilkan dua aspek ini dengan baik ialah ASICS NOVABLAST™ 5.
Versi terbaru siri ini merupakan di antara kasut larian yang cukup dinantikan ini menjanjikan pengalaman larian yang lebih bertenaga dan selesa, hasil gabungan material ringan serta teknologi midsole baharu yang inovatif.
NOVABLAST™ 5hadir bersama teknologi FF BLAST™ MAX foam cushioning, menjadikannya satu-satunya model dalam rangkaian ASICS yang menggunakan midsole sepenuhnya dengan teknologi ini.
Bahan baharu ini meningkatkan bounce atau sifat lonjakan sehingga 8.5% lebih baik berbanding model terdahulu.
Untuk pelari, ini bermaksud lebih banyak tenaga dikembalikan pada setiap langkah, memberikan pengalaman larian yang lebih lancar dan bertenaga.
Ads
Ia turut mengekalkan midsole geometri ikonik yang memberikan ilusi pergerakan dinamik, mencerminkan pengalaman unik pemakainya semasa berlari.
Dari aspek keselesaan pula bahagian atas kasut ini kini menggunakan Engineered Jacquard mesh yang lebih bernafas, memastikan kaki sentiasa sejuk dan selesa.
REKA BENTUK
Inspirasi daripada siri SUPERBLAST™ juga dapat dilihat pada reka bentuk lidah kasut. Ia hadir dengan gusseted wing construction – memberikan pemakaian lebih kemas.
Reka bentuk midsole dan outsole NOVABLAST™ 5 tidak hanya memberi kesan visual, tetapi juga membantu meningkatkan prestasi.
Ads
Groove berbentuk pod di bahagian depan tapak kaki memberikan rasa anjal dan tenaga tambahan. Lalu membolehkan pelari merasakan daya tolakan yang lebih kuat pada setiap langkah.
“Kami mereka bentuk NOVABLAST™ 5 dengan pendekatan yang membolehkan FF BLAST™ MAX menonjolkan potensi sepenuhnya kepada pengguna,” jelas Pereka Kanan Kasut ASICS, Yosuke Atarashi.
“Secara visual, kami mahu rekaannya mencerminkan pengalaman dinamik dan perasaan di bawah kaki semasa berlari dengan versi terkini ini.”
Bakal diperkenalkan di pasaran pada harga RM 599, NOVABLAST™ 5 akan mula dijual di semua kedai ASICS dan platform dalam talian ASICS.com pada 10 Januari 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan beberapa perubahan kecil dalam rutin kehidupan harian boleh mengurangkan simptom asma. Sebab sebenar serangan asma ini adalah masih belum diketahui tapi ia boleh juga disebabkan oleh alahan, pencemaran udara, jangkitan paru-paru, emosi, perubahan cuaca an sesetengah jenis makanan yang diambil.
Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan untuk asma pada zaman serba canggih ini, kita boleh juga mencuba beberapa rawatan tradisional yang dikatakan boleh membantu merawat asma secara semulajadi tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Kebanyakan rawatan secara semulajadi dikatakan berkesan untuk menangani gejala asma dan sekurang-kurangnya dapat membantu untuk mengelakkan ia merebak dan menjadi lebih buruk.
Diet juga penting dalam membantu menangani gejala asma secara berkesan kerana sesetengah makanan mempunyai zat-zat dan vitamin yang membantu melegakan pengudaraan dalam sistem pernafasan.
Namun rawatan-rawatan ini semuanya hanya membantu mengurangkan dan masih tidak dapat untuk menghilangkan asma secara terus
.
1. Halia
Merupakan salah satu antara rawatan asma secara semulajadi yang cukup popular di kalangan orang ramai. Kajian mendapati penggunaan halia boleh membantu mengurangkan radang pada pengudaraan di paru-paru dan mengelakkan penyempitan ruang udara.
Halia tersebut boleh dijadikan jus dengan campuran buah delima dan madu ataupun dimakan mentah bersama dengan garam.
2. Bawang Putih
Dikatakan boleh membantu untuk melegakan rongga di dalam paru-paru yang tersumbat. Mujarab sekali jika serangan tersebut adalah pada peringkat awal.
Cuma didihkan dua ke tiga helai daun dalam satu suku cawan susu dan kemudian biarkan ramuan tersebut menyejuk pada suhu bilik sebelum meminumnya.
3. Kopi
Kadar kafein di dalam kopi biasa dapat membantu untuk mengawal serangan asma kerana kebolehannya bertindak sebagai ‘bronchodilator’.
Kopi panas boleh membantu meredakan dan melegakan pengudaraan yang membantu anda untuk bernafas dengan lebih baik. Lebih pekat kopi tersebut, lebih baik nanti hasilnya. Tapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih dari 3 cawan kopi dalam sehari.
Jika anda bukanlah penggemar kopi, anda juga boleh beralih pada teh yang pekat. Namun jangan amalkan kopi sebagai rawatan kebiasaan.
4. Minyak Eucalyptus
Pasti anda semua tidak tahu bahawa minyak dari tumbuhan Eucalyptus yang tulen ini boleh menjadi antara rawatan asma yang paling berkesan. Minyak yang dihasilkan dari tumbuhan tersebut mempunyai bahan yang boleh mengurangkan rasa tersumbat pada rongga-rongga pernafasan. Ia juga berkesan untuk mencairkan kahak.
5. Madu
Jika anda sedang tercari-cari rawatan semulajadi asma yang paling berkesan, anda patut beralih pada madu. Anda boleh mengambil satu sudu teh madu yang dicampurkan dengan segelas air panas sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.
Atau anda juga boleh menghidu bau madu tersebut untuk melegakan pernafasan anda yang tersumbat. Lakukan setiap kali sebelum masuk tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun, Apple iaitu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar popular, iPhone mencabar pengguna mereka untuk mengambil atau merakamkan foto dengan menggunakan kamera telefon pintar mereka.
Cabaran tersebut ternyata mendapat sambutan yang sangat hebat daripada pengguna iPhone pelbagai model yang berkongsi foto mereka di laman media sosial dengan hashtag #shotOniPhone.
Untuk tahun ini, Apple telah mengumumkan 10 foto terbaik yang telah diambil oleh pengguna mereka dan besar kemungkinan ia akan terpampang di billboard seluruh dunia. Foto-foto yang terpilih mempunyai tema berbeza dan menampilkan objek tumpuan yang unik.
Ada yang menggunakan pemandangan alam semula jadi, titisan air di sebalik lampu neon, potret hitam putih dan imej yang terbias dari kawasan berair. Tapi yang paling menarik ialah foto ringkas memaparkan imej gelanggang tenis yang retak dan juga jaringnya.
Mungkin ada nilai artistik yang minda normal seperti kita tak dapat fahami tentang keistimewaan foto ini.
Apa-apa pun inila 10 foto yang telah dipilih oleh Apple.
Elizabeth Scarrott (U.S.), @liz.scarrott
iPhone 8 Plus
Andrew Griswold (U.S.), @andrewgriswold;
iPhone Xs
Bernard Antolin (U.S.), @bernardantolin
iPhone Xs Max
Alex Jiang (U.S.), @justphotons
iPhone Xs Max
Darren Soh (Singapore), @darrensohphoto
iPhone Xs Max
Dina Alfasi (Israel), @dinalf
iPhone X
Blake Marvin (U.S.), @blakemarvin
iPhone Xs Max
Robert Glaser (Jerman), @yungbrioche
iPhone 7
LieAdi Darmawan (U.S.), @adidarmawan
iPhone Xs
Nikita Yarosh (Belarus), @yarosh.nikita_
iPhone 7
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cabaran laman media sosial kini sudah menjadi trend yang sudah sebati dan sentiasa kita lihat berlegar di susur garis masa.
Ada sahaja idea baharu yang diperkenalkan bagi menonjolkan kreativiti sama ada tarian, nyanyian atau sketsa drama yang rata-rata cukup digemari.
Terbaru muncul pula #LathiChallenge yang berupa sebuah cabaran berbentuk tarian dan juga solekan yang unik. Namun seperti biasa setiap kali trend cabaran laman media sosial ini timbul pasti akan ada reaksi daripada warganet.
Salah seorang yang memberi komen tentang cabaran ini ialah Da’i Wan Dazrin yang memohon warganet menghentikan daripada melakukan cabaran ini kerana menanggap ia bahaya dianggap sebagai hiburan.
Komen tersebut dimuat naik menerusi laman Twitter kendaliannya.
Menurut Dazrin , cabaran tarian seperti itu sangat menakutkan kerana katanya ia mempunyai unsur syirik dan khurafat yang wujud dalam budaya Jawa.
“Hentikan ‘#LathiChallenge‘ sekarang juga.
“Sesungguhnya tarian2 yg kalian lakukan itu sgt merbahaya utk dijadikan hiburan. Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yg syirik & khurafat. Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang.
Tolong hentikannya!”
Hanya Allah swt shj tahu apa yg terlintas dlm hati saya tadi bila saya di tontonkan dgn video #LathiChallenge . Sungguh ia memang menakutkan.
Jelasnya lagi, dia risau kerana hiburan seperti ini boleh mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahayanya syirik dan khurafat yang wujud darikepercayaan tradisi sesetengah budaya Jawa yang kuat kepercayaan kepada bomoh dan ilmu hitam.
Ada yg tanya dibawah Thread:
Apa hukum dgr lagu dia, sdgkan lagu dia tak bawa maksud apa2 yg mensyirikkan pun.