Kesihatan jantung merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan harian, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat.

Salah satu cara mudah dan semula jadi untuk menjaga jantung dan mengawal paras kolesterol adalah melalui pemakanan.

Dan antara pilihan makanan yang paling berkesan adalah ikan tenggiri.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Dr. Sani, seorang doktor perubatan bertauliah (MD), beliau turut menekankan kepentingan pemakanan sihat dalam menjaga kesihatan jantung.

Dalam video tersebut, Dr. Sani menjelaskan bagaimana pengambilan ikan berlemak seperti ikan tenggiri dapat membantu mengawal kolesterol jahat (LDL).

Watch on TikTok

Beliau turut menyarankan agar orang ramai mengamalkan pemakanan sihat secara konsisten, dan bukan hanya bergantung pada ubat-ubatan semata-mata.

Ads

Menurutnya, pemakanan yang betul boleh menjadi “ubat semula jadi” yang sangat berkesan untuk mencegah penyakit kronik.

Kaya dengan Omega-3 yang Melindungi Jantung

Ikan tenggiri, atau dikenali juga sebagai Spanish mackerel, adalah sejenis ikan berlemak yang mengandungi kandungan Omega-3 yang sangat tinggi.

Lemak sihat ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, seperti mana yang disarankan oleh American Heart Association.

Mereka menyarankan agar kita mengambil ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu untuk manfaat kesihatan yang optimum.

Kawal Kolesterol dan Tekanan Darah

Rahsia Jantung Sihat? Doktor Ini Kongsikan Khasiat Hebat Ikan Tenggiri
Foto : HeloMedik

Selain melindungi jantung, Omega-3 juga membantu menurunkan kadar trigliserida dalam darah serta mengawal tekanan darah.

Ads

Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko strok dan serangan jantung, dua penyakit yang sering dikaitkan dengan gaya hidup moden.

Sumber Protein Berkualiti dan Nutrien Penting

Bukan sekadar lemak sihat, ikan tenggiri juga mengandungi protein berkualiti tinggi serta pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh seperti vitamin D, selenium dan B12.

Nutrien-nutrien ini penting untuk menyokong fungsi tubuh secara keseluruhan dan meningkatkan sistem imun.

BACA LAGI : Air Kelapa Tingkatkan Kesuburan Lelaki, Benar Atau Salah?

Ads

Alternatif Ikan Lain yang Juga Bagus

Jika sukar mendapatkan ikan tenggiri, terdapat beberapa pilihan ikan lain yang juga tinggi Omega-3 seperti ikan sardin, ikan tuna dan ikan kembung.

Kesemua jenis ikan ini boleh dijadikan hidangan utama atau ditambah dalam menu harian untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat manfaatnya.

Bagi mereka yang kurang gemar makan ikan, supplement minyak ikan boleh dijadikan alternatif.

Namun, adalah lebih baik untuk mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh dan hadir bersama nutrien lain yang menyokong kesan positifnya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI