Rahsia ‘Inspektor Khai’ Dapat Body Mantap Untuk Filem ‘Polis Evo 3’!

Share

Filem yang cukup dinantikan oleh ramai peminat terutamanya genre filem aksi, ‘Polis Evo 3’ kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Seperti jangkaan ramai, ‘Polis Evo 3’ sekali lagi membuktikan francais filem yang diarahkan oleh pengarah berbakat luar biasa, Syafiq Yusuf telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Malah laporan kutipan pada hari pertama dan tayangan awalnya sebelum ini telah mencatatkan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM3.4 juta. Kutipan dengan angka yang cukup hebat tersebut mendominasi carta kutipan di pawagam seluruh negara.

Ia juga mengenepikan filem aksi antarabangsa yang juga sedang hangat diperkatakan sekarang, ‘Fast X’.

Apa yang turut memberi petanda positif pada masa depan filem itu ialah, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dengan maklum balas diberikan oleh penonton.

‘Polis Evo 3’ mengekalkan formula gandingan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam da Zizan Razak dengan mereka kembali memegang watak sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani.

DI SEBALIK BODY ‘SADO’

Salah satu perkara yang cukup menjadi bualan penonton ialah bagaimana Shaheizy Sam tampil dengan bentuk badan yang cukup tegap lengkap dengan six-packs.

Dua penampilan berbeza – sebelum dan selepas.

Melihatkan bentuk badannya yang sebelum ini agak berisi ramai tertanya-tanya apakah rahsia Shaheizy Sam mendapatkan bentuk badannya untuk menjayakan watak Inspektor Khai yang hadir sebagai watak ‘polis superhero’.

“Sejujurnya memang susah Sam nak dapatkan bentuk badan six-pack begini. Sebabnya Sam merupakan seorang yang suka makan. Apatah lagi ketika PKP dahulu memang badan naik sedikit. Sebab kerjalah juga Sam dapat motivasi untuk kuruskan badan dan dapatkan bentuk badan lengkap dengan six packs.

“Nak kuruskan badan paling mencabar terutamanya bila nak ingin buat badan tough macam Rambo. Jadi Sam kena jaga pengambilan kalori harian selain melakukan rutin senaman dengan disiplin tinggi. Bila tak lapar jangan makan. T

“api bila perlu makan kena makan terutamanya sebelum bersenam dengan kuat di gym. Cuma apa yang lebih sukar ialah ketika penglibatan dengan filem ini usia Sam dah dekat 40 tahun. Kadar metabolisme itu sedikit rendah, jadi ia lebih sukar,” jelas Sam dalam satu temu bual bersama Mstar.

Dalam temu bual bersama Astro Gempak pula Sam turut mengulangi betapa pentingnya mengawal pengambilan kalori harian.

“Setiap hari kena cari bagaimana nak bakar lemak yang ada,” tambah Sam lagi.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, ‘Polis Evo 3’ merupakan filem yang membuatkan dia perlu meletakkan dedikasi cukup tinggi mendapatkan bentuk badan seperti ini.

Namun jelas Sam lagi, jika ada keperluan untuk filem-filem akan datang dia bersedia menerima cabaran tersebut. Dan baginya cabaran seterusnya ialah mengekalkan berat badan seperti sekarang.

Semoga kisah Sam ini mampu memberikan motivasi untuk anda menurunkan berat badan dan mendapatkan six packs!

Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Rahsia Ben Affleck dapat body ‘sado’ ketika melakonkan watak Batman! Inilah rutin senaman dilakukannya. #maskulin #maskulinmojo #aktorhollywood ♬ Metal Strikes Metal – Morgan Sansous & Sham Makdessi
Published by
Farizul Izwany Ibrahim