Gaya Hidup

Rahsia Ikmal Amry Kekal Cergas Walaupun Sibuk Dengan Jadual Padat!

Share

Menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jadual kerja padat seperti pelakon popular, Ikmal Amry.

Namun, Ikmal membuktikan bahawa kesibukan bukanlah alasan untuk mengabaikan gaya hidup sihat.

Dedikasinya dalam mengekalkan kecergasan menjadikannya inspirasi kepada ramai peminat yang ingin menjalani kehidupan lebih sihat.

Ikmal percaya bahawa kesihatan adalah aset penting yang perlu dijaga.

Dengan keseimbangan antara senaman dan pemakanan sihat, dia mampu mengekalkan tubuh badan yang bertenaga walaupun sibuk dengan penggambaran.

Menurutnya, konsistensi dan disiplin adalah kunci utama dalam mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.

@ikmalamryAll in. No excuses. Hyrox 2025, we’re coming for you.♬ original sound – ikmal amry

Rutin Senaman Ringkas Ketika Shooting

Bagi Ikmal, masa yang terhad bukan penghalang untuk bersenam.

Setiap kali shooting, dia memperuntukkan sekitar 15 hingga 20 minit untuk melakukan senaman kardio seperti skipping, push up atau pull up.

Walaupun ringkas, rutin ini mampu meningkatkan stamina dan mengekalkan kecergasan.

“Kalau cuti, saya akan ke gym dan bersenam seperti biasa. Tapi bila shooting, saya manfaatkan masa yang ada walaupun sekejap,” jelas Ikmal.

Disiplin Pemakanan Sihat

Selain bersenam, Ikmal juga menitikberatkan pemakanan. Dia memilih untuk mengurangkan makanan berminyak dan karbohidrat bagi memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga.

Menu pemakanan sihat seperti ayam bakar, salad dan buah-buahan menjadi pilihan utama.

“Pemakanan sangat penting. Saya lebih suka makan makanan yang kurang berminyak sebab ia bantu jaga berat badan dan kesihatan dalaman,” katanya.

Foto : Instagram Ikmal Amry

Senaman Kegemaran dan Cabaran

Bagi memastikan tubuh kekal fit, Ikmal gemar melakukan deadlift kerana ia membantu meningkatkan testosteron dan kekuatan otot.

Namun, dia mengakui bahawa senaman ini agak mencabar terutama pada bahagian pinggang.

“Saya suka deadlift walaupun pinggang saya tak kuat sangat. Tapi ia bagus untuk boost testosteron,” kongsinya.

Sebaliknya, senaman squat menjadi cabaran besar bagi Ikmal kerana ia lebih tertumpu kepada kekuatan kaki.

“Kalau kaki korang kuat, korang mesti suka squat. Tapi bagi saya, squat lebih penat berbanding deadlift,” tambahnya.

BACA LAGI : Jangan Biarkan Badan Kaku! Kepentingan Bersenam di Usia Tua

Kunci Kekal Fit

Disiplin, konsistensi dan pemakanan seimbang adalah rahsia utama Ikmal dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Walaupun sibuk, dia memastikan senaman dan pemakanan sihat menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Dengan gaya hidup sihat seperti ini, tidak hairanlah Ikmal Amry sentiasa tampil bertenaga dan menawan di hadapan lensa kamera.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain