Menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jadual kerja padat seperti pelakon popular, Ikmal Amry.
Namun, Ikmal membuktikan bahawa kesibukan bukanlah alasan untuk mengabaikan gaya hidup sihat.
Dedikasinya dalam mengekalkan kecergasan menjadikannya inspirasi kepada ramai peminat yang ingin menjalani kehidupan lebih sihat.
Ikmal percaya bahawa kesihatan adalah aset penting yang perlu dijaga.
Dengan keseimbangan antara senaman dan pemakanan sihat, dia mampu mengekalkan tubuh badan yang bertenaga walaupun sibuk dengan penggambaran.
Menurutnya, konsistensi dan disiplin adalah kunci utama dalam mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.
Bagi Ikmal, masa yang terhad bukan penghalang untuk bersenam.
Ads
Setiap kali shooting, dia memperuntukkan sekitar 15 hingga 20 minit untuk melakukan senaman kardio seperti skipping, push up atau pull up.
Walaupun ringkas, rutin ini mampu meningkatkan stamina dan mengekalkan kecergasan.
“Kalau cuti, saya akan ke gym dan bersenam seperti biasa. Tapi bila shooting, saya manfaatkan masa yang ada walaupun sekejap,” jelas Ikmal.
Disiplin Pemakanan Sihat
Selain bersenam, Ikmal juga menitikberatkan pemakanan. Dia memilih untuk mengurangkan makanan berminyak dan karbohidrat bagi memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga.
Menu pemakanan sihat seperti ayam bakar, salad dan buah-buahan menjadi pilihan utama.
Ads
“Pemakanan sangat penting. Saya lebih suka makan makanan yang kurang berminyak sebab ia bantu jaga berat badan dan kesihatan dalaman,” katanya.
Foto : Instagram Ikmal Amry
Senaman Kegemaran dan Cabaran
Bagi memastikan tubuh kekal fit, Ikmal gemar melakukan deadlift kerana ia membantu meningkatkan testosteron dan kekuatan otot.
Namun, dia mengakui bahawa senaman ini agak mencabar terutama pada bahagian pinggang.
“Saya suka deadlift walaupun pinggang saya tak kuat sangat. Tapi ia bagus untuk boost testosteron,” kongsinya.
Sebaliknya, senaman squat menjadi cabaran besar bagi Ikmal kerana ia lebih tertumpu kepada kekuatan kaki.
Ads
“Kalau kaki korang kuat, korang mesti suka squat. Tapi bagi saya, squat lebih penat berbanding deadlift,” tambahnya.
Ambillah peluang untuk bersenam di rumah dalam suasana yang selesa bagi mengeluarkan peluh agar badan sihat dan awet muda.
Bimbang jika anda tidak bersenam, bukan sahaja berat badan mudah naik malah boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan.
Bersenam bukan sahaja boleh jadikan badan sihat dan otot mantap, ia juga boleh menjadikan badan anda lebih bertenaga.
Apabila badan anda bertenaga dan sihat, secara tidak langsung akan memancarkan wajah yang segar dan memberikan mood yang lebih ceria.
Lakukan aktiviti bersenam di rumah ini secara rutin paling kurang sekali dalam sehari untuk anda mendapatkan kesan yang baik untuk tubuh badan anda.
Selain untuk tubuh badan dan kesihatan dalaman, wajah anda juga akan tampak lebih muda secara semula jadi.
Oleh itu, jadikan lapan aktiviti bersenam di rumah ini sebagai salah satu amalan harian wajib yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan mannfaat kecergasan pada tubuh badan.
Percayalah, anda masih boleh dapatkan lengan berketul walaupun hanya lakukan senaman di rumah. Syaratnya, anda kena konsisten lakukan senaman-senaman ini untuk membentuk lengan berketul. Barulah lengan anda tak menggelebeh.
Selain buat senaman-senaman ini, pastikan anda menjaga pengambilan makanan bergizi untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot lengan berketul.
Ini antara 4 senaman yang boleh anda lakukan dengan mudah.
1. Pull up
Pull up menjadi antara senaman berat yang sangat baik untuk membentuk otot lengan berketul. Anda hanya perlu bergantung pada palang datar yang ada di rumah anda. Pastikan tangan lurus selaras dengan bahu. Setelah itu, angkat badan anda ke atas sehingga kepala selari dengan palang yang anda pegang. Untuk permulaan latihan, lakukan sebanyak 5 kali dahulu. Tambah jumlahnya dari sehari ke sehari apabila anda sudah biasa melakukan senaman ini.
2. Concentration curl
Senaman membentuk lengan berketul yang lain adalah concentration curl. Ia merupakan latihan angkat beban. Senaman ini boleh dilakukan sama ada dalam posisi duduk ataupun berdiri. Jika dalam posisi berdiri, bukakan kaki selebar bahu. Genggam dumbbell pada kedua-dua belah tangan dan angkat tangan kanan dan kiri berselang-seli sehingga mendekati dada. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
3. Arm circles
Untuk membentuk lengan berketul, tak semestinya anda hanya perlu mengangkat beban berat. Anda boleh melakukan senaman arm circles sebagai latihan asas. Senaman ini lebih mudah dan relaks. Anda hanya perlu mengangkat kedua-dua belah tangan ke sisi. Kemudian pusingkan tangan anda membentuk huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali dengan 4 set.
4. Push up
Push up juga adalah senaman yang sangat baik untuk membentuk otot lengan berketul. Lakukan push up asas dengan kedua-dua telapak tangan menekan pada lantai. Setelah itu, naikkan dan turunkan badan dalam posisi lurus. Buat senaman ini secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika anda sudah biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman tekan tubi memang banyak manfaatnya. Selain menjadikan lengan mantap, senaman tekan tubi juga boleh membentuk otot dada tegap tanpa anda perlu menggunakan sebarang alatan senaman.
Senaman ini merupakan antara senaman yang boleh anda lakukan di mana saja. Dengan bantuan senaman tekan tubi membuatkan penampilan anda nampak lebih macho apabila miliki otot dada tegap.
Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
2. Clap push-ups
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
3. Spiderman push-ups
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
5. Single leg raised push-ups
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.