Kehidupan yang sibuk sering menyebabkan lelaki mengabaikan pemakanan, mengutamakan kerja dan memilih makanan segera yang kurang berkhasiat.
Namun, diet yang betul dapat membantu mengekalkan tenaga, meningkatkan fokus dan memastikan tubuh kekal cergas.
Berikut adalah panduan diet mudah yang sesuai untuk lelaki dengan jadual yang padat.
Mulakan Hari Anda dengan Sarapan Berkhasiat
Sarapan adalah makanan paling penting kerana ia memberikan tenaga untuk memulakan hari.
Bagi lelaki sibuk, sarapan mudah seperti oat segera dengan susu dan buah-buahan, smoothie pisang dengan yogurt dan mentega kacang atau sepasang telur rebus bersama roti gandum adalah pilihan ideal.
Untuk menjimatkan masa, sediakan bahan sarapan pada malam sebelumnya agar anda tidak tergesa-gesa pada waktu pagi.
Foto : XTRA
Snek Sihat untuk Tenaga Sepanjang Hari
Menghadapi hari yang sibuk memerlukan snek yang sihat untuk mengekalkan tenaga.
Pilihan seperti badam, walnut atau kekacang tanpa garam boleh membantu mengelakkan rasa lapar melampau.
Buah-buahan seperti epal atau pisang serta protein bar rendah gula, juga sesuai untuk dimakan di tengah-tengah kesibukan.
Ads
Elakkan snek seperti coklat dan kerepek kentang yang tinggi gula dan kalori kosong.
Foto : Maskulin
Utamakan Makan Tengahari Seimbang
Walaupun sibuk, cuba elakkan makanan segera seperti burger atau ayam goreng.
Sebaliknya, pilih hidangan seimbang yang mengandungi protein (contohnya ayam, ikan atau tofu), karbohidrat kompleks (seperti nasi perang atau quinoa) dan sayur-sayuran segar.
Jika anda makan di luar, pilih restoran yang menawarkan menu sihat seperti sup, salad atau makanan panggang.
Ini membantu memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.
Ads
Foto : Pa&Ma
Minum Air Kosong Dengan Secukupnya
Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan, kurang fokus dan menjejaskan produktiviti.
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Membawa botol air ke tempat kerja atau ke mana sahaja adalah cara mudah untuk memastikan anda kekal terhidrat.
Gantikan minuman manis seperti soda dengan air kosong atau teh tanpa gula untuk pilihan yang lebih sihat.
Foto : Majoriti
Elakkan Makan Lewat Malam
Makan lewat malam boleh mengganggu sistem pencernaan dan menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Jika anda lapar pada waktu malam, pilih makanan ringan yang sihat seperti segelas susu rendah lemak, sebiji buah seperti epal atau yogurt rendah lemak.
Ads
Ini membantu mengelakkan rasa lapar tanpa menjejaskan kesihatan.
Foto : Maskulin
Tetapkan ‘Cheat Day’
Diet yang sihat tidak bermaksud anda perlu melepaskan semua makanan kegemaran anda.
Tetapkan satu hari dalam seminggu untuk “cheat day” di mana anda boleh menikmati makanan yang anda suka.
Namun, pastikan anda tidak berlebihan dan kembali kepada rutin pemakanan sihat selepas itu.
Foto : OstroVit
Ingatlah, kesihatan adalah pelaburan jangka panjang yang paling berharga untuk kejayaan hidup anda. Mulakan perubahan kecil hari ini untuk hasil yang besar esok! 💪
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak.
Menurut portal Pop Mama, keadaan ini biasanya dikesan selepas suami sedang bergelut untuk mempunyai anak, tetapi tidak mendapat hasil yang baik.
LELAKI MANDUL
Ciri-ciri ketidaksuburan lelaki atau lelaki mandul perlu difahami sejak awal oleh pasangan suami isteri. Tetapi malangnya, kemandulan pada lelaki tidak dapat dikesan dengan pasti dari awal gejala.
Melaporkan daripada laman Healthline, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai tanda seperti 7 ciri-ciri di bawah.
1. Penurunan fungsi seksual
Apabila fungsi seksual lelaki berkurangan, misalnya mengalami kesukaran mendapatkan dan mengekalkan ereksi, kemungkinan dia mempunyai masalah dengan kesuburan. Lelaki yang mengalami keadaan ini secara amnya mempunyai masalah dengan kadar testosteron dalam badan.
Jika hormon berkurangan, sperma tidak akan banyak dihasilkan dan ini adalah ciri ketidaksuburan lelaki.
2. Kecacatan testis
Sebagai organ yang menghasilkan hormon testosteron dan merupakan tempat untuk menghasilkan dan menyimpan sperma, kesihatan testis sangat penting untuk kesuburan lelaki.
Beberapa gangguan boleh berlaku pada testis termasuk kanser, varikokel atau pelebaran saluran darah testis dan hidrokel atau pengumpulan cecair testis. Keadaan ini boleh menyebabkan sekatan pada saluran sperma sehingga menyebabkan kematian sel sperma akibat peningkatan suhu testis.
3. Rambut tumbuh sedikit
Ciri-ciri seterusnya ketidaksuburan lelaki biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Apabila hormon seks lelaki berada pada tahap rendah, sudah tentu pertumbuhan sperma boleh terganggu.
Salah satu cirinya ialah kekurangan rambut yang biasanya dominan pada lelaki seperti misai dan janggut, bulu kaki, bulu dada dan sebagainya.
Namun, kekurangan rambut yang tumbuh sama ada di bahagian muka atau badan juga boleh disebabkan oleh faktor genetik dan juga kaum.
4. Testis bengkak atau terasa sakit
Keadaan di mana buah zakar berasa sakit dan bengkak akibat ereksi atau penyakit lain.
Pelbagai jangkitan boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan di kawasan testis, seperti jangkitan bakteria E. coli atau bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin seperti klamidia dan sifilis.
5. Sakit semasa ejakulasi
Secara amnya, sakit ketika ejakulasi adalah disebabkan masalah prostat dan organ lain di kawasan zakar. Keadaan ini boleh menjadi tanda gangguan pada sistem pembiakan lelaki. Sekiranya anda mengalami kesakitan saat ejakulasi, disarankan untuk segera berjumpa doktor.
6. Keinginan seksual rendah
Sekiranya mendapati keinginan seksual anda rendah, ini boleh menjadi tanda ketidaksuburan seterusnya pada lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah hormon. Hal ini kerana, umumnya dorongan seksual datang dari peningkatan hormon lelaki yang dipanggil testosteron.
7. Testis mengecut
Dalam keadaan tertentu, seperti penyakit, akan menyebabkan buah zakar mengecut. Keadaan ini akan menyebabkan pengeluaran sperma berkurangan sehingga peluang lelaki untuk mengalami kemandulan adalah agak besar.
Penyakit gusi atau periodontitis, adalah masalah kesihatan mulut yang sering dianggap remeh, tetapi ia sebenarnya boleh membawa kepada komplikasi serius seperti penyakit jantung.
Penyakit ini bermula dengan keradangan pada gusi, dikenali sebagai gingivitis, yang menyebabkan gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.
Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak ke tisu dan tulang yang menyokong gigi, seterusnya membenarkan bakteria memasuki aliran darah.
Foto : Sirap Limau
Bagaimana Penyakit Gusi Mempengaruhi Kesihatan Jantung?
Kajian menunjukkan bahawa bakteria dari penyakit gusi boleh mencetuskan keradangan sistemik yang menyumbang kepada masalah jantung seperti aterosklerosis (penyempitan arteri), endokarditis (jangkitan pada lapisan dalam jantung) dan tekanan darah tinggi.
Keadaan ini berpunca daripada tindak balas badan terhadap keradangan kronik, yang melemahkan fungsi organ penting seperti jantung.
Foto : Siakap Keli
Siapa Yang Berisiko?
Individu yang berisiko tinggi termasuk perokok, mereka yang menghidap diabetes atau obesiti dan mereka yang tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik.
Tanda-tanda awal penyakit gusi yang perlu diberi perhatian adalah gusi berdarah, nafas berbau, gigi longgar, dan rasa sakit atau ketidakselesaan pada gusi.
Langkah Pencegahan Untuk Kesihatan Mulut Dan Jantung
Langkah pencegahan utama ialah mengamalkan kebersihan mulut yang baik dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, menggunakan flos dan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala.
Foto : HaloDoc
Berhenti merokok dan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengurangkan pengambilan makanan manis juga dapat membantu melindungi kesihatan gusi dan jantung anda.
Dengan menjaga kesihatan mulut, anda bukan sahaja melindungi gigi dan gusi, tetapi juga mengurangkan risiko komplikasi kesihatan yang lebih serius.
Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi kerana gusi yang sihat bukan sahaja memberi senyuman yang menawan tetapi juga jantung yang sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bekam adalah salah satu rawatan tradisional yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat moden.
Ia melibatkan proses mengeluarkan darah kotor dari tubuh melalui kaedah sedutan dan tusukan kecil pada kulit.
Walaupun sering dikaitkan dengan rawatan alternatif, bekam sebenarnya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang boleh menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.
Foto : Rawatan Bekam
Proses Detoks yang Semula Jadi dengan Berbekam
Darah kotor yang terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk keletihan, sakit kepala dan masalah kulit.
Bekam membantu mengeluarkan darah yang mengandungi toksin ini, sekaligus meningkatkan fungsi organ seperti hati dan buah pinggang dalam proses detoksifikasi.
Meningkatkan Peredaran Darah
Proses sedutan semasa berbekam merangsang peredaran darah yang lebih baik di kawasan yang dirawat.
Ini membantu membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke tisu tubuh, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan.
Foto : Glam Lelaki
Melegakan Stres dan Ketegangan
Bekam juga dikenali sebagai salah satu cara untuk meredakan stres dan ketegangan otot.
Proses ini membantu merehatkan otot-otot yang tegang, terutamanya di bahagian bahu, belakang dan leher.
Ia sangat bermanfaat bagi individu yang sering berhadapan dengan tekanan kerja atau gaya hidup yang sibuk.
Bagi mereka yang mengalami sakit kronik seperti migrain, sakit sendi atau masalah saraf, bekam boleh menjadi alternatif yang berkesan.
Kajian menunjukkan bahawa bekam mampu mengaktifkan sistem saraf yang membantu tubuh mengurangkan persepsi terhadap kesakitan.
Foto : UMSU
Bekam bukan sekadar rawatan tradisional, ia adalah cara yang efektif untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Dengan manfaat seperti detoksifikasi, peningkatan peredaran darah dan pengurangan stres, bekam boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan anda.
Namun, pastikan untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal yang bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan proses ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmySiapa kata cabaran bomba tak mencabar? Dalam episod 6 Fire Fighter Challenge, Nad dan Syafiq buktikan semangat juang yang tak kenal menyerah! Mereka tak pandang belakang, terus mara hadapi setiap halangan demi mencapai kemenangan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.