Industri lakonan di Korea Selatan kini telah berjaya meletakkan diri sebagai antara yang terbaik di dunia. Pengiktirafan demi pengiktirafan telah diraih sama ada di peringkat Asia dan juga di pentas prestij Hollywood.
Selain filem-filem buatannya, Korea Selatan juga telah mengetegahkan cukup ramai sekali pelakon-pelakon hebat yang kini turut menjadi buruan syarikat produksi terbesar di dunia. Salah seorang aktor yang berjaya mencipta nama ialah Lee Byung Hun.
Pelakon yang kini sudah berusia 53 tahun tersebut merupakan aktor yang cukup disegani di negaranya. Malah, dianggap sebagai ssalah seorang pelakon paling penting pernah lahir di bumi Korea. Kemunculannya menerusi filem Korea seperti ‘A Bittersweet Life’, ‘I Saw teh Devil’ dan ‘Inside Men’ telah dijadikan sebagai filem rujukan buat pelakon-pelakon baharu.
Manakala di Hollywood pula Lee Byunh Hun pernah muncul menerusi dua filem aksi ‘G.I Joe’, ‘Red 2’ dan ‘Terminator Genisys’.
Ramai tertanya-tanya pada usia begini bagaimanakah dia terus menjaga kecergasan dan bentuk badan yang menarik?
Sebagai seorang aktor yang terkenal dengan peranannya yang memerlukan kecergasan fizikal yang tinggi, Lee Byung Hun telah menetapkan piawaian yang tinggi dalam industri hiburan dengan penampilan dan prestasi fisiknya yang luar biasa. Ikuti bagaimana Lee Byung Hun menjaga kecergasan dan bentuk badannya untuk memenuhi tuntutan watak filem lakonannya.
Rutin Senaman Berdisiplin
Lee Byung Hun mengikuti rutin senaman yang ketat dan berdisiplin. Dia memperuntukkan cukup masa untuk berlatih di gim sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
Ads
Menerusi rutin tersebut dia memberi fokus kepada latihan gabungan yang meningkatkan kekuatan, ketahanan dan fleksibiliti. Latihan gabungannya termasuk angkat beban, push-up, sit-up dan squat yang membantu membentuk otot dan mengekalkan keanjalan badan. Lee juga menekankan pentingnya pemanasan dan pendinginan untuk mengelakkan kecederaan.
Latihan Seni Bela Diri
Untuk peranan atau watak yang memerlukan aksi dan kemahiran bertarung, Lee Byung Hun mengasah kemahirannya dalam seni bela diri.
Dia melibatkan diri dalam latihan taekwondo dan boxing untuk meningkatkan ketangkasan, kecepatan dan koordinasi. Latihan ini bukan sahaja membantu dalam membina stamina tetapi juga memberikan dia kepercayaan diri dalam melakukan adegan bertarung tanpa menggunakan pemeran pengganti.
Pemakanan Seimbang
Selain latihan fizikal, pemakanan memainkan peranan penting dalam kecergasan Lee Byung Hun. Dia mengikuti diet seimbang yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks, dan sayur-sayuran.
Ads
Protein membantu dalam pemulihan otot dan pertumbuhan, sementara karbohidrat kompleks memberikan tenaga yang diperlukan untuk latihan. Lee juga mengelakkan makanan segera dan gula berlebihan untuk menjaga berat badan ideal.
Rehat dan Pemulihan
Lee Byung Hun memahami pentingnya rehat dan pemulihan dalam menjaga kecergasan. Dia memastikan mendapatkan tidur yang cukup setiap malam untuk memulihkan badan dan minda. Selain itu, Lee juga meluangkan masa untuk sesi pemulihan seperti urutan dan yoga yang membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan fleksibiliti.
Di atas semua, apa yang membezakan Lee Byung Hun adalah keazaman dan disiplin yang kuat dalam menjaga kecergasan. Dia menetapkan matlamat kecergasan yang jelas dan komited untuk mencapainya melalui kerja keras dan dedikasi.
Jadi secara keseluruhannya rahsia di sebalik kecergasan Lee Byung Hun terletak pada gabungan latihan fizikal, pemakanan seimbang, rehat yang cukup dan terutama disiplin yang ketat.
Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif, dia berhasil menjaga bentuk badan dan kecergasan yang optimum untuk memenuhi tuntutan setiap watak filemnya. Ini bukan sahaja menjadikan dia contoh kepada peminat tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya menjaga keseimbangan antara kerja dan kesihatan.
Bagaimana? Anda rasa boleh tak ikuti apa yang Lee Byung Hun lakukan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti perempuan, lelaki juga terdedah kepada beberapa jenis penyakit yang cenderung menyerang kaum mereka. Baca, faham dan jagalah kesihatan agar anda bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya ini.
1. Kanser Kolon Merupakan antara jenis kanser paling kerap menyerang lelaki. Mengikut kajian, perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding mereka yang tidak merokok. Selain itu, pengambilan makanan berlemak yang kerap dan rendah serat juga menjadi antara faktor penyebab kanser kolon ini. Jika anda berusia lingkungan 30an dan mempunyai berat badan berlebihan, lakukan senaman atau jalani gaya hidup aktif agar berat badan anda stabil kerana obesiti juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser ini. Kanser kolon dan rektum kebiasaannya menyerang lelaki berusia 40 ke atas.
2. Batu Karang Kira-kira 10% lelaki berdepan penyakit ini yang kebiasaannya menyerang lelaki berusia 30 tahun ke atas. Batu karang terbentuk apabila kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang digelar ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang. Namun dalam sesetengah keadaan, ia tidak akan berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi kepada lelaki yang kurang minum air kosong. (dehidrasi) Minum air soda atau air manis itu tidak dikira sebagai cecair badan tahu?
3. Sakit Jantung Penyakit yang paling digeruni lelaki. Jika dahulu hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas berisiko diserang penyakit ini. Namun, penyakit jantung zaman ‘moden’ sudah tidak mengenal usia sehingga ada yang berusia awal 30an sudah terkena serangan jantung. Antara sebab sakit jantung ialah dinding dalam saluran darah menjadi sempit akibat dipenuhi lemak, terutamanya kolestrol hingga mengakibatkan bekalan darah ke otot-otot jantung tidak mencukupi. Petua: kurangkan makanan berminyak/bergoreng dan lemak berlebihan dan selalulah bersenam.
4. Parkinson Anda perlu waspada jika anda sudah mempunyai tanda-tanda berikut: menggeletar pada jari tangan dan kaki, rahang atau muka dan pergerakan menjadi perlahan. Itu antara tanda-tanda awal penyakit Parkinson. Penyakit ini kebiasaannya menyerang lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama Under Armour mungkin tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Bagi pelari aktif dan juga penggiat aktiviti kecergasan, Under Armout meruakan antara jenama yang cukup dipercayai.
Antara produk mereka yang sering mendapat perhatian ialah kasut larian yang tampil dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang mambantu larian menjadi lebih baik. Antara teknologi popular diperkenalkan mereka, HOVR foam kusyen kasut larian yang memberikan responsif baik.
Sejak sekain lama, Under Armour telah membangunkan teknologi ‘smart sneakers’ di mana kasutr lariannya mempunyai kemampuan sambungan pengesan GPS menerusi aplikasi dibangunkan mereka, UA MapMyRun. Dan tahun lalu sistem ini menjadi lebih pintar dengan pengenalan ciri Form Coaching yang memberikan maklum balas secara live serta nasihat spesifik untuk pelari meningkatkan kualiti larian.
Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini pasti tertanya-tanya adakah ia mampu membantu pelari? MASKULIN sendiri telah mencuba menggunakan UA MapMyRun dengan bantuan Form Coaching untuk melakukan larian 10 kilometer.
TINGKATKAN LARIAN
Sepanjang beberapa hari melakukan larian dengan bantuan digital coach, kualiti larian meningkat sedikit demi sedikit. Perkara ini turut dijelaskan oleh Under Armour yang mendapati lebih 87,000 pengguna Form Coaching menerusi aplikasi MapMyRun telah meningkatkan larian menjadi 7% lebih pantas dan 3% lebih jauh.
Kajian tersebut dilakukan dan diperhatikan dengan pelari melakukan larian minimum 1.6 kiloneter dari 1 Januari hingga 1 September tahun lalu.
“Data terbaru ini menunjukkan pendekatan kajian, inovasi dan pembangunan produk berkesan dan kami sebenarnya sedang menuju ke matlamat yang betul dengan teknologi baru ini,” jelas Jeff Knight, Pengurus Senior Produk Digital Sains di Under Armour.
Kajian sambungan data dari kasut telah bermula pada awal 2010-an namun ia telah menjadi betul-betul serius pada tahun 2017 selepas divisyen digital produk sains Under Armour mula melakukan analisa dari 50 pelari terbaik Boston Marathon yang menggunakan MapMyRun.
Sakah satu perkara yang mereka dapati ialah perbezaan ritma larian setiap pelari. Hasil isnpirasi dari kajian ini, Under Armour mula melihat ribuan data pengguna MapMyRun yang lain berdasarkan ketinggian, berat dan kelajuan.
Mereka dapati ritma yang baik mampu membuka kunci untuk larian lebih baik dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Sehingga kini lebih sejuta pasang kasut Under Armour di seluruh dunia menggunakan sambungan MapMyRun untuk larian lebih baik.
Under Armour Machina 2, Infinite 3 & Sonic 4
Disamping itu, Under Armour turut memperkenalkan tiga model terbaru kasut larian iaitu HOVR Machina 2, HOVR Infinite 3 dan HOVR Sonic 4. Ketiga-tiga model terbaru ini menawarkan bukan sahaja keselesaan tetapi mampu membantu larian menjadi lebih baik dengan spesifikasi HOVR dan rekaan dinamik.
CABARAN ‘THROUGH THE CHALLENGE’
Baru-baru ini MASKULIN turut berpeluang menyertai cabaran larian dari kerjasama Under Armour, Run Fast Academy dan BiiB. Dengan pengalaman lebih 4 tahun dan cabaran virtual terbesar di Malaysia selama tiga tahun berutrut-turut, Through The Challenge memaparkan pelbagai cabaran larian dan juga latihan yang cukup mantap.
Ia direka khas untuk menabar kemampuan sebenar peserta dengan cabaran fizikal dan mental menerusi proses ‘Trial – Train – Test’. Cabaran ini juga mendapat pengesahan daripada pelbagai jurulatih terlatih dari Run Fast Academy (RFA). Daripada tiga cabaran tersebut, seramai 20 perserta yang melengkapkan cabaran dengan terbaik akan diberikan running gear Under Armour termasuklah kasut larian HOVR.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanpa kita sedari, makanan yang kita makan setiap hari mengandungi pelbagai bahan yang tidak diperlukan badan. Ia hanya penyedap di lidah sahaja. Namun ia boleh dineutralkan menggunakan air perahan lemon.
Doktor Zubaidi tunjukkan beberapa cara untuk ekstrak kandungan nutriennya untuk kita minum. Ia boleh dijadikan sebagai bahan untuk meneutralkan toksik serta lemak yang tidak diperlukan badan.
Ikuti perkongsiannya melalui laman Facebook untuk kebaikan orang ramai.
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Caranya:
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan. Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru dimakan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan. Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.