RAHSIA DI SEBALIK KASUT. INFO KAMU WAJIB TAHU TENTANG PEMAKAIAN SEPASANG KASUT!

Share

Loafers, boots, sneakers dan flip-flops adalah antara pilihan jenis kasut yang menjadi dambaan setiap lelaki. Direka dengan pelbagai jenis bentuk dan warna, pemilihan kasut hari ini begitu dititik beratkan oleh kaum lelaki yang inginkan gaya mereka lebih lengkap dan moden. Gaya tersendiri menjadi kunci dalam memilih jenis kasut yang mereka suka. Ada yang formal,kasual, sporty dan hipster, semuanya berlandaskan kepada identiti masing-masing.

Dapatkan kasut berkualiti dengan harga istimewa, di sini

Namun, kasut bukanlah sekadar kasut. Kasut juga bukanlah sekadar aksesori pelengkap gaya kamu. Malah lebih dari itu. Nak tahu rahsia pemakaian kasut? Ini jawapannya!

1. SARUNGKAN KASUT YANG MENUTUP KAKI KAMU 

Usah jadikan sandal kamu sebagai kasut harian kamu bila ke bandar atau berjumpa dengan si dia. Usah bilang ;

“I have no sense of style”

Inilah masanya untuk kamu mengubah keseluruhan penampilan kamu. Lupakan seketika sandal Crocs ataupun Nike slides mahupun Reef flip-flops kamu. Sarungkan kasut ala formal yang menjadikan kamu lebih bergaya dan matang. Lebih stailo.

2. KASUT KULIT

Kajian mengatakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki yang memakai kasut kulit. Ini adalah kerana bagi mereka, lelaki yang memakai asut kulit lebih maskulin dan tampak lebih moden. Selain itu, kasut kulit juga menjadikan kamu lebih formal, sesuai digayakan dengan apa-apa baju dan juga aksesori. Bukan itu sahaja, malah dengan menyarungkan kasut kulit, ia menyenangkan kamu untuk pergi ke mana-mana majlis/acara kerana kasut kulit itu sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja.

3. PAKAI KASUT NORMAL, USAH PAKAI BOOTS 

Kamu mungkin menganggap dengan memakai kasut jenis boots bisa menampakkan kamu lebih manly, confident, protective and sexy. Tetapi sebenarnya, pemakaian boots menjadikan gaya fesyen kamu ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi bila kasut boots kamu itu jenis yang sedikit lama. Kamu jangan jadikan boots sebagai kasut wajib yang ada di wardrobe kamu! Salah! Kamu akan kelihatan seperti lagak cowboy jika terlalu obses dengan boots dan boleh menganggu gaya fesyen kamu.

4. DON’T WEAR ATHLETIC SHOES

Jenama Vans dan Converse dikira O.K untuk kamu yang gemarkan gaya “stylish casual”.Tetapi apabila kamu menyarungkan kasut jenis athletic (sukan) seperti kasut mendaki ataupun aktiviti lasak, kamu sudah menyebabkan wanita tidak memandang kamu. Jika kamu seorang yang bersukan, jangan jadikan alasan untuk kamu memakai kasut pergi ke gym untuk kamu makan malam bersama si dia. Sekurang-kurangnya, pakailah kasut sneakers yang menjadikan gaya kamu lebih sporty namun hipster.

5. USAH MEMBAZIR DUIT 

Tidak bermaksud jika kamu membeli kasut yang mahal, ia bisa melambangkan gaya fesyen kamu. Sama sekali tidak benar. Kamu seharusnya bijak bermain dengan rekaan dan juga harga. Ada sahaja kasut yang mahal yang tidak menepati citarasa kamu. Malah, kasut yang murah itu sebenarnya lagi sesuai dan kamu selesa dengannya. Jadilah pembeli yang bijak!.

6. KASUT YANG BERSTAIL MENJADIKAN KAMU LEBIH LELAKI

Khususnya anak muda, kerap kali berfikir bahawa kasut yang sedikit bereksperimentasi ataupun sedikit stail menjadikan mereka tampak gay ataupun feminin. Nah! Tahukah kamu, kaum wanita lebih sukakan lelaki yang stylish, dressy dan bagi mereka, lelaki yang berkasut kulit itu lebih manly dan maskulin. Ia mampu membuatkan lelaki tampak lebih sexually experienced, more mature dan seseorang yang better untuk melindungi mereka. Jadi usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Remember, looking nice and put together is the outward expression of inner confidence. And for women, confidence is the manliest of masculine virtues.

7. WEAR SHOES THAT SHOW YOU MADE AN EFFORT

Sesetengah lelaki berfikir bahawa mereka harus berpakaian kasual dan cool untuk berjumpa orang ramai terutamanya apabila pertama kali keluar dengan si dia. Nah! Kamu hanya melepaskan peluang keemasan kamu! Seharusnya, letak nilai intergriti dalam pemakaian khususnya dalam menyarungkan jenis kasut. Tunjukkan kesungguhan kamu pada mereka untuk tampil segak dan bergaya dengan memakai kasut yang elok dan smart! Kamu pasti tidak akan rugi apa-apa.

Jika sudah fahami rahsianya, jangan lupa untuk dapatkan dapatkan koleksi kasut berkualiti tinggi ti Tomaz.

Published by
webadmin