Sebenarnya sudah banyak kajian dilakukan berkenaan kesan bau badan lelaki dan peranannya sebagai ‘senjata’ untuk memikat hati wanita.

Pendapat setiap orang sentiasa akan muncul berbeza-beza. Begitu juga dengan kencenderungan untuk memilih pasangan sama ada bergantung kepada faktor bau badan atau tidak, masing-masing terpulang.

Namun satu perkara kita tak dapat nafikan, bau badan merupakan antara elemen yang sangat penting terutamanya bagi wanita.

Jadi apakah yang membuatkan wanita begitu tertarik dengan bau badan seorang lelaki? Adakah benar wanita suka bau lelaki berpeluh semata-mata?

Rahsia Bau Badan Semula Jadi Lelaki Boleh Buat Wanita Tak Keruan

Ads

Jom ikut 8 fakta di bawah!

1. Salah satu sebabnya ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh lelaki dikenali sebagai feromon. Wanita juga turut mengeluarkan feromon. Dan bahan inilah yang menjadi sebahagian daripada faktor tarikan bau di kalangan pasangan lelaki dan wanita. Malah dalam proses pembiakan haiwan, feromon juga memainkan peranan sangat besar.

2. Menurut kajian, ramai wanita lebih cenderung dan suka lelaki yang menggunakan minyak wangi daripada asas sitrus dan woody. Manakala bau yang kurang memberi rangsangan kepada mereka ialah bauan ceri dan juga bau arang atau asap yang berlegar di udara.

3. Tanggapan bahawa wanita suka bau peluh lelaki adalah tidak benar sama sekali. Feromon merupakan bahan yang tiada bau jadi pastikan diri anda sentiasa bersih dan bebas daripada peluh.

Ads

Rahsia Bau Badan Semula Jadi Lelaki Boleh Buat Wanita Tak Keruan

4. Wanita mempunyai reseptor deria bau lebih kuat berbanding lelaki. Jadi sebab itulah mereka lebih sensitif dengan apa jua jenis bau yang ada di sekeliling. Mungkin disebabkan itu jugalah mereka amat senang dengan bau seperti androstenol, sejenis bau yang terhasil apabila peluh dan oksigen bercampur di udara.

Ads

5. Kerap mandi tidak menjamin wanita suka akan bau anda sebagai lelaki. Namun dengan menggunakan minyak wangi, seorang lelaki boleh menonjolkan karakter bau unik mereka kepada wanita. Malah penggunaan minyak wangi mampu membantu lelaki jadi lebih yakin.

6. Kajian juga mendapati wanita amat suka dengan bauan buah seperti grapefruit. Lelaki yang menggunakan haruman seperti ini dilihat mempunyai karakter lebih muda pada persepsi mereka.

7. Dalam sebuah kajian berkaitan hubungan intim mendapati wanita yang berada pada ketika tahap paling subur boleh mengesan lelaki yang mempunyai testosteron yang kuat.

8. Percayakah anda, bau ketiak boleh membuatkan seorang wanita itu semakin sayang kepada pasangannya? Ketika anda berpeluh badan mengeluarkan feromon seperti andrestenon dan androstenol yang menjadi signal biologi bahawa betapa kuat dan dominan seorang lelaki itu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI