Foto: Chuando Tan Instagram

Apa perkara pertama yang anda akan bayangkan bila menyebut tentang lelaki berusia 50-an? Sejujurnya pasti ramai yang terbayangkan akan figura seorang lelaki yang fizikalnya semakin tua dengan rambut penuh uban dan kedutan mula muncul di wajah.

Jadi tidak hairanlah mengapa lelaki berasal dari Singapura ini mengejutkan ramai pihak dengan penampilannya seperti 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Kira-kira lima tahun lalu nama Chuando Tan pernah tular di laman media sosial dan Internet kerana penampilan fizikalnya yang berbadan tegap serta wajah kacaknya seperti lelaki berusia 30-an.

Pada ketika itu dia sudah pun berusia 51 tahun. Dan kini pada usia 56 tahun, Chuando Tan yang merupakan seorang jurugambar dan kini menjadi selebriti di atas talian atau pempegaruh yang cukup popular.

Dia juga kini sudah menjadi model dan juga pengarah artistik yang mempunyai pengikut seramai lebih 1.2 juta orang pengikut di laman media sosial Instagram. Malah Chuando juga kini bertindak sebagai pengasas sebuah syarikat pengurusan model.

DIKENALI RAMAI

Dalam temu bual bersama CNA Lifestyle, Chuando memberitahu bagaimana perasaannya yang cukup terkejut kerana tular dalam sekelip mata pada tahun 2017. Ini selepas terdapat laman sesawang dari China menampilkan profil Instagram kendaliannya. Lalu followers baharu mula hadir membanjiri.

Bukan sahaja pengikut baharu malah dia turut dihubungi oleh banyak pihak termasuklah stesen TV yang mahu mengorek rahsia awet mudanya. Perlahan-lahan dia kini mula menerima hakikat bahawa dia telah menjadi inspirasi dan ikon bagi ramai pengikutnya.

Ads

Mengekalkan penampilan dan bentuk badan yang jauh lebih muda dari usia sebenarnya memberikan satu cabaran buatnya.

“Ya, saya dapat merasakan tekanan itu. Kerana jauh di sudut hati saya tahu saya bukanlah seorang yang muda. Umur semakin meningkat. Jadi saya tidak akan memberi tanggapan bahawa saya selamanya akan muda. Mungkin mereka semua mahu jalan pintas, rahsia bagaimana menjaga masa muda mereka dengan betul,” jelasnya dalam tem bual bersama CNA.

Ads

BERSENAM & DIET KHUSUS

Mengakui faktor genetik mungkin memainkan peranan dalam penampilan awet mudanya, Chuando turut berkongsi bahawa dia mula aktif bersenam dengan mengangkat berat dan mengikuti diet tertentu.

“Ia adalah satu gaya hidup yang telah lama saya amalkan dan bertahan hingga ke hari ini,” tambahnya lagi.

“Aktiviti yang anda lakukan pada siang hari sepatutnya sama dengan kalori yang anda bakar pada hari itu – semudah itu. Dan jumlah makanan yang anda ambil pada siang hari adalah sama dengan kalori yang anda masukkan ke dalam badan anda,” katanya.

Ads

Pada waktu pagi dia mengambil sarapan yag tipikal iaitu protein shakes atau oatmeal bersama degan telur, madu dan juga avokado.

Manakala untuk makan tengahari atau malam dia biasanya akan makan ayam stim atau bakar. Selain itu sup ikan bersama nasi juga menjadi opsyen makan tengahari atau malam untuknya. Dia juga mengamalkan pantang memakan organ haiwan dan juga makanan yang diproses.

Namun dari segi pemanis mulut dia menganmbil makanan seperti tempura goreng atau ais krim. Dari segi mental pula dia sentiasa menanamkan sifat positif. Seperti insan yang lain pastinya dia juga terfikir tentang hari tuanya.

“Tipulah jika saya cakap ia tidak pernah terlintas di fikiran. Namun itu adalah perkara yang semua orang tidak akan dapat elak.

Bagi seseorang yang usianya sudah 56 tahun, apa yang dicapai dan dilakukan oleh Chuando Tan adalah satu perkara yang cukup mengagumkan!

Sumber: CNA Lifestyle 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI