Apabila menyebut tentang penyakit rabun warna, kebanyakan masyarakat masih tidak memahami tentang masalah ini.
Mereka menganggap ia sekadar masalah kecil dan sering menyangka golongan tersebut hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja.
Masyarakat Sering Tersalah Persepsi
Persepsi tentang perkara itu adalah tidak benar sama-sekali kerana penghidap rabun warna cuma gagal membezakan beberapa warna sahaja.
Misalnya, orang yang memiliki mata normal melihat daun itu berwarna hijau tetapi bagi penghidap masalah itu, daun tersebut persepsinya mungkin menampakkan warna kuning.
Sama juga seperti warna biru dan ungu serta merah dan coklat. Golongan tersebut boleh menjadi keliru kerana menganggap warnanya kelihatan hampir-hampir sama.
Dua Penyebab Popular Masalah Rabun Warna
Kajian perubatan dunia pernah mengeluarkan nisbah daripada 12 orang lelaki, salah seorangnya pasti menghidap masalah ini manakala dari populasi wanita pula, daripada 200 orang wanita, hanya seorang sahaja mengalami masalah tersebut.