Solat merupakan ibadah wajib yang harus orang Islam lakukan setiap hari. Ia bukan sekadar rukun Islam ke dua, malah ia boleh mencerminkan dan mampu untuk membentuk peribadi seorang manusia. Manusia sering alpa dengan ibadah wajib kerana kekurangan ilmu dalam agama sendiri. Sifat mengambil sambil lewa, melakukan larangan seringkali menjadi kegiatan harian mereka yang hanya menjadikan Islam sebagai nama agama sahaja.
Solat dari sudut bahasa beerti doa atau memohon kebajikan dan pujian manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.”
Solat diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.
Meninggalkan solat fardu tidak menjadikan anda terlepas daripada dihisab di akhirat kelak, namun jika anda tertinggal dengan sengaja atau tidak sengaja, ada wajib untuk menggantikannya semula.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Bukan mudah untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Setidaknya, jika anda telah melakukan kemungkaran, dan bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan, pilihlah solat sebagai jalan pertama agar iman anda mantap dan jiwa anda tenang.
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Mungkin anda segan dan tidak tahu bagaimana ingin melakukan solat fardu. Solat Qadha merupakan solat yang dicipta untuk anda melangsaikan hutang anda dengan Allah SWT, jika anda terlepas dari waktu asal menunaikan solat fardu.
Tidak tahu waktu mana untuk lakukan solat Qadha? Anda boleh gunakan mana-mana waktu solat fardu, misalnya anda baru sahaja selesai menunaikan solat Asar, anda boleh terus bangun dan niat mana-mana solat wajib dan Qadha kan solat anda itu. Jika anda ingin terus melakukan 5 waktu solat Qadha pun tidak menjadi masalah. Asalkan anda top up
balik solat yang anda tinggalkan itu.
“Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.”
Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Bersama kita manfaatkan ilmu ini di hari Jumaat penghulu segala hari ini. Semoga ibadah umat Islam tak kira dimana saja diterima dan dilindungi olehNya. Aminn..