Mesti ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan luar biasa ni kan. Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) akan membuka tirainya pada hari ini. Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei.
Pasti Taman Ekuestrian Putrajaya bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini. Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Selain itu, Berdasar senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43
Mari kita lihat beberapa gambar yang bakal buat korang gigit jari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Perkara Menarik Berlaku Selepas Bangun Tidur Jam 5 Pagi Setiap Hari Selama Seminggu
Isi Kandungan
ToggleTidak dapat dinafikan di kalangan anda yang tinggal di bandar-bandar besar bangun awal pada waktu pagi sememangnya satu perkara sukar. Maksud awal yang MASKULIN maksudkan di sini ialah seawal di antara jam 4 hingga 5 pagi.
Dengan kesibukan aktiviti harian terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga bangun awal pagi seperti ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat. Rata-rata paling awal pun bangun jam 6:30 pagi, bukan?
Tapi apakah bezanya sangat bangun awal beberapa jam? Penulis telah cuba melakukan eksperimen sendiri dan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari selama seminggu. Dan hasilnya memang cukup mengejutkan.
Berikut 5 perkara menarik yang berlaku bukan sahaja pada fizikal tetapi mental apabila bangun awal pagi!
TUKAR ‘BODY CLOCK’ BUKANLAH SENANG
Hari pertama memang paling sukar. Malam sebelumnya cuba tidur pada jam 9:30 malam namun hanya berjaya lelap kira-kira satu jam kemudian. Satu perkara perlu ingat, elak gunakan telefon pintar sebelum nak tidur. Itu hanya menyukarkan anda tidur.
Membiasakan diri dengan ‘body clock’ baharu bukanlah senang. Secara tidak sedar akan terus tekan ‘snooze’ pada alarm. Namun mujur ada beberapa set alarm telah dipasang. Bolehlah bangun walaupun agak berlawan dengan nafsu tidur.
BADAN RASA LEBIH SEGAR
Tak sangka bangun awal sebenarnya boleh membuatkan badan terasa amat segar. Selepas mandi badan akan terus rasa bersedia untuk lakukan aktiviti harian. Satu perkara lagi, diri terasa telah capai sesuatu yang sangat baik dan positif. Nak bersiap untuk pergi kerja pun tidak perlu kalut. Dan ini boleh mengurangkan stres yang tidak perlu.
LEBIH BERSEDIA
Bangun awal pagi juga memberikan lebih banyak masa untuk kita bersedia menghadapi hari yang panjang. Selain itu, kita juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain seperti senaman ringkas.
Makan pagi pun akan jadi lebih teratur dan lebih nikmat. Setiap hari bermula jauh lebih positif dari kebiasaan.
BINA MINDA KREATIF
Waktu pagi merupakan salah satu tempoh di mana otak akan jadi sangat segar dan mampu menjana idea kreatif. Jika anda seorang penulis, inilah tempoh masa di mana idea tanpa sedar itu boleh muncul. ‘Jus’ kreatif akan lebih banyak mencurah-curah pada waktu ini!
TEMPOH REFLEKSI DIRI
Setiap hari kita sangat sibuk. Kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. Bila bangun awal, anda akan berasa masa itu lebih panjang. Inilah masa terbaik untuk melakukan refleksi diri. Bangun awal sambil minum kopi merenung dan berfikir tentang masa depan dengan tenaga lebih positif!
Kesimpulannya bangun awal pagi memberikan banyak manfaat kepada diri. Itu belum lagi kita sentuh tentang kelebihannya untuk kesihatan. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elok Minum 5 Jenis Teh ‘Power’ Ini Kalau Nak Lagi Cepat Buang Lemak Sebelum Hari Raya!
Isi Kandungan
ToggleSelain bersenam, pengambilan teh kurus juga boleh membantu anda membuang lemak di tubuh. Dengan mengamalkan secawan teh kurus setiap hari mampu membuatkan tahap metabolisme badan kembali aktif.
Malah mengambil teh kurus juga dapat mempercepatkan penurunan berat badan di samping baik untuk sakit tekak dan relaksasi. Anda tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri.
Nah! Ini 5 jenis teh yang sangat bagus untuk kurus dan mengurangkan berat badan. Tapi ingat! Jangan pula minum teh ini dengam gula.
1. Teh hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Biasanya teh ini dihidangkan di restoran Jepun. Ia biasanya disajikan tanpa gula. Kalau dah letak gula banyak, memang tak jadi diet la kan!
2. Teh oolong
Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisme badan. Minum teh ini setiap hari kerana ia dipercayai mampu menurunkan risiko obesiti. Dalam pada masa yang sama, anda juga dapat membentuk badan yang diidamkan.
3. Teh mint
Aroma daripada minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Rasa daun pudina itu sendiri sudah membuatkan anda berasa lega. Ia juga dapat membuatkan anda tak rasa nak makan pun. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, cepat-cepat bancuh teh ini dan hirup.
4. Teh putih
Mesti ada yang tak pernah dengar tentang teh putih. Kajian menunjukkan teh ini membantu untuk menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Jadi, kalau anda semua mahu kekal kurus, banyakkan minum teh putih ini tau!
5. Teh herba
Teh herba tidak mengandungi kafein dan bukan diperbuat daripada daun pohon teh (Camellia sinensis). Sebaliknya teh herba menggunakan daun, kelopak bunga, batang rempah dan juga buah kering daripada tumbuhan. Teh herba yang popular termasuk teh rooibos, teh halia, teh rosehip dan teh bunga raya. Walaupun ramuan teh herba ini berbeza tetapi ia membantu mengurangkan berat badan dan lemak di perut.
Ekstra Info!
Tahu tak anda, jenis kantung teh berbeza untuk waktu pembuatan. Setiap jenis teh mempunyai perbezaan suhu ideal dan waktu pencelupan kantung teh untuk mendapatkan secawan teh yang sempurna. Panjang benang pada kantung teh menunjukkan jenis teh mana yang mempunyai waktu terlama atau tercepat untuk pencelupan kantung teh.
Jadi anda dah tahu kan? Tak ada la bosan sangat asyik minum teh hijau saje kan sebab anda sudah ada pilihan lain yang boleh anda cuba. Selamat berjaya dan mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kehebatan Sejenis Sayur Bernama Peria Untuk Golongan Lelaki
Isi Kandungan
TogglePahitnya! Mungkin itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang peria. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria juga amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
KHASIAT PERIA
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
BANTU MASALAH PENYAKIT
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI