Jerawat di kulit kepala akan berlaku apabila liang rambut tersumbat dengan kotoran dan minyak.

Dan ini menyebabkan folikel kulit kepala membesar dan berkemungkinan dijangkiti bakteria jika ianya tidak dibersihkan.

Berikut adalah 8 sebab bagaimana jerawat di kulit kepala boleh terjadi dan cara mengatasinya.

1. Malas Cuci Rambut

Sikap malas anda untuk mencuci rambut bukan sahaja akan menyebabkan rambut anda kusam dan berbau malahan anda juga akan mengalami masalah jerawat di kulit kepala serta gatal .

Cara untuk mengatasinya adalah dengan mencuci rambut anda dengan syampu dan seeloknya dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Ianya bukan sahaja berkesan untuk mencegah dan menghapuskan kelemumur tetapi juga menghalang kehadiran jerawat di kulit kepala anda.

2. Kurang Tidur

Kurang tidur juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat pada kulit kepala. Rutin ini boleh membuatkan tubuh badan anda terganggu untuk membiak semula sel sel kulit yang mati dan menjadikan proses metabolisme tubuh berjalan dengan tidak sempurna.

Itulah sebabnya mengapa tidur yang cukup dapat menjadikan tubuh badan anda sihat.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam.

IKLAN

Punca Utama Kenapa Kulit Kepala Selalu Gatal & Tumbuh Jerawat

3. Syampu Tak Dibilas Dengan Bersih

Apabila anda mencuci rambut dengan tujuan untuk membersihkannya, berkemungkinan anda tidak membilasnya dengan bersih. Disebabkan itu ianya mampu mengakibatkan masalah jerawat di kulit kepala kerana liang rambut anda akan tersumbat.

Oleh itu, seeloknya anda menggandakan aktiviti membilas rambut selepas menggunakan syampu bagi mengelakkan perkara ini terjadi.

4. Kurang Jaga Kebersihan

Antara sebab utama hadirnya jerawat di kulit adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika anda sering meletakkan pakaian kotor di atas katil. Semua kotoran dan kuman akan bergerak ke baju, ke bantal dan kemudian ke wajah anda.

IKLAN

Bayangkan, wajah dan kulit kepala anda terdedah kepada sarung bantal yang kotor selama berjam-jam semasa tidur. Dan berapa banyak bakteria yang telah bergerak ke kulit anda? Anda boleh menanganinya dengan mengelakkan meletak pakaian kotor anda di atas katil dan hendaklah menukar cadar dan sarung bantal anda sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

5. Stres

Stres atau tekanan adalah sesuatu yang sering dialami oleh kebanyakan individu terutamanya jika harus menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat. Tekanan yang tidak terkawal untuk masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti jerawat pada kulit kepala.

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk menguruskan tekanan dengan baik dan betul agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap penampilan anda.

IKLAN

6. Cuaca Panas

Kulit kepala yang terdedah kepada cuaca panas dan berhabuk turut menyumbang kepada kehadiran jerawat . Ini kerana cuaca panas diiringi dengan minyak dan habuk di liang pori dan menjadi punca bakteria merebak dan menyebabkan jerawat.

Oleh itu, digalakkan memakai topi untuk melindungi kulit kepala daripada habuk dan cuaca panas, akan tetapi topi haruslah dibuka sekiranya tidak berada di kawasan yang terdedah kepada panas kerana pemakaian topi yang lama memberi kesan yang tidak baik kepada kulit kepala anda.

7. Tak Jaga Makan

Diet makanan perlu dititikberatkan . Kurangkan pengambilan makanan gatal seperti udang, ketam dan kerang kerana ianya mampu merangsang kulit kepala untuk menjadi gatal dan berjerawat.

Hindari atau kurangkan juga makanan manis , berminyak dan berlemak yang berlebihan. Ianya bukan sahaja mampu menghindari perkara tersebut tetapi juga mampu menyihatkan tubuh badan anda.

8. Pakai Topi Terlalu Lama

Ya, pemakaian topi tidak dinafikan elok untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan habuk , akan tetapi jika anda terlampau kerap memakai topi setiap masa walaupun cuaca tidak panas ia dapat menjadi penyebab munculnya jerawat di kulit kepala.

Kulit kepala yang tertutup terlalu lama boleh menyebabkan peluh dan membuatkan pori pori kulit kepala tersumbat dan menghasilkan jerawat yang terhasil daripada campuran bakteria dan kotoran.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI